26

7K 374 9
                                    

Zafriel sedang bergelak ketawa bersama Erynn. Tidak lama, Zafriel mula teringat sesuatu. Arabella! Dia lupa dia datang ke sini bersama Arabella.

Zafriel mula memandang di kerusi dihadapannya, kosong. Mungkin Arabella cemburu kot? Agak agak lah dah teman lelaki dia sibuk bergelak ketawa dengan wanita lain tapi ajak dating. Siapa yang tak panas hati?

" Oh God Erynn, I was so into the talk sampai I lupa girlfriend I," kata Zafriel panik.

"Hey chill, she will understand kalau dia betul betul sayangkan you, tak perlulah nak cemburu bagai kan?" hasut Erynn. Zafriel mengendahkan kata kata Erynn. Hendak dia pergi ke rumah Arabella sekarang namun tidak tahu alamatnya sama sekali.

Ah tidak kira! Zafriel segera mengambil kunci keretanya lalu memandu menuju ke rumah Arwish. Mungkin mereka tahu ?

***
Arwish dan kedua orang tuanya sedang duduk di taman mini di belakang rumah mereka sambil minum petang.

Arwish mencari cara untuk membuka isu tentang Arabella. Mengapa dia dipinggirkan? Mengapa susah untuk kedua orang tuanya menerima kehadiran Arabella? Itu yang berlegar di kepalanya sejak semalam lagi.

"Arwish, kenapa termenung? " tanya ayahnya sambil menepuk bahu Arwish.

" Ah takda apa apa pun pa. T-ta-tapi uhm tak uhm cuma" balasnya tersekat sekat.

Dato Mustaphar dan Datin Emelie melemparkan pandangan penuh hairan kepada Arwish.

"Uhm Arwish nak tanya tentang-" percakapannya terputus apabila satu suara menyampuk dari belakang.

"Ma, nak duit belanja boleh? Gucci baru release handbag baru lah mama" bodek Atiqa yang sememangnya sudah bersiap untuk keluar. Rambut perangnya, kacamata hitamnya dan yang paling menyakitkan mata Arwish ialah mini dress yang sangat ketat di tubuh Atiqa Amylia.

" Kau ni dah lah muncul muncul mintak duit, baju pun tah pape," sindir Arwish sambil mengelengkan kepalanya lalu kembali menghirup tehnya.

" Yang kau tak puas hati kenapa? Jaga tepi kain sendiri boleh tak?"

" Buat apa aku nak jaga tepi kain singkat kau tu! Baik aku mengaji dengan Bella," sindirnya lagi.

"Arwish! Dont say her name, not in my house! Dapat bala je dengar nama tu! " jerkah Dato Mustaphar.

Menitis air mata Arabella. Dahlah taman mini tu berdekatan stor tempat Arabella tinggal. Arabella cuba mengurangkan membuat bunyi apapun semampu yang bisa kerana meja tempat mereka bersantai itu bersebelahan dengan stor nya.

Tidak lama, Arabella mendengarkan suara garau seseorang yang muncul tiba tiba.

" Assalamualaikum, Arabella ada tak aunty?" tanya Zafriel tercungap cungap.

" Zafriel, aunty tak nak mengamuk juga dekat Zafriel tapi tolong jangan sebut nama perempuan tak guna tu sini," kata Datin Emelie dengan nada yang cuba dikawal.

" Aunty, dia anak aunty tau. Darah daging aunty sendiri, apa lagi yang kurang? Sisi dia yang mana satu buatkan dia anak tak guna?" tanya Zafriel panas hati.

" Semua! Semua yang dia buat datangkan mala petaka. Anak macam tu memang patut mampos! Mayat dia tak perlu ditanam pun, tanah tak terima! Patut dibaham binatang buas je!" tempelak Datin Emelie.

Dan ayat ayat itu amat menyakitkan perasaan Arabella. Dia rasa seperti ingin segera mati. Arabella ingin keluar dari tempat itu lalu memeluk ibunya, memohon maaf atas dirinya yang sudah menjadi bala dan malapetaka buat kehidupan ahli keluarganya.

" Tak apa ibu, ayah, Abang Arwish dan Kak Tiqa, kurang dari 3 bulan, Arabella akan memudar dari dunia ini. Waktu tu, perasaan terasa, sakit hati, kecewa, tak dapat Bella rasakan. Jasad Bella yang tak tahu dimana berada, takkan kamu semua lihat sama sekali lagi. Buat masa tu, Arabella, dah terpadam dari dunia ni. Dan waktu tu juga, Bella harap, sangat sangat, kebahagiaan yang kalian dambakan akan tercapai. Happiness does need sacrifices." 

***

Short chapter for such a long hiatus 😢 Minta maaf huhu. I promise will update another chapter soon. Janji janji dan janji!

Apapun harap kalian enjoy hehe jangan lupa vote and comment untuk author comel cantik ni kay? 🥰

Bukan Yang TerbaikWhere stories live. Discover now