[ Capítulo 36 ]

15.2K 859 39
                                    

Zaskia mengelip matanya berkali-kali. Banyak-banyak tempat Hayes boleh bawa dia, tapi tempat memanah juga yang dia bawa? Memang sweeeett sangat!

"Kenapa kita datang sini?".

"Mengimbas memori lama", balas Hayes selamba.

Hayes berjalan menuju ke tengah padang. Tiba-tiba dia rasa macam pernah datang ke sini. Malas nak perah otak dia terus pergi ke arah Hayes yang sedang membetulkan pemanah.

"Awak tak ingat apa-apa ka pasal ni?".

"Entah la. Rasa macam pernah datang". Hayes senyum herot. Memang pernah pun.

"Kalau awak nak tahu awak sangat handal dalam sukan memenah". Hayes berdiri sambil tangannya memegang pemanah.

"Betul ka? Tak mungkin lah".

Zazkia cuba mengimbas kembali kalau-kalau dia handal memanah. Memori tidak dapat dikesan. Hampa. Zaskia melihat gerak geri Hayes

Dia menarik pemanah dengan sebelah anak matanya tertutup dan sebelah mata lagi mencari pusat sasaran. Dengan pantas anak panah itu tepat mengenai pusat bulatan. 50 marks for Hayes.

"wahhh!!". Zaskia menepuk tangan.

"Now you try", kata Hayes. Dia menghulurkan alat pemanah itu. Zaskia terlopong sebelum sengih.

"Apa ni awak, saya ni mana reti".

"Saya boleh ajar".

"Tapi saya takut tersilap".

"Kesilapan itu bukan penghalang untuk tidak mencuba".

"Kalau terpanah orang sampai mati macam mana?".

"Mati semua di tangan Tuhan bukan awak".

Zaskia memuncungkan bibirnya. Kalau cakap dengan Hayes mesti diacja nak menang. Benci!

Hayes terus menarik tangan. Alah baru nak lari! Zaskia dibawa berdiri di tengah padang manakala Hayes berdiri di belakangnya.

"Pegang ni". Hayes memberikan alat pemanah kepadanya.

"Macam ni?".

"Bukan macam tu lah sayang. Macam ni".

Hayes membetulkan pemanah yang dipegang oleh Zaskia. Terasa peluhnya mula merenek di dahi. Bukan sebab panas tapi sebab Hayes berada di belakangnya. Deruan nafas Hayes juga dapat dirasainya. Jarak antara mereka Hanya satu inchi saja.

"Lepastu tangan kanan tarik tali ni". Tangan kanan Hayes menarik tangan kanan zaskia.

"Tangan kiri just stay. Tak perlu bergerak". Zaskia hanya menggangguk.

"Tutup mata sebelah kanan dan sebelah mata kiri buka. Aim dekat pusat bulatan sebab pusat bulatan tu point dia banyak". Kini dagu Hayes berada di bahu Zaskia pula. Zaskia telan liur.

"Don't you remember this moment?".

"Nn..no", katanya tergetar-getar cuba untuk mengembali ingat memori lama.

"We use to come here and play the archery. I miss this moment so much", kata Hayes perlahan.

Zaskia rasa simpati mendengar pengakuan Hayes yang merindukan saat-saat indah mereka. Sepatutnya dia tak patut takut kerana Hayes ni suaminya.

"Awak boleh peluk saya", kata zaskia selamba. "Really?", tanyanya teruja. Zaskia menggangguk mesra. Hayes senyum sebelum memeluk zaskia dengan erat.

"Tapi jangan la kuat sangat. Nanti terberak pula saya kat sini", seloroh zaskia tapi itu lah hakikatnya. Kuat pula Hayes peluk sampai sakit perut dia. Rindu teruk ni! Hayes hanya ketawa.

THE HITMAN SECRETÒ✔️Where stories live. Discover now