32

8.2K 393 7
                                    

Arwish mundar mandir di hadapan bilik rawatan di hospital itu. Sungguh dia risau akan keadaan Arabella.

Kelihatan Doktor Zafwin yang baru sahaja keluar dari bilik rawatan segera menghampiri Arwish.

"Arwish, Bella tak apa. Cuma kurang istirehat. Dia dah boleh balik," kata Doktor Zafwin kemudian tidak lama, kelibat Arabella yang masih lengkap berbaju sekolah juga muncul dibelakangnya.

Doktor Zafwin segera memberi ruang privasi lalu dia pun menuju ke pejabatnya.

"Terima kasih dah tolong Bella. Maaf kalau Arwish terkejut dengan perbuatan Bella tadi," katanya sambil tersenyum kecil. Dia menghulurkan tangannya tanda terima kasih.

Arwish hanya mengganguk kemudian berlalu pergi tanpa sepatah bicara. Dia tidak mahu melihat Arabella. Dia takut melihat sinar kekecewaan di mata adik perempuannya itu.

Hilang sahaja kelibat Arwish dari pandangannya, Arabella terus terdudul di salah sebuah kerusi di hospital itu. Masa yang ada buatnya semakin lama semakin singkat.

" Bella, sel sel kanser tersebut sudah merebak ke seluruh organ kamu. Hati Bella tak dapat tumbuh semula seperti lazimnya dan keadaan Bella yang hanya dengan satu buah pinggang merumitkan keadaan," kata Doktor Zafwin sambil menahan rasa sebak. Cukup melihat wjaah pucat itu, dia tahu Arabella amat terseksa dengan penyakitnya dan layanan orang sekeliling terhadapnya.

" Alhamdullilah, Bella masih diberi peluang hidup hari ini. Apapun, Bella redha. Terima kasih," balasnya lalu memberi tahu bahawa dia akan pulang pada hari itu juga.

Tidak Bella ingin untuk membebankan kewangan Arwish membayar bil hospitalnya.

Arabella kemudian menarik nafas dalam lalu mulai berjalan pulang. Mulai hari ini, dia harus semangat! Dia tidak akan mensia-siakan sisa hidupnya dengan sakit hati dan kecewa. Walau itulah hakikat yang sebenarnya.

***

Hari berganti hari, akhirnya peperiksaan SPM pun tamat. Kelihatan semua pelajar bersorak gembira setelah keluar dari dewan peperiksaan.

Arabella hanya tersenyum melihat telatah rakan seperjuangannya. Dia tidak pasti sama ada dia sempat berbangga terhadap keputusan SPM nya atau tidak. Itu semua takdir Tuhan.

"Kepada seluruh pelajar Tingkatan 5, sila berkumpul di kelas masing masing sebentar," suara Cikgu Yani bergema diseluruh dewan. Kesemua pelajar Tingkatan 5 mengeluh. Cis, fikir dah habis!

Arabella yang baru sahaja ingin mencapai begnya terhenti apabila melihat Zafriel dan Erynn. Kelihatan Erynn berjalan seiring dengan Zafriel dan tidak dinafikan, keduanya kelihatan sepadan dan bahagia.

Arabella hanya mampu tersenyum pahit. Dia tidak mahu memetingkan kebahagiaanya sendiri. Jika nanti dia pergi, dia tidak ingin ada yang bersedih dengan pemergiannya. Biarlah dia dipinggir sama seperti sewaktu dia hidup.

Setibanya mereka di kelas. Cikgu Yani mulai mengagihkan surat kepada masing masing pelajar.

"Okay, cikgu dah agihkan kem selepas SPM pada huhung minggu hadapan. Disini korang akan luangkan masa bersama rakan seperjuangan buat kali terakhir sebelum masing masing terpisah jauh," kata Cikgu Yani. Dia memandang pelajarnya buat kali terakhir. Yelah, dah tahun depan tak jumpa lagi. Tentulah rindu.

Setelah sahaja borang diagihkan, keseluruh kelas 5 Sapphire riuh rendah. Masing masing sibuk berbincang tentang hal kem itu. Manakala Arabella hanya menatap surat itu. Ini sahaja peluangnya untuk menghabiskan sisa hidupnya.

Setelah lonceng berbunyi, keseluruh pelajar Tingkatan 5 beredar dari kelas masing masing. Arabella pun sgeera berangkat pulang untuk mengemas barangannya.

Setibanya dia di rumah kecilnya, Arabella membuka laci meja yang terdapat didalam pondok itu. Dia mengeluarkan sejumlah wang yang telah disimpannya selama ini.

Arabella mulai mengemas barangnya satu persatu untuk dibuang setelah dia tiada nanti.

Saat dia sibuk mengemas, satu surat terjatuh dari atas mejanya. Surat pertama yang diberikan oleh Zafriel buatnya.

Jujur, Arabella rindu. Rindu akan kenangannya bersama Zafriel. Zafriel merupakan teman lelaki yang baik dan penyayang. Arabella sungguh berasa tidak layak menjadi bintang dalam hidup Zafriel.

***

Arwish segera menghubungi sahabatnya, Zafriel Xavier. Dia ingin mengajaknya lepak memandangkan peperiksaan SPM dah tamat. Mereka berjanji untuk bertemu di kafe ibu Zafriel.

"Wei, dah lama tunggu?" soal Arwish tatkala melihat Zafriel yang sibuk bermain dengan telefonnya.

"Ye, sampai berlambak cucu aku tunggu kau sampai!" sindirnya.

Arwish hanya menumbuk perlahan bahu Zafriel kemudian mengambil tempat duduk dihadapannya.

" Wei, kau dengan Bella apa cerita sekarang? Bukan rapat sakan kau dengan Erynn!" kata Arwish. Dia masih tidak tahu mengenai tamatnya hubungan Zafriel dan Arabella.

"Dah dia girlfriend aku. Aku dengan Bella dah putus waktu hari pertama SPM dulu," balasnya selamba sambil menghirup airnya.

Arwish terdiam sejenak. Adakah itu punca Arabella nangis dihadapannya pada waktu itu? Sungguh dia rasa bersalah kerana tidak menenangkan adiknya sendiri.

Zafriel meliarkan matanya kesekeliling kafe ibunya. "Wei, bosan lah cheesecake yang aku selalu pesan tu, dia punya cake maker dan berhenti kerja. Mana nak cari cheesecake macam tu?" soalnya sambil menjeling cake cake disitu.

" Lah, suruh Erynn lah buatkan kau!"

"Taknak lah. Erynn tu tak pandai sangat masak tapi aku tetap sayang dia," balas Zafriel sambil tersengih. Arwish hanya menggelengkan kepalanya kemudian keduanya beralih topik.

"Wei, kau join tak kem tu?" soal Arwish kearah Zafriel yang khusyuk dengan telefonnya.

Arwish yang geram kerana telah mengajukan soalan itu beberapa kali terus menjentik dahi Zafriel.

"Woi sakitlah!" marah Zafriel.

"Tahu pun! Yang kau duk termenung dengan phone tu kenapa? Kalau nak chat ngan Erynn tak payahlah ajak aku keluar," kata Arwish sambil menggulingkan biji matanya.

"Ala sorrylah. Hah, aku dengar ok. Ye memang tentulah aku ikut kem tu," balas Zafriel.

Dia kemudian segera menutup telefon bimbitnya lalu berbual kosong dengan Arwish. Setelah setengah jam, keduanya berniat untuk pulang.

Zafriel masuk kedalam keretanya lalu mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia memandang gambar Arabella yang pernah diambilnya sewaktu bersama dahulu.

Entah kenapa, dia masih mempunyai perasaan yang kuat terhadap Arabella. Walaupun kini di bersama Erynn, namun hatinya masih setia pada Bella. Zafriel meraup mukanya lalu memulakan pemanduannya kerumah.

***

Ola! Few chappy left until it ends. Tapi lepastu, I akan publish a new book! Excited tak?

Okay please vote and comment okay? Thankyou❤️🍓

Bukan Yang TerbaikWhere stories live. Discover now