14

6.5K 400 9
                                    

Arabella mengetuk pintu rumah agam milik Dato Mustaphar. Kelihatan kereta yang digunakan oleh Arwish dan Atiqa tiada disitu.

"Assalamualaikum," sapa Arabella lemah. Dia masih menggosok dadanya disepanjang perjalanannya. Kesakitan yang dirasainya seakan ingin membunuhnya perlahan-lahan.

"Waalaikumusalam," balas Datin Emelie acuh tak acuh. Dia memandang sekilas gerangan di muka pintu. Luluh hatinya melihat wajah ceria anaknya yang kelihatan lemah dan pucat itu.

"Bella anak aku. Dia sakit, tapi dia buat Atiqa sakit. Ah persetankanlah semua itu! Siapa suruh degil sampai masuk laut. Pisahkan aku dan Atiqa dari laki aku!" getus hatinya dalam dilemma. Dia memandang di tapak tangan Arabella yang mempunyai kesan darah. Namun, tidak cukup untuk meraih simpatinya.

Arabella memandang sekilas ibunya namun tidak berdaya untuk menegur. Dia hanya menyalam tangan ibunya lalu masuk menuju kebilik. Hari ini masuk hari keberapa Arabella tidak menjamah apa apa makanan berat.

Dia menutup matanya untuk menenangkan sakitnya namun ianya semakin mencengkam. Arabella segera keluar lalu mencari ubat milik Atiqa.

Hari ini dia pergi ke kafe setelah memohon cuti sakit untuk dua hari. Arabella kemudian segera merapikan penampilannya lalu menuju ke kafe.

"Ha, mana kau nak pergi tu?!" jerkah Datin Emelie dari belakang. Arabella yang menyarungkan kasut itu terkejut lalu memandang ibunya.

"Bella nak ke perpustakaan," bohongnya. Dia hanya menunduk memandang lantai kerana takut akan wajah bengis ibunya.

" Pergi mampus pun tak apa!" bidas satu suara lagi tiba tiba. Dia memandang wajah Atiqa yang seakan akan geram terhadapnya.

Arabella mengendahkan kekasaran mereka lalu berjalan menuju ke kafe. Mereka bertiga menghadiahkan pandangan sinis terhadap nya sebelum masuk ke dalam rumah.

***

Setibanya dia di kafe, Arabella terus memasang apronnya lalu memotong kek yang sudah dia sediakan semalam. Dia mulai menghidang kek itu satu persatu.

Setelah selesai, dia hairan melihat rakan sekerjanya yang kelam kambut merapikan kafe dan barang. Dia segera mencari Farah untuk bertanyakan perihal itu.

" Kak, kenapa korang kelam kabut ni?" tanya Arabella kepada Farah.

"Datin turun padang," katanya singkat lalu melarikan diri ke cashier. Arabella hanya mengganguk lalu menyambung tugasnya.

"Selamat datang datin," sapa rakn sekerjanya, Ahmed. Ahmed segera membawa Datin Isyana kedalam dapur kafe untuk melihat pekerja yang lain namun ditolak.

" Saya kesini cuma nak suruh cake maker cafe ni to meet me in the office. Now," katanya selamba lalu masuk ke dalam pejabatnya. Mereka semua memandang Arabella.

Arabella tiba di hadapan pejabat milik Datin Isyana. Dia mengetuk pintu dengan bacaan bismillah lalu masuk kedalam ruangan pejabat itu.

"Assalamualaikum Datin," sapanya sopan. Dia berdiri tegak lalu menundukkan pandangannya kebawah.

"Amboi, tak payah lah nak berdatin. Panggil aunty je. So, duduk lah," katanya selamba sambil tersenyum manis.

Arabella terkejut akan pertuturan bahasa yang digunakan oleh Datin Isyana. Datin Isyana tertawa kecil sebelum menarik lembut tangan Arabella.

"Don't worry. Aunty makan nasi dan bukan canibal. Aunty kenal Bella lah," katanya lagi. Arabella sudah mulai cuak. Takut Datin Isyana ini mengenal siapa ayah dan ibunya.

"Kamu girlfriend anak aunty kan?"

Pertanyaan Datin Isyana menghentikan degupan jantung Arabella. Dia menggigit bibir bawahnya lalu menundukkan pandangannya.

" Bella minta maaf kalau aunty tak setuju atas hubungan kami. Bella akan cuba lupaka-" kata katanya terhenti apabila Datin Isyana memegang tangannya.

"Ish Bella. Jangan cakap macam tu. Aunty tak kisah anak aunty nak berhubungan dengan siapa pun janji tahu batas. Aunty pun suka tengok kamu ni. Lembut, ayu dan sopan. Jangan nak sesekali sakitkan hati anak aunty okay?" katanya lalu menggosok kepala Arabella yang dilitupi tudung.

" Dah off topic aunty dah ni. Sebenarnya aunty panggil kamu sebab nak tempah kek. Aunty dengar minggu ni minggu terakhir kamu  kerja kan? So aunty nak tempah kek untuk 3 hari lagi. Boleh tak?" kata Datin Isyana sambil memandang Arabella dengan penuh pengharapan.

"InsyaAllah boleh aunty. Aunty bagitahu je Bella design, wording dan yang lain-lain," balas Arabella.

"Okay great. So, design terserah Bella sebab kek ni untuk hari jadi Zafriel. Dia memang peminat kek kamu jadi aunty rasa baik aunty order dari sini kot. Wording juga terserah kamu. Jadi nanti kamu datanglah parti tu ya,"

"Okay aunty. Bella cuba usahakan. Oh aunty, boleh tolong tak?"

"Tolong apa tu Bella?"

"Tolong jangan bagitahu Zafriel yang Bella kerja sini," katanya. Kali ini muka Arabella yang penuh pengharapan. Datin Amy hanya mengganguk dan mengizinkn Arabella untuk menyambung kerja.

***

Arabella pulang lewat malam itu kerana menyiapkan design kek yang ditempah oleh Datin Isyana dan juga kek untuk hari berikutnya.

Dia mengetuk pintu rumah agam lalu terpampang muka resah abangnya, Arwish.

Arwish yang mundar mandir dihadapan pintu itu sedikit lega apabila melihat wajah adiknya, Arabella.

Kejadian tadi pagi amat menimbulkan rasa bersalah dalam dirinya. Dia segera memeluk Arabella yang sering kelihatan lemah dan pucat itu.

" Abang, kenapa ni?" tanya Arabella apabila dia merasakan bahunya basah. Esakkan kecil dari Arwish kedengaran di telinga Arabella.

"Bella, sanggup Bella kan buat perpisahan kali kedua?" kata Arwish kepada Arabella. Arabella yang kurang mengerti akan hal itu segera memandang hairan ke arah Arwish.

"Apa maksud abang?" tanyanya. Arwish segera mengeluarkan sesuatu dari poketnya yang menbuatkan Arabella terdiam seribu bahasa.

***

Aloha amigos! Apa khabar? Saya minta maaf kalau bab ni agak bosan or cliche but saya memang kosong.

Apapun, terima kasih kerana sudi membaca dan jangan lupa vote and comment aight aight?💗💓

Bukan Yang TerbaikWhere stories live. Discover now