Epilog

17K 571 83
                                    

Sepuluh tahun kemudian.

Kafe yang menjadi tempat perjumpaan mereka dipenuhi ramai pelanggan. Zafriel mengambil tempat disebuah meja yang terletak agak jauh dari orang lain.

Kelihatan figura tiga orang rakannya menghampiri. Zafriel terus berdiri untuk menyambut kedatangan sahabatnya.

"Wei bro apa khabar kau! Lama tak jumpa!" sapa Zafriel kepada Arwish.

Arwish hanya tergelak lalu menunjuk ke arah seorang wanita di sebelahnya. "Ye lah, dah ada mak buyung kat sebelah macamana lah nak jalan," katanya sambil memeluk pinggang isterinya. Daniya hanya menjeling suaminya lalu mencubit perut Arwish.

Siapa sangka jodoh Arwish ialah Daniya. Sahabat arwah Arabella dikala dia dilanda kesusahan. Tiba tiba terdengar deheman seseorang dari belakang.

"Tak ada orang nak tanya khabar I ke apa?" bicara Atiqa sinis.

"Buat apa aku nak tanya khabar kau, kita naik satu kereta kot!" balas Arwish. Atiqa hanya menjeling geram lalu mengambil tempat duduk.

Daniya melabuhkan punggungnya di sebelah Atiqa. Mereka memulakan sesi perbualan mereka.

Sedang mereka rancak dalam kisah hidup mereka, Daniya tiba tiba menyepikan diri.

"Zafriel, I nak tanya boleh tak?" soal Daniya secara random.

"Apa soalan you?" balas Zafriel sambil menaikkan keningnya sebelah.

"You dah ada pengganti arwah ke?" soalnya ragu. Walau sepuluh tahun dah berlalu namun perkara itu masih sensitif bagi mereka. Kehilangan seorang yang terseksa sepanjang hidupnya sendirian.

Zafriel menyepi seketika. Dia memandang keluar kafe.

"Kalau nak I jujur, I belum jumpa lagi pengganti arwah, dan mungkin I takkan cari. Arwah memang one in a billion. Dia bagaikan suatu keajaiban yang muncul, yang I tak sangka. Datanglah seribu perempuan, I tetap pilih dia," balasnya sambil tersenyum kecil.

Daniya rasa bersalah kerana telah menanyakan hal tersebut. Zafriel menundukkan pandangannya seketika lalu kembali mendongak.

Kelihatan matanya berair menahan sebak. Arwish dan yang lain hanya mampu mendiamkan diri kerana mereka juga masih terkilan akan kepergian Arabella.

***

"Assalamualaikum sayang," sapa Zafriel. Dia melabuhkan punggung diatas tikar yang dibawanya dari rumah.

Buku yassin dikeluarkan lalu dibaca. Selesai sahaja membaca yassin, dia mencabut rumput rumput kecil yang tumbuh di pusara kekasihnya. Air mawar diambil lalu dituang di atas kubuh Arabella.

Zafriel mengusap batu nisan itu. Dia jujur rindu serindu rindunya terhadap Arabella. Hatinya meronta ronta ingin melihat mata hazel itu. Dia ingin mendengar suara merdu Arabella. Dia ingin menikmati masakkan tangan Arabella. Namun semua itu hanya angan angan sahaja. Hatinya sakit. Mindanya merana. Ingin dia berteriak namun tidak terluah.

Dipenghujungnya, dia hanya mampu memendam rasa. Hanya mampu merasa kekesalan yang hadir di diri. Zafriel menangis teresak esak. Hatinya sakit.

"Aurora, Zafriel tak tahu sama ada Zafriel akan jumpa pengganti Aurora atau tidak. Kalau tidak, bujang sampai ke tua lah nampaknya Zafriel," katanya cuba menghiburkan hati. Gambar Arabella ditelefonnya ditatap.

Inilah rutin Zafriel setiap minggu. Setiap masa kelapangan di isi dengan menziarahi pusara Arabella. Meskipun tugasannya sebagai CEO memenatkan, namun itu tidak menghalang dirinya untuk menziarahi pusara kekasihnya.

Zafriel kemudian memandang cuaca yang semakin mendung. Dia mengucup batu nisan itu lalu berjalan pulang. Setiap kali pulang, hatinya merasa berat. Dia tidak mahu meninggalkan tempat itu. Sama seperti sewaktu Arabella dikuburkan sepuluh tahun lalu.

Disini Zafriel mengerti bahawa menghargai seseorang itu adalah perlu. Kerana apabila tiba saatnya orang itu mulai pergi, tiada apa yang dapat kita lakukan selain meratapi segala seribu satu penyesalan dan menyalahkan diri sendiri.

Jadi hargailah seseorang selagi dia masih ada dan jangan sia siakan peluang yang ada demi yang tersayang.

T A M A T!

Beep! Lama tak jumpa! Akhirnya buku BYT sudahpun tamat yeay! Terima kasih kepada yang telah menyokong dari chapter 1 hingga 43. Saya amat hargai jasa korang semua🥺💘

New book might be published soon so tunggu je yer dont worry korang masih akan tengok I beraksi di buku seterusnya!

Bukan Yang TerbaikWhere stories live. Discover now