27

7.3K 377 19
                                    

Arabella menempatkan beg lusuhnya di atas kerusi. Dia kemudian meletakkan kepalanya di atas meja sebaik sahaja tiba di kelas. Sungguh kepalanya amat sakit sejak tadi. Dadanya juga rasa seperti ditumbuk bertalu talu.

Jam menunjukkan 6.30 pagi. Tiada satu pun rakan sekelasnya yang tiba awal ke sekolah pada hari itu. Semakin lama, rasa sakit itu semakin mencengkam dirinya. Dia mencari sebungkus roti yang dibelinya di tepi jalan. Roti bun sebungkus itu menjadi santapannya untuk tiga hari. Air mineral botol kecil itu juga menjadi minumannya untuk tiga hari ini. Duitnya semua menjadi simpanannya, untuk kepergiannya nanti.

Sebenarnya, duit itu dia gunakan untuk membayar kos rawatan dirinya sendiri, setelah mereka bertemu ayahnya. Namun apakan daya apabila yang dia tahu hanya sel sel kanser itu sudah merebak ke 90 peratus tubuh badannya. Arabella hanya mampu merenungkan nasibnya.

Lagi sebulan, dia bakal menghadapi SPM. Dia tidak boleh terlalu yakin dengan keputusan Trial nya. Dia ingin berusaha sehabis yang boleh selagindiberi kemampuan. Dia ingin meninggalkan dunia ini setelah menjadi orang yang berguna kepada orang lain.

Pap!

Terkejut Arabella apabila mercun bawang dilemparkan di mejanya. Pantas sahaja mereka berani membuli Arabella kerana ketiadaan Arwish dan Zafriel.

Pap! Pap! Pap!

Akhirnya mejanya dihujani mercun bawang oleh rakan sekelasnya, menambah kesakitan pada kepalanya. Arabella cuba mencengkam tengkuknya sendiri, untuk mengurangkan tekanan kepada kepalanya.

Tiba tiba sahaja lemparan itu berhenti. Kelihatan Zafriel yang tergesa gesa masuk ke kelas dengan riak wajah yang bersalah. Comel!

"Auroraaaaa! Zafriel minta maaf sangat sangat sebab lupa Aurora. Zafriel tak tunaikan janji nak dating semalam,minta maaf sebab Zafriel tipu. Zafriel dah lama tak jumpa Erynn sebab tu excited semacam tolong eh jangan merajuk okay? I love you so so much-" kata Zafriel dengan nada yang bersalah dan teramatlah laju.

Arabella hanya mampu tergelak.  "Shh, tak apalah Aril. Aurora faham perasaan awak bila jumpa kawan lama," balasnya sambil tersenyum manis. Haih, bertuah rasa Zafriel dapat teman wanita yang memahami.

"Selamat pagi," sapa suatu suara. Kelihatan Cigku Rani, guru subjek Biologi, berdiri dihadapan.

"Baiklah. Untuk makluman semua, akan ada satu lagi pelajar baru yang pindah ke kelas ini, perkenalkan diri kamu,"

Kelibat seorang wanita dengan rambutnya yang perang di bahagian bawah masuk ke dalam kelas. Dia mengangkat wajahnya dan memperkenalkan diri.

" Saya Puteri Erynn binti Tan Sri Ismail dari New Zealand, " senyuman mesra dilemparkan buat pelajar di dalam kelas itu.

" Okay tiada sesi soal dan jawap. Arabella tolong berpindah tempat duduk ke belakang. Erynn boleh ambil tempat Arabella," kata Cikgu Rani sambil mengukir senyuman sinis kearah Arabella.

Arabella hanya mengganguk kemudian mengambil barangnya lalu duduk di hadapan. Zafriel merasa separuh-separuh. Jika Arabella berpindah kebelakang, bermakna mereka tidak boleh lagi dating sewaktu belajar.

Namun jika dia menyuruh Erynn kebelakang, dia risau Erynn akan terasa hati akibat perbuatannya. Jadi, Zafriel hanya membiarkan.

Arwish tahan hati daripada mengasihani Arabella. Dia tidak mahu lagi memberi simpatinya kepada Arabella. Sudah cukup sakit dia mempertahankan hak Arabella sedangkan Arabella hanya senang senang sahaja menolak.

Arabella memandang Erynn dan Zafriel yang semakin rapat itu. Erynn mula menampar nampar bahu Zafriel. Dia? Hanya mampu menahan rasa sakit mental dan fizikal.

Keadaan dirinya semakin merosot sejak beberapa hari lalu. Muntah darah adalah lebih kerap daripada dia makan makanan yang berkhasiat. Amat mustahil untuk dia sembuh jika nasi hanya dijamah sekali dua minggu.

"Ah sudah Bella. Tak baik fikirkan hal macam tu. Ajal dan maut di tangan Tuhan. Sehat ataupun tidak, jika itu ajal, maka akan kembalilah kita kepada Sang Pencipta" monolognya sendiri.

Pembelajaran bermula dan Arabella pun menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pelajarannya.

***

Tiba sahaja waktu rehat, Arabella tidak dapat menahan denyutan di kepalanya. Dia terus sahaja merebahkan kepalanya ke tangan sebaik sahaja guru keluar dari kelas.

"Aurora, Aurora tak pergi rehat?" tanya Zafriel sambil mengoncangkan lengan Arabella.

Arabella hanya mampu memandang dengan lemah dan menggeleng. Dia kembali meletakkan kepalanya kemeja. Jujur, kepalanya rasa hendak pecah sahaja ketika ini.

Erynn yang muak menunggu respon Arabella terus merengek dan menyuruh Zafriel bergegas keluar dengannya ke kantin. Zafriel hanya mampu menurut. Dasar lembu dicucuk hidung!

Pap!

Arabella menaikkan kepalanya lagi apabila terdengar sesuatu jatuh ke atas mejanya. Terlihat sebungkus nasi diletakkan disitu.

"Nah makan," kata Arwish dingin.

"Terima kasih, " balas Arabella. Dia kemudian meletakkan di bawah mejanya, sebagai makan malamnya.

"Ai? Kau tak makan?"

"Bella tak de selera. Lagipun Bella puasa hehe," balas Arabella separuh jujur. Dia tidak mahu abangnya merisaukan keadaannya.

2 minggu lagi mereka bakal menduduki peperiksaan SPM. Cabaran terbesar buat tahun ini. Namun Arabella tertanya, adakah dia sempat untuk membanggakan kedua orang tua nya buat kali terakhir?

***

Hehe I dah update😘 Jeng ke jeng jeng anjenk! Ok gurau. Hehe comelkn Erynn dengan Zafriel? Mesti korang tak sabar nak tunggu Arabella pergi kan supaya Zafriel dapat dengan Erynn? I know..😜🤪

Apapun harap korang suka dan titipkan sedikit vote ok hehe love u❤️❤️

Bukan Yang TerbaikWhere stories live. Discover now