Special Part

10.1K 471 82
                                    


Bangunan megah Arafriel.Co dipandang oleh Zafriel. Bangunan yang dibina dengan hasil titik peluhnya. Bangunan yang dimana dia bangunkan dengan fikiran kepada arwah kekasihnya.

Zafriel segera memasuki bangunan itu kemudian menuju ke tingkat teratas, iaitu ruangan kerjanya.

Sebaik sahaja kakinya mencecah di aras yang di ingini, dia disapa oleh pembantu peribadinya, Wajiha, yang berdiri tanda menghormati kedatangan bosnya.

"Good morning Tuan," sapa Wajiha hormat. Zafriel hanya menggangukkan kepalanya lalu melangkah masuk kedalam biliknya. Baru sahaja dia melabuhkan punggung, bunyi ketukan di pintu bergema.

"Yes, please come in," balasnya.

"Selamat pagi Tuan. Untuk makluman, Tuan tidak mempunyai apa apa temu janji penting untuk hari ini,"

"Okay, thank you Wajiha," katanya singkat.

"Oh Tuan, tadi Mrs. Daniya told me to give this to you," sambung Wajiha sambil menghulurkan satu sampul surat. Zafriel memandang lama surat itu sebelum mengambilnya. Wajiha menunduk tanda hormat dan berlalu keluar.

Surat di tangan Zafriel perhatikan. Kelihatan surat itu sudah agak lama wujud. Hatinya berharap ianya adalah seperti yang difikirkan.

Sebaik sahaja sampul itu di koyakkan. nama penulis itu membuatkan hati Zafriel menjerit rindu. Tulisan arwah Arabella tertera di permukaan lipatan surat itu.

Dia menahan air matanya dari jatuh ke pipi. Segera dia mengambil kunci keretanya lalu memberitahu Wajiha bahawa dia tidak akan masuk ke pejabat pada hari ini. Sungguh fikirannya terasa kosong. Hatinya hanya menginginkan untuk pergi ke satu tempat.

Dia segera masuk dalam keretanya lalu memandu menuju ke destinasi.

***

Batu nisan dihadapan matanya dipandang. Dia segera mengusap batu nisan itu kemudian duduk bersila di tepi nya. Zafriel menarik nafas dalam sebelum membuka surat dari Arabella. Ya, dia ingin membacanya dekat di samping penulisnya.

To: My prince charming, Zafriel Xavier

Hello handsome! Its your sleeping beauty! Aril youre doing fine right? Mesti Aril bahagia dengan Erynn now. Funny how you used to call me sleeping beauty dan sekarang Aurora sleep forever. Aril, Aurora tulis surat ni dengan niat baik. Aurora nak Aril bahagia, teruskan hidup. Terima kasih sebab hulurkan salam perkenalan dan percintaan kan Aurora. Those are such sweet memories for me. Aurora sangat terharu sebab Aurora dapat rasakan kasih sayang dari seseorang disaat akhir hidup Aurora. Aurora nak minta maaf sebab terima Aril, walau Aurora tahu ajal Aurora dah dekat. Tapi apabila tengok Aril dengan Erynn, Aurora bahagia, sekurang-kurangnya Aril tak sedih dengan permergian Aurora. Aurora nak sangat hidup panjang, tengok keluarga dan kawan kawan semua bahagia. Tapi walau pun hidup Aurora cuma singkat, I have lived my life to the fullest and I think it was enough terutamanya dengan kehadiran Aril jadi Aurora redha dengan takdir. Dan Aurora harap Aril pun redha ya? Aurora harap Aril suka dengan your birthday cake. Terkejut Aurora masa mama Aril minta Aurora bake a cake for your birthday hahaha. Okay Aril, sampai disini je surat Aurora. Aurora sayang Aril sangat sangat walau mungkin kita dah berbeza alam waktu ni. Kalau ada masa, jenguk jenguk kubur Aurora tau, hehehe tapi Aril takut hantu tak payah lah. Okay bye abang handsome! <3

Yang mencintaimu,
Aurora Arabella yang manith

Zafriel memejam matanya. Hatinya amat berkecai saat ini. Sungguh dia rindukan kehadiran Arabella. Jiwanya terseksa. Ikut rasa hati, mungkin dia sudah mengali semula kubur Arabella, hanya untuk melihat wajah itu. Namun Zafriel harus meredhakan permergiannya.

Bukan Yang TerbaikWhere stories live. Discover now