8

6.7K 417 6
                                    

" Surprise ibu!" sapa suara yang amat dirinduinya. Puan Emelie menekup mulutnya tanda tidak percaya. 10 tahun terpisah, kini dia bertemu kembali dengan anaknya, Arman Arwish, kembar kepada Atiqa Amylia.

" Arwish, is this really you, my dear?" tanya Puan Emelie. Arwish hanya mengganguk lalu memeluk ibunya seerat eratnya.

"I miss you so much ibu. 10 tahun Arwish tunggu," katanya sambil menitiskan air mata, tanda bahagia dan bersyukur.

Setelah beberapa saat, Puan Emelie melepaskan pelukan. " Is your dad dekat sini?" tanya Puan Emelie sambil menatap wajah anaknya.

" Ayah, a..yah..dah.." kata Arwish tergagap-gagap. Puan Emelie sekarang kembali menitiskan air mata. Tidak sangka yang suami tercintanya sudah kembali menghadap Ilahi.

"10 years yet you're still my same old cutie girlfriend. I miss you so much," sapa satu suara sambil merangkul pinggang Puan Emelie.

Arwish, Atiqa dan Arabella hanya mampu melihat dan tersenyum melihat telatah kedua ibu bapanya.

"Hu...hubby, awak betul suami saya kan?" tanya Puan Emelie sambil memalingkan badannya menghadap Dato Mustaphar.

" Taklah, ni suami Mrs. Mustaphar, the one and only," balasnya lalu mencuit hidung isterinya. " By the way, you can speak malay now my love," kata Dato Mustaphar lalu mencium pipi Puan Emelie.

" Stop it, the kids are here! See you in the room tonight," katanya nakal. Haih, dua dua perangai sama, dahlah nakal, gatal sekali dengan perangai masuk air pun ada.

Mereka kemudian berjalan beriringan ke meja makan yang telah dihias oleh Arwish dan Arabella. Cake tadi diletakkan lalu dipotong. Puan Emelie menyuapkan kek itu kepada suami dan anak anaknya.

"So, my kids, apa khabar puteri puteri ayah ni?" tanya Dato Mustaphar kepada Atiqa dan Arabella.

"Ayah, ayah tahu tak yang Arabella satu tingkatan dengan kami," kata Arwish teruja. Ayahnya agak sedikit keliru mendengar ayatnya.

" Aik, bukan Ara muda setahun ke?" tanya ayahnya.

"Ya, tapi dia express satu tahun sebab lulus dengan cemerlang. Walau muda, Ara selalu dapat top in the class tau yah, jealous I," celoteh Arwish namun makanan tetap tidak berhenti disuapkan kemulut.

Dato Mustaphar berasa terkejut dan bangga. Dia tahu, anak anaknya pasti akan membanggakannya satu hari nanti.

" Tahniah Ara, papa bangga sangat dengan kamu," kata Dato Mustaphar lalu memeluk anak perempuan bongsunya itu.

Atiqa hanya mendengus geram. Asyik dia je kena puji. Di sekolah pun, ada yang diam diam puji dia cantik dan menaruh hati. Atiqa segera beristighafar apabila sedar akan kertelanjurannya.

Mereka kembali menjamu selera sambil bergurau senda. Arabella dan Arwish melakukan siblings handshake yang baru mereka cipta beberapa hari lalu sebagai tanda kejayaan parti kejutan mereka.

"So, ada apa apa update tak sepanjang 10 tahun ni?" tanya Puan Emelie.

" Ada. Sayang bukan lagi Puan Emelie but, you're a Datin Emelie now," kata Dato Mustaphar lalu memeluk isterinya.

" Wow, my hubby is amazing. Congrats hubby," kata Puan Emelie lalu menghadiahkan kucupan di pipi.

Tiba-tiba, terdengar Atiqa yang batuk dengan amat kuat. Dia mulai menggengam erat tangan Arabella disebelahnya kerana kesakitan yang amat sangat.

