31

8.1K 403 31
                                    

Hari ini amat mendebarkan bagi seluruh pelajar Tingkatan 5. Hari dimana peperiksaan SPM bakal bermula. Kelihatan dewan peperiksaan penuh dengan para pelajar.

Arabella yang baru sahaja tiba mencari kelibat Zafriel. Yalah, dah lah dia tiada telefon. Ditambah pula dengan layanan dingin Zafriel. Memang rindu habis lah jawapannya.

Setelah lama mencari, akhirnya dia terpandang akan figura Zafriel. Baru sahaja kakinya hendak melangkah, dia melihat adegan yang kurang senang buat dirinya. Zafriel sedang menggosok kepala Erynn lalu memeluknya.

Hati Arabella berkecai, sakit. Dia rasa nak mati sekarang juga. Arabella kemudian mengalihkan pandangannya, tidak mahu untuk menyakitkan hati diri sendiri lagi.

Tidak lama, kelihatan kedua ibu bapanya yang menghantar Atiqa dan Arwish ke dewan peperiksaan. Arabella segera mengukir senyuman sebelum menuju ke arah mereka.

"Assalamualaikum ayah, ibu," sapanya lalu menghulurkan tangannya. Huluran itu hanya dipandang sepi oleh Dato Mustaphar dan Datin Emelie. Arabella yang merasa kekok terus menarik kembali tangannya.

"Uhm, ok Bella pergi dulu. Goodluck Arwish dan Atiqa," katanya lalu kembali ke tempat beg nya berada dengan juraian air mata. Sekali lagi, dia kecewa. Arabella segera berlari kebelakang dinding lalu menghamburkan tangisannya. Dia sudah tidak tahan akan sakit yang mencengkam dirinya. Dia memang hanya ingin mati buat seketika.

Daniya hanya memandang sayu terhadap Arabella. Dia menepis air matanya yang bercucuran.

***

Hari pertama peperiksaan sudah pun selesai. Arabella keluar dari dewan peperiksaan dengan perasaan gembira. Tidak sia sia usahanya mengulangkaji selama ini.

Dia kemudian mengambil bekal yang telah disediakannya untuk Zafriel. Baru sahaja dia ingin melangkah mencari Zafriel, kelibatnya sudah muncul di depan mata.

"Assalamualaikum Aril," sapanya sambil tersenyum. Zafriel hanya membalas sepi pandangan itu kemudian menyuruh Arabella mengikutnya.

Mereka tiba di taman mini di sekolah itu. Keduanya mengambil tempat di atas satu bangku yang disediakan disitu.

"Aril apa khabar? Lama tak tegur Aril," kata Arabella sambil tersengih. Comel. Zafriel hanya mengalihkan pandangannya. Takut jika dia terpikat semula dengan pandangan Arabella.

" Sihat. Saya bawa awak ke sini sebab nak bagitau sesuatu," kata Zafriel. Arabella sedikit kecewa dengan panggilan yang digunakkan Zafriel.

" Apa dia?" tanya Arabella sambil membelek bunga yang sempat dipetiknya tadi. Dia mengosok setiap kelopak bunga itu. Sungguh indah ciptaanNya.

"Saya nak minta maaf sebab dah bagi awak harapan. Saya minta maaf sebab tak layan awak lagi. Saya nak awak tahu yang saya dah jumpa pengganti awak. I think she deserve the place better. Saya minta maaf tapi saya tak rasa awak layak untuk saya," balas Zafriel sambil menggempal tangannya. Dia memejamkan matanya rapat. Tidak mahu melihat muka Arabella.

Arabella hanya tersenyum. Dia kemudian memandang langit seketika lalu mulai berbicara. "Saya tahu benda ni akan jadi. Tak apa, saya yang perlu minta maaf sebab beria nak jadi girlfriend awak. Saya minta maaf kalau saya menjengkelkan. Saya dah lama tahu saya tak layak. Terima kasih hulurkan salam perkenalan. Terima kasih sudi lindungi saya dari hari pertama. Saya terhutang budi dengan awak.

Saya bahagia awak dah jumpa pengganti. Jadi saya tak perlu risau nanti. Saya rasa awak dan Erynn sangat sesuai. Awak jaga dia baik baik, sayang dia sepenuh hati, jangan curang. Jangan lakukan benda tu kecuali korang berdua dah halalkan hubungan. Bella doakan yang terbaik untuk korang berdua dan semoga berjaya untuk SPM," balas Arabella ramah. Tiada air mata pun yang menitis. Arabella mulai berdiri dari duduknya.

"Untuk hari terakhir, makanlah Bella masakkan. Manatau lepas ni memang tak boleh makan dah masakkan bekas teman wanita awak ni," gurau Arabella sambil menghulurkan bekas makanan kepada Zafriel.

Zafriel menyambut lemah huluran itu lalu memandang kelibat Arabella yang berlalu pergi. Dia merasa serba salah akan keputusannya ini. Wajah ayu dan pucat Arabella sering bermain difikirannya.

***

Arabella memandang kembali kebelakang. Setelah dipastikan tiada Zafriel mengikutinya, dia segera berlari ke gelangang bola keranjang. Kelihatan Arwish baru sahaja keluar dari situ.

Arabella segera memanggil Arwish lalu memeluk tubuh abangnya itu erat. Dia menangis semahu semahunya dalam dakapan Arwish.

Arabella sungguh lemah ketika ini. Dia sangat memerlukan seseorang untuk menjadi bahu ketika dia sedang menangis. Dahulu semua itu tugas Zafriel. Namun sekarang, Zafriel sudah mempunyai teman wanita baru.

Arwish hanya kaku. Dia tidak membalas kembali pelukan Arabella. Semakin lama, bahunya semakin basah dan esakkan Arabella semakin kuat.

" Arwish tolong! Bella sakit Arwish! Bella tak tahan! Nak mati!" jerit Arabella dalam esakkan. Arwish yang sebak mulai memeluk Arabella. Rambut Arabella diusap bagi menenangkannya.

Tidak lama, pelukan Arabella semakin longgar dan tiba tiba Arabella rebah ke lantai. Arwish yang tidak sempat menahan amat terkejut melihat darah yang mengalir dari hidung Arabella.

"Ya Allah Bella! Bangun Bella!" jerit Arwish. Dia segera menelefon ambulans sambil meletakkan kepala Arabella diribanya.

***

Huehue! Your dream come true. Zafriel dan dengan Erynn. Kesian Arabella kan?

I tak tahu kenapa I seksa perasaan sendiri tulis chapter ni. Huhu.

Apapun vote and comment okay okay❤️❤️😘

Bukan Yang TerbaikWhere stories live. Discover now