36

10.6K 512 78
                                    

Arabella menahan sakit dikakinya. Arwish dan Zafriel yang baru melihat hal itu segera mendapatkan Erynn dan Atiqa.

"Kenapa ni?!" tanya mereka berdua dengan nada yang tinggi.

"Entah perempuan gila ni! Jerkah orang tiba tiba kemudian tolak kami berdua! Takkan marah sebab suruh ambil air tadi pagi kot!" marah Atuqa. Erynn tidak habis habis mengalirkan air matanya.

Nasuha menambah minyak keatas api yang panas. "Ya betul tu. Arabella terus terus je tolak mereka berdua. Tadi saya dengar dia cakap something tentang mereka berdua,"

" KAU TAU TAK DEPAN TU JURANG?! KALAU MEREKA JATUH MASUK MACAM MANA? KALAU KAU JATUH DALAM TU SAMPAI MATI PUN BANGKAI KAU AKU TAK KESAH BANGANG!" jerkah Zafriel. Dia menunjal dahi Arabella yang masih terduduk di tanah. Zafriel kemudian melihat sekeping kertas yang terjulur keluar dari beg Arabella.

Dia segera merampas kertas itu lalu melihat kandungannya. Ianya merupakan peta sebenar yang diberikan oleh guru sebentar tadi.

"Kau kalau nak bunuh, buat kerja clean sikit? Apa yang kau buat ni bodoh?! Kau memang macam ni kan?! Sebab tu ibu ayah tak sayang kau! Sebab kau ni menyusahkan! Pembawa malang! Nak masuk dalam rahim ibu pun kau tak layak kau tahu! Aku menyesal ada adik macam kau!" marah Arwish tidak bertapis. Nafasnya naik turun. Dia dan Zafriel segera mendukung Atiqa dan Erynn.

"Nasuha ada cedera mana mana sebab perempuan gila tu?" tanya Arwish. Nasuha hanya mengeleng.

"Ok jom kita pergi. Biar perempuan gila tu duduk sini. Nak sangat sabotaj map kan! Mati mereput lah kau kat sini. Tak de orang peduli nak gali kubur untuk kau!"

Arabella menangis lemah. Dia tidak tahu kenapa dia diperbuat sebegini. Malang benarkah dia ini? Kenapa tiada bahagia yang dia kecapi.

Arabella sedar, masanya sudah dekat, masa bertemu Ilahi sudah dekat. Dia segera mengambil akar rotan lalu mengikat kaki yang dipatuk tadi. Sudahlah pada tempat yang terseliuh pagi tadi.

Arabella kemudian mengagahkan dirinya untuk bangun. Dia mengekori perjalanan mereka dengan senyap.

***

Tepak perkhemahan sudah mencecah mata. Zafriel dan yang lain menghembus nafas lega kemudian menghantar Erynn dan Atiqa masuk ke bilik kecemasan yang di sediakan. Cikgu Arif segera mendekati mereka.

"Mana saja kamu pergi? Night walk ni cikgu anggarkan 30 minit tau? Dah lah hujan lebat," sapa Cikgu Arif. Mereka hanya menjelaskan bahawa mereka tersesat. Cikgu Arif segera memanggil jururawat sekolah untuk merawat mereka.

"Oh, Arabella mana?" tanya Cikgu Arif.

"Dia patah balik dan dia rehat di khemah," bohong Arwish. Cikgu Arif hanya mengangguk memandangkan Cikgu Adri ada memberitahu bahawa Arabella kurang sihat.

Arabella duduk menyandar di tepi tapak perkhemahan. Dia sudah tidak larat untuk berjalan. Arabella mengeluarkan beberapa pucuk surat yang sudah lama ditulisnya.

Dia sudah dapat merasakan bahawa masa hayatnya akan berakhir disini. Oleh sebab itu, dia membawa pucuk surat ini kemana mana.

Sedang Arabella bertarung melawan sakit yang mencengkam dadanya, dirinya disapa oleh satu suara.

"Bella," sapa figura itu.

Kelihatan muka Daniya yang memandangnya. Arabella tahu, inilah yang akan menyampaikan pesanan terakhirnya.

"Daniya, boleh tolong aku tak?" tanya Arabella. Daniya hanya mengerutkan dahi kemudian mengganguk perlahan.

"Tolong sampaikan surat ni. Aku ada tulis nama mereka. Aku percaya kau dapat tolong aku,"

"Ap-apa ni?" tanyanya gagap. Arabella hanya tersenyum.

"Semua dah tidur ke?" tanya Bella. Daniya hanya mengganguk kemudian kembali memandang surat surat tersebut.

"Okay, ini kali terakhir aku minta tolong dekat kau. Aku akan balik malam ni jadi kau tolong cover aku esok eh. Aku penat aku kena balik cepat," kata Bella lalu mengukir senyuman.

Daniya merasakan tubir matanya panas. Dia segera memeluk Arabella. Terasa kesejukkan dari tubuh kurus itu.

"Bella maafkan aku selama ni aku jahat kat kau,"

"Tak apa aku maafkan. Tolong sampaikan salam sayang aku kat semua orang. Aku dah tak lama Daniya, aku kena pergi," balas Arabella lemah.

"Kau nak kemana?" tanya Daniya cemas. Dia baru ingin menjadi sahabat Arabella. Dia sedar kebaikkan yang ada pada Arabella tidak tertanding dengan harta yang ada pada kawan kawannya.

"Aku kena menghadap Sang Pencipta," Arabella mengukir senyuman kecil lalu berlalu pergi dari tapak perkhemahan.

***

Arabella berjalan kaki dari tapak perkhemahan hingga ke rumah orang tuanya. Perjalanan yang mengambil masa kira kira 4 jam itu telah ditempuhi oleh Arabella.

Hari sudah subuh. Dia segera menunaikan solat subuh di surau berhampiran. Kemudian dia meneruskan perjalanan ke rumah orang tuanya.

Arabella mulai menekan lonceng rumah kedua orang tuanya.

"Assalamualai-" perbicaraan ibunya terhenti. Wajah ibunya yang masih bertelekung di tatapnya.

"Siapa tu-" kini ayah pula muncul. Arabella tersenyum lemah lalu memeluk kedua insan tercinta. Sepasang malaikat yang dikirim Tuhan untuk menjaganya.

Pelukannya tidak dibalas.

"Bu, ayah, buat kali terakhir, balas pelukan Ara, tolong," rayunya dengan linangan air mata. Tangan ibu dan ayahnya mengusap belakangnya. Sejuk tubuh itu.

Air mata Arabella menitis. Senyumannya terukir. "Terima kasih ibu ayah, Bella pergi dulu eh," katanya lalu pelukannya semakin lama semakin longgar.

Arabella berjalan keluar dari rumah itu. Dato Mustaphar dan Datin Emelie hanya menahan rasa melihat tubuh lusuh itu. Mereka menghantar kepergian Arabella dengan pandangan mata sahaja.

***

Arabella sampai di tempat tidurnya, di gudang belakang rumah mereka. Dia mulai batuk dengan amat kuat diikuti dengan ketulan darah yang merecik keluar.

Dadanya semakin sempit dan sesak. Nafasnya semakin lemah. Arabella segera merebahkan dirinya pada tikar mengkuang yang selama ini menjadi alas tidurnya.

Mungkin disini pengakhiran kisah seorang Aurora Arabella. Seorang yang menagih kasih dan kebahagiaan. Yang berkorban tulus ikhlas demi orang lain. Mungkin, disini saja masanya dia dapat mengecapi indah dunia ciptaan Tuhan.

Hello! Im back! Angkat jari siapa yang rindu I🥰

Please vote and comment for more updates ya!💘

Bukan Yang TerbaikWhere stories live. Discover now