17

6.8K 429 13
                                    

Esok merupakan hari yang penting dan dinanti-nantikan oleh Arabella. Setelah segala usaha untuk mengumpulkan duit bagi menampung pembedahan Atiqa membuahkan hasil.

Arabella segera memakai baju kurung moden pastel pink yang dipadankan dengan tudung shawl krim. Ini merupakan baju rayanya beberapa tahun lalu yang dijahit oleh ibunya sendiri.

Dia mengenakan sedikit lip balm bagi menutup bibirnya yang pucat lesi itu kerana kebelakangan ini Arabella semakin kerap muntah darah.

Dia kemudiannya menuruni tangga rumah agam itu untuk membantu apa yang perlu. Dia melihat Datin Emelie yang sedang sibuk menguruskan jamuan di luar manakala yang lain turut membantu.

Arabella segera mengeluarkan kek yang telah dibuatnya lalu dipotong rapi. Dia meletakkan dalam pinggan yang bersesuaian lalu menghidangkan di atas meja di khemah.

" Apa kau buat dekat bawah ni?" tanya Datin Emelie kasar. Arabella hanya mendiamkan diri dan menundukkan pandangannya.

" Heish budak ni! Buat panas ja tahu! Nasib ni upacara agama. Kalau tak dah lama aku maki kau! Dah duduk diam diam! Buat semak je!" marah Datin Emelie lagi. Arabella hanya mengganguk lalu duduk di tempat yang paling jauh dari keluarganya.

Dia melihat kelibat Zafriel yang berjalan menuju ke tempat berdekatannya. Arabella hanya mampu mengukirkan senyuman. "Haih, handsomenya boyfriend I," gediknya dalam hati lalu tertawa sendiri.

Sedang seronok Arabella merenung ke arah Zafriel yang comel memakai baju melayu pink nya itu, Zafriel tiba tiba memandang ke arah Arabella di belakang. Memang terkejut habislah Bella dengan kenyitan mata yang diberikan Zafriel.

Acara kemudian bermula dan Arabella hanya mengikuti atuacara sehingga selesai. Ada juga masa Arabella terpaksa ke tandas kerana ingin muntah.

Sewaktu acara hampir selesai, Dato Mustapha diberikan ruang untuk memberi sepatah dua ucapan.

"Assalamualaikum kepada semua yang sudah hadir ke acara kami pada malam ini. Alhamdullilah kerana majlis berjalan dengan rapi pada hari ini. Tujuan kami sebenarnya memanggil saudara dan saudari pada hari ini, ialah untuk mendoakan pembedahan anak kedua saya, Atiqa Amylia, bagi pembedahan merawat bahagian hati nya.

Sekarang saya memperkenalkan keluarga kecil saya bermula dari isteri saya yang sudah terpisah dari saya sejak 13 tahun lalu, Datin Emelie, manakala anak kembar sulung saya, Arman Arwish dan anak kembar bungsu saya, Atiqa Amylia. Hanya itulah sahaja ahli keluarga saya. Terima kasih atas kesudian para hadirin pada malam ini," dan ucapan Dato Mustapha diakhiri dengan tepuk tangan dan tangisan seorang Aurora Arabella.

Setelah selesai acara, Arabella hanya sibuk mengemas bersama Mak Eta manakala Dato Mustapha berbual-bual bersama keluarga Zafriel dan yang lain.

Tidak lama, datang seorang anak kepada rakan perniagaan ayahnya, Zachary, menghampiri Arabella. Zachary merupakan crush kepada Atiqa namun cinta Atiqa tidak dibalas sama sekali.

" Hello honey sugar sweetie pie. I'm Zachary and nice to meet you," katanya lembut dan halus. Arabella segera mengangkat pandangannya untuk melihat gerangan tersebut namun Zachary kemudian terpaku.

Yelah dah dari tadi liat dari tepi je muka dia. Tapi sekarang dah face to face, Zachary jujur, dia sangat terpaku dengan muka putih mulus dan mata hazel Arabella.

"You're so pretty," kata Zachary tanpa sedar. Dia masih angau dan terpana dengan wajah Arabella.

" Yes, and the person you're calling pretty is my girlfriend," kata satu suara tiba-tiba. Lamunan Zachary terhenti lalu dia melihat gerangan yang menegurnya itu.

Bukan Yang TerbaikWhere stories live. Discover now