Arabella cuba menggosok belakang Atiqa namun ditepis oleh Datin Emelie. Dia kemudian mengeluarkan beberapa biji pil lalu disuakan kepada Atiqa.

Dato Mustaphar dan Arwish amat terkejut dengan situasi itu. Mereka yang baru sahaja bergurau senda terus dalam keadaan serius.

" Maaf ganggu, tapi Atiqa tak tahan sangat," katanya lalu menitiskan air matanya.

" Apa jadi dengan puteri ayah ni?" tanyanya kepada isterinya, yang kemudian hanya memberi jelingan tajam kepada Arabella yang sedang menundukkan pandangannya.

" Ask her, she knows better," kata Datin Emelie sinis. Dato Mustaphar yang masih keliru itu hanya bergegas menyuruh mengangkat Atiqa ke kereta untuk dibawa ke rumah sakit.

Arabella yang sibuk mengemas sampah sarap itu tanpa disedari telah ditinggalkan oleh kedua ibu bapanya dan adik beradiknya. Arabella yang dari tadi menahan sakit di dadanya kini mulai menitiskan air matanya.

Dia kembali membersihkan kawasan taman tadi selepas parti kejutan mereka. Tiba-tiba, bunyi guruh dan petir yang menyambar menggangu konsentrasinya. Kepala didonggakkan dan dilihat langit yang semakin mendung.

Dia segera bersiap lalu berjalan kaki pulang k rumah lama mereka kerana dia tidak tahu alamat hospital mahupun rumah baru ayahnya.

Apa yang pasti, dia harus tiba di rumah sebelum cuaca berubah. Namun, nasib tidak menyebelahinya apabila hujan terus turun dengan lebatnya. Arabella yang sedar bahawa dia berada beberapa ratus meter lagi dari rumah segera mempercepatkan langkahnya namun terhenti apabila nafasnya mulai bertukar rentak.

Saat Arabella ingin sahaja mati rasanya akibat kekurangan oksigen, sebuah kereta singgah lalu seorang pemuda dengan menggunakan payung turun kearahnya.

" Arabella, jom naik kereta saya," kata pemuda itu. Dari suara, Arabella tahu bahwa itu adalah Doktor Zafwin.

Setelah Arabella masuk, dia segera mengambil beberapa ubatan Arabella lalu menghulurkan ke arahnya. Arabella segera menyambut hulurannya lalu menelan pil pil tersebut.

" Bella, tengok keadaan awak macam ni, awak masih ke nak teruskan?"

"Ya Doktor. Saya akan teruskan walau apa yang terjadi, even if I die in the end, I insist to do it," katanya lalu memandang keluar.

Doktor Zafwin hanya mampu mengeluh lalu membawa Arabella pulang kerumahnya. Hubungan mereka ini agak sedikit akrab bagai abang dan adik namun tidak begitu akrab.

Setelah tiba di rumah Arabella, Arabella mengucapkan terima kasih lalu turun dari kereta. Pintu rumah dibuka lalu dilihatnya beberapa barang yang sudah kosong.

"Pasti mereka dah ambil barang," kata Arabella lalu menuju ke bilik bilik bermulai dari bilik ibunya kemudian kakaknya. Semua kosong.

Arabella beralih pula ke biliknya namun hampa apabila melihat barangnya masih penuh disana. Dia yang terlalu penat itu hanya mampu melelapkan matanya lalu mengunci kesemua pintu dan jendela yang ada. Biarlah dia berehat kerana esok merupakan hari persekolahan.

*   *    *

Hello! I'm back after my finals wew.

Sedihnya tengok tak sampai 10 votes on last chapter, so saya tak dapat bagi double update lah ni. Huh.

Anyway enjoy reading and dont forget to vote and comments okay?

Bukan Yang TerbaikWhere stories live. Discover now