42

15.5K 498 31
                                    

Arwish melihat jam penggera telefonnya yang sudah berbunyi. Dia segera naik ke atas untuk memangil Arabella. Namun setiap langkah kakinya berasa aneh. Perasaan takut semakin membuak buak di dada.

Pintu Arabella diketuk. Namun tiada balasan. Dia mengetuk lebih kuat lagi, namun masih tiada sahutan Arabella.

Arwish memusing tombol pintu itu perlahan lalu menapak masuk ke bilik Arabella. Dia melihat tubuh Arabella yang diselimut rapi.

Dia segera menghampiri tubuh itu namun otaknya menafikan pandangan matanya. Sekujur jasad adiknya yang tersenyum pucat dengan mata terpejam. Dia mengoncangkan tubuh sejuk wanita itu.

"Bella bangun sayang, ni abang Arwish. Cakap tadi nak jalan kan?" ujarnya perlahan. Air mata mulai menitik di pipi.

Tangan sejuk adiknya dicapai. Pergelangan tangan dicari untuk mencari denyutan nadi. Namun hampa, kosong, sunyi.

Darah mulai mengalir dari bibir dan hidung Arabella. Arwish segera memeluk  kaku adiknya itu. Adik yang diabai. Adik yang dituduh. Adik yang menderita sepanjang perjalanan singkat hidupnya. Adik yang hanya merayu sedikit kasih sayang.

"Arabella!" jerit Arwish kuat sambil menangis teresak esak.

Jeritan itu mengejutkan mereka yang lain. Mereka segera bergegas ketingkat atas untuk melihat kejadian itu.

Sampai sahaja di tempat kejadian, Datin Emelie segera meluru ke arah Arwish begitu juga dengan Atiqa dan Dato Mustaphar.

Mereka sungguh tidak suka dengan apa yang disajikan di depan mata mereka pada petang itu. Jasad tidak bernyawa Arabella.

Datin Emelie dan Dato Mustaphar segera merangkul tubuh puteri yang mereka abaikan itu. Puteri yang banyak mengorbankan hidupnya demi kebahagiaan mereka. Puteri yang merayu demi sedikit belas kasihan dan kasih sayang.

"Bella, bangun nak! Jom jalan! Kan dah janji nak pergi tadi, Bella ya Allah bangun sayang tak boleh tidur!" rayu Datin Emelie yang menangis teresak esak memeluk jasad itu.

Atiq tidak sanggup menghampiri tubuh itu. Rasa bersalah mencengkam di dadanya. Dia hanya mampu menangis namun tiada suara yang terkeluar.

***

Zafriel sedang duduk di pangkin rumahnya. Dia merenung ke bunga bungaan di kebun mamanya. Teringat bunga paling indah dia pernah temui, Auror Arabella. Bunga yang tiada gantinya.

Sedang dia sibuk menilik setiap bunga disitu, dia mendapat satu panggilan telefon dari Arwish.

Weh bro, dah rindu aku
ke?

Zafriel, aku nak bagitahu
kau sesuatu. Aku harap kau bersabar.

Kau nak luahkan perasaan ke.
Kau gay-

Aurora Arabella dah pergi.

Zafriel terkaku.

Wei, jangan main main hal
macam ni. Aku tak suka!

Kau fikir aku suka ke hah?!
Dia dah pergi bro! Adik aku!

Zafriel segera mematikan panggilan itu. Dia menggeleng kepalanya. Serasanya baru tadi dia berbual dengan Arabella. Baru tadi dia menatap mata bundar hazel yang diminatinya.

" Abang!" jeritnya. Zafwin terkocoh kocoh turun dari tangga atas.

"Kau nak apa?" tanyanya malas.

"Ikut aku, aku nak kau buat pengesahan!" ujarnya. Kunci kereta segera di ambil.

"Wow wow, apa ni?" tanya Zafwin hairan.

"Arwish called and told me that she passed away," kata Zafriel lemah.

Zafwin hanya memandang adiknya. Dia menghela nafas berat. Dia segera mengambil kunci kereta dari tangan Zafriel kemudian menuju ke rumah Dato Mustaphar.

Zafriel menghela nafas berat melihat rumah itu. Hatinya semakin berdegup kencang apabila melihat sekujur tubuh yang telah dibaluti kain kafan itu.

Wajah itu masih tersenyum manis hingga ke detik akhir. Kelihatan Dato Mustaphar sekeluarga duduk berdekatan jasad Arabella.

Zafriel lemah. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Dia terseksa. Dia tidak tahan dengan ujian ini. Zafwin segera memeluk bahu adiknya, menyalur sedikit kekuatan.

Perjalanan menuju ke tanah perkuburan terasa berat. Tidak sanggup mereka melepaskannya pergi. Masa yang diberikan amat singkat untuk menebus kembali kesilapan mereka.

Sebaik sahaja tiba, lutut mereka semakin lemah. Semakin tidak terdaya untuk menghantar pergi insan yang dikasihi.

Selesai sahaja majlis pengebumian, Zafriel dan keluarga Dato Mustaphar belum berangkat pulang. Mereka mengusap batu nisan yang masih baru itu.

Aurora Arabella binti Mustaphar

Serasa tidak percaya, nama insan tersebut ialah Arabella. Zafriel mengusap tanah yang masih merah itu. Arwish menabur bunga di atas kubur adiknya begitu juga dengan Atiqa.

Zafriel dan Arwish hanya mampu mengukir senyuman kecil. Sekurang kurangnya Arabell bebas dari menanggung sakitnya yang melarat.

Berat langkah mereka untuk meninggalkan kawasan perkuburkan itu namun hari semakin senja dan gelap akan tiba. Dengan hati yang berat mereka berpaling meninggalkan kawasan itu.

Zafriel, buat kali terakhir, berpaling lalu menghadiakan sebuah lambaian kepada kubur Arabella.

Bersemadilah dengan tenang, pujaan hatiku.

****

Hello! Setelah sekian lama baru I update kan? Maaf ya tak bermaksud nak buat korang on hold tapi i busy semacam jerr

Memang dah bosan kan nak tunggu update huhu maaf yer🥺💘

Bukan Yang TerbaikWhere stories live. Discover now