[ Capítulo 47 ]

13.3K 797 209
                                    




Dipandang isterinya dengan keluhan dari bibirnya. Tiada tanda-tanda zaskia untuk sedarkan diri.

Jari jemari Zaskia digenggam sebelum dibawa ke bibir. Dicium dengan penuh kasih sayang. Hayes mengelus pipi zaskia yang tampak begitu pucat.

"Saya tahu awak kuat. Kalaulah saya lebih peka tadi, mesti tak jadi macam ni".

Dirinya juga disalahkan. Apa yang terjadi pada zaskia, semua dia tunding jari pada dirinya sendiri. Tangan dibawa ke perut zaskia yang sudah mencecah dua minggu. Masih kecil kandungan tapi dapat dirasakan si kecil di dalam.

"This is the greatest gift from Allah. I will always be there to protect you". Wajah si isteri dipandang sayu. Dia takut perkara sama akan berulang lagi.

"Saya tak akan mensia-siakan awak lagi zaskia. Saya tak nak kehilangan an...".

Kata-katanya terhenti apabila mengingat kembali peristiwa lama. Dia bukan kehilangan seorang tapi dua orang insan dia sayang.

"Kehilangan apa Hayes?", kata zaskia tiba-tiba.

Matanya sudah membesar memandang Hayes. Tidak lagi tertutup seperti tadi. Hayes yang terkejut melihat zaskia yang mendengar kata-katanya tadi terus tersentak.

Dia tidak patut terlepas kata. Kalau dia tahu zaskia pura-pura tidur pasti mulutnya tidak terlalu lancang berkata.

"Za..zaskia! Bila awak sedar?".

"Saya baru ja sedar masa awak kata kehilangan tadi". Hayes telan liur. Jadi zaskia sudah lama sedar. Apa yang harus dia katakan.

"Please tell me the truth".

Suara zaskia seperti merayu. Hayes masih beriak tenang walaupun jantungnya sudah mengepam seperti pam tayar. Dia harus beritahu perkara sebenar. Rahsia pun tak guna, nanti bocor juga.

"Saya harap apa yang saya katakan ni tak akan buat awak menangis".

Jari jemari zaskia digenggam. Menyalurkan semua semangat pada zaskia kerana apa yang dikatanya nanti mungkin boleh menyebabkan zaskia terluka.

"Sebelum ni, awak pernah mengandung lima bulan tapi...".

Hayes menggenggam tangan zaskia dengan erat apabila air mata zaskia sudah mula bergenang. Dia tahu, pasti Zaskia sudah mengangak apa yang berlaku seterusnya tetapi dia sengaja mahu dengar dari mulut Hayes sendiri. Sambung Hayes lagi.

"...baby dalam perut tak dapat diselamatkan sebab masa tu awak mengalami kemalangan dan awak koma. Doktor terpaksa keluarkan baby tu dari perut awak".

Hayes menghentikan kata-katanya apabila air mata Zaskia mengalir laju seperti air terjun. Dia faham perasaan zaskia. Ibu mana yang tidak sedih apabila anak yang dikandung akhirnya menghadap ilahi?

"Saya tahu kenapa doktor buang baby tu. Sebab saya tak boleh bagi dia makan kan?", katanya dengan suara serak basah. Sebak hati Hayes dengan kata-kata zaskia.

"Betul sