[ Capítulo 34 ]

15.4K 942 77
                                    


JL dan konco-konconya menyelinap melalui hutan supaya CCTV tidak nampak mereka. Keadaan Sala De Armas berada dalam keadaan gelap. JL senyum herot apabila firasatnya betul mengatakan yang mereka tiada di situ.

Dia mengarahkan anak buahnya ke lokasi masing-masing seperti yang dirancang. Mateo yang dari tadi hanya memerhati JL dan konco-konconya melalui kamera inframerah tersenyum sinis.

Mereka sengaja menutup bekalan elektrik supaya JL dan yang lain tidak dapat melihat dalam gelap.

"Kau ingat, dengan masuk hutan senyap-senyap kami tak nampak kau? Dasar bengap!", bebelnya seorang diri. Mulutnya mengunyah gula-gula getah untuk menghilangkan rasa laparnya. Masa ni lah perut nak lapar!

"Harry, Alec masuk! Anjing dah masuk perangkap! Get ready!", katanya melalui earphone yang dipakai mereka untuk berkomunikasi.

Dia mengeluarkan sniper miliknya lalu memasang silencer. Macam biasa, dialah marksman. Mateo menunggu sehingga JL masuk ke dalam rumah sehingga kelibatnya hilang lalu dengan beberapa tembakan, tumbang semua anak buah yang menjaga di bahagian luar.

Dia mahu mengurangkan bilangan anak buah JL supaya mudah untuk mereka beraksi. Tanpa membuang masa, dia terus mengikut anak buah JL yang lain.

Nobody can drag me down!

⚘⚘⚘

Dia dan empat orang anak buahnya menyelinap ke dalam rumah itu. Mereka harus mencari blik itu untuk mencuri beberapa senjata yang merupakan senjata yang susah ubtuk dijumpai.

Anak buahnya meletakkan bom di setiap sudut rumah ini. Dalam perjalanan mereka mencari bilik itu, mereka ternampak sebuah papan tanda.

'Adakah anda mencari bilik senjata? Tidak tahu di mana?'

JL mengerutkan dahi. Kenapa boleh ada papan tanda penunjuk arah dalam rumah ni? Besar sangat ke sampai kena ada papan tanda pelik. Dia menyambung pembacaan yang terhenti tadi.

'Kami mempunyai jawapan anda! Sila ikut kanan untuk ke bilik senjata'

Seperti orang bodoh JL mengikuti arah yang ditunjukkan papan tanda itu. Dalam mereka mencari bilik itu, sekali lagi mereka tersempak dengan papan tanda.

'Pernahkah anda mencari hotel online? Bilik sama, harga sama?'

JL menarik nafas sedalam yang mungkin. Kalau boleh nak selam terus. Jiwanya memberontak untuk membunuh orang yang tulis ni. Boleh pula dia tanya bilik hotel trivago?

Anak buahnya yang lain sudah terpinga-pinga kerana tidak memahami apa yan ditulis di papan tanda itu. JL mengabaikan dan terus mencari bilik itu.

Setiap kali dia mencari bilik itu pasti mereka akan menemui papan tanda yang amat menyakitkan hati.

'Marahkah abang? Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?'

'Setiap kali saya main je lutut saya sakit'

'Panadol actifast. Ia serap 2× lebih cepat berbanding panadol biasa'

"Sial mana yang tulis benda bodoh ni?".

Ayat semua tu menyakitkan jiwanya. Dia terus mengabaikannya sehingga menjumpai sebuah pintu. Terpempam satu papan tanda yang terakhir.

'AMARAN: JANGAN CUBA DI RUMAH! SILA BAWA PAYUNG KALAU TAK MAHU TERKENA MALAPETAKA!'

JL memandang payung di tepi itu. Dia sengum sinis. Ingat dia akan terpedaya? Dengan angkuh dia terus masuk ke dalam bilik itu.

Keadaan bilik itu gelap gelita. Apabila mereka semua sudah masuk, secara automatik pintu itu dihempas.

THE HITMAN SECRETÒ✔️Where stories live. Discover now