[ Capitulo 30 ]

16.5K 887 38
                                    

Setelah selamat mendarat, hayes menghembuskan nafas lega. akhirnya aku mendarat juga! hayes berlalu ke arah zaskia. Dia melihat zaskia sedang termenung sehingga tidak menyedari kehadirannya. Hayes menghampirinya.

''Zaskia. kau okay?''. Zaskia tersentak. Bila masa pula dia ni ada kat sini.

''Saya okay. kita dah sampai ka?''.

''Yup. kita baru ja sampai. Jom lah ikut aku angkat barang''.

Zaskia dan Hayes turun bersama-sama ke kereta yang diparkir elok di hadapan mereka. Tiba-tiba datang seorang lelaki dengan muka yang gelabah. peluh merenek di dahinya mungkin disebabkan panas.

''boss! Are you okay?'', tanya lelaki itu.

''Yes i'm fine. take my bag and put it in the car'' .

Lelaki itu menghela nafas lega. Dia menggangguk sebelum membawa beg mereka ke kereta. Ferrari CEO louis Camilleri menjadi kenderaan yang akan dinaiki mereka. Zaskia tertanya-tanya juga, Hayes ni macam mana boleh bawa kereta semewah ni.

Sejak dia duduk dengan hayes lelaki ini sentiasa memiliki kereta mewah sahaja. Tiada kereta biasa. Jenama pula mesti Ferrrari, Lamborghini dan Bughatti. Hebat juga kan. Setelah sampai di destinasi mereka, hayes memakirkan keretanya.

''sekejap'', Zaskia menghalang Hayes yang berura-ura ingin membuka pintu. ''Apa?'', tanyanya bersamka kening yang terjongket.

''Sebenarnya kita nak pergi mana ni? kali tolong jawab. Penat dah saya perah otak''. Kalau Hayes tak jawab juga dia memang akan hantuk kepalanya dekat cermin kereta. ''kemana-mana saja. kau ikut jelah. banyak songeh pula''.

Pak!

Satu tepukan untuk dahinya. lelaki ini benar-benar membuatkan kesabarannya hilang. nak ja dia sepak Hayes ni. Zaskia hanya mengekori langkah Hayes walaupun dia tidak tahu ke mana arah tuju mereka. Hayes bercakap dengan seorang perempuan sebelum perempuan itu membawa mereka ke arah jambatan kayu yang sangat cantik.

Amat mengagumkan! Sungguh hebat Ciptaan Allah SWT. Dia terpukau dengan keindahan laut sehingga panggilan dari hayes dia tidak dengar. Matanya terpesona dengan laut biru yang menenangkan itu.

"Zaskia! Zaskia!", pamit Hayes dari jauh. Zaskia tersedar.

Damn! Dia menepuk dahinya. Macam mana aku boleh lupa. Dia segera ke arah Hayes Yang sedang membawa beg Yang berat itu.

"Sorry Hayes. Saya tak dengar awak panggil tadi".

"Hmm. Tengok boleh tapi jangan pergi jauh sangat. Hilang nanti buat susah aku ja nak cari kau". Amboi! Dia ingat aku ni kanak-kanak bawah umur ka? Zaskia hanya bermonolog sendirian. Tiba-tiba kelihatan satu bot datang ke arah mereka.

''Jom. Bot dah sampai''. Zaskia termanggu sendirian.

'NAK KEMANA NI', jerit hatinya.

Where are we going?

🥀🥀🥀

"Kau rasa kau boleh ka pecah masuk tempat Hayes Tu? Kawalan ketat".

"Tak mungkin. Aku tahu dorang dah balik Maldives. Orang aku dah ikut jet Hayes. Mana ada Siapa dekat Maui".

"Kau jangan yakin sangat JL. Kau takkan tak kenal Hayes tu Macam mana? Dia tu lagi bijak dari kita. Kalau kita pandai, Dia dua kali ganda lagi pandai", terjongket keningnya.

"Heh! Kau ni sokong aku ke Hayes".

"Ini bukan kira sokong tak sokong. Rancangan ni berjaya ka?".

THE HITMAN SECRETÒ✔️Where stories live. Discover now