[ capítulo 12 ]

20.2K 1.1K 38
                                    

Hayes berjalan menuju ke arah malaun-malaun Yang sedang lepak Di meja makan. Mereka sedang bergelak ketawa sampai Hayes datang pun Mereka tidak sedar.

"Seronok nampak? Baru buat sikit dah gelak. Ingat! Kita ada banyak lagi Yang kena buat!", kata Hayes. Mereka terkejut apabila Hayes tiba-tiba jerkah Mereka.

"Wuishhh! Aku ingat setan mana tadi! Bukan nak bagi salam dulu!", kata Mateo dengan muka Yang dibuat-buat terkejut. Hayes Yang mendengar terus menampar kepala Mateo lalu dia mengambil tempat Di sebelah Mateo.

"Sakitlah bahlol! Kami gelak sebab Alec buat lawak bodoh. HAHAHA!". Mereka Yang lain semua tergelak kecuali Alec. Lelaki itu hanya diam dengan riak wajah Yang cemberut.

"Apa yang lawak sangat? Cer citer sikit", kata Hayes.

"Cerita dia macam ni....."

Insiden petang tadi terlayar....

"Woi! Aku nampak Alec dah beradu. Apa kata kita kenakan dia?", Tanya Harry dengan wajah jahatnya.

"Kenakan dia? Kau nak buat apa?", Tanya Frank Yang sedang memandu. Harry hanya tersenyum jahat. Dia memandang mateo dan Frank silih berganti.

"Korang nampak tak tanah perkuburan kristian kat situ?".

"Nampak. Asal?".

Frank memandang tanah perkuburan kristian itu Yang kelihatan sangat suram. Hari pun semakin gelap bertambah seram tempat itu.

"Hoho!! Jangan cakap kau nak buat apa Yang aku tengah fikir sekarang ni?", Tanya Mateo membeliakkan matanya. Harry tersenyum penuh makna sebelum mengganguk.

"Yess!! That's what I wanna do!", kata Harry.

"The fuck??! Seriously?? Kau nak buat??", Tanya Frank.

Frank sudah terlopong. Mereka memandang ke arah Alec Yang sedang tidur berdengkur sebelum semua tersenyum jahat.

"Let's go!", kata Harry apabila melihat senyuman Mereka.

Mereka memberhentikan kereta Di tepi tanah perkuburan kristian. Harry, Mateo dan Frank mengangkat Alec perlahan-lahan supaya lelaki itu tidak sedar dari lenanya. Alec kelihatan sangat penat sampaikan orang mengangkatnya pun tidak sedar.

"Cepat angkat dia! Letak kat bawah Pokok tu!!", bisik Harry lalu Mereka membawa Alec ke bawah pokok. Dibaringkan tubuh Alec perlahan-lahan sebelum mereka semua berlari ke dalam kereta.

"HAHAHAHAHA!!". Ketawa Mereka bergema di dalam kereta.

"Aku tak boleh Bayanglah Kalau Alec bangkit mesti muka dia macam babi!! HAHAHAA!!!", kata Harry dengan ketawanya.

"Hahaha!! Mesti dia tengah cari kita!! Jom sembunyi jauh sikit!", kata Frank lalu diundur kereta agar jauh dari pandangan Alec.

Alec Yang rasa sejuk semacam rasa tak selesa. Asal sejuk sangat ni?? Kalau aircond bukan sejuk macam ni. Ni lain macam angin dia. Dia terus membuka matanya perlahan-lahan.

"Woii!!! Aku kat mana ni??!!! Asal ada kat bawah pokok ni?!!". Dia terus bangkit dari perbaringannya. Dia hampir sahaja kehilangan oksigen apabila melihat batu nisan milik orang kristian Di sebelahnya.

"FUCK!!! MACAM MANA AKU BOLEH ADA DEKAT SINI!!! HARRY!! MATEO!!! FRANK!!! KORANG KAT MANA HAA?? ASAL SIAL SANGAT!!!", jerit Alec kuat. Dia sekarang rasa macam nak bunuh je dorang ni!!

"Kalau aku jumpa korang!! Memang siap aku kerjakan!!", gumam Alec.

Dia berjalan melalui kubur-kubur itu dengan perlahan. Takut terpijak tangan orang yang dah mati, naya aku kena! Tiba-tiba Di hujung pokok dia terlihat seperti seorang wanita berpakaian serba putih dan rambutnya mencecah lantai. Perempuan ke Tu??

THE HITMAN SECRETÒ✔️Where stories live. Discover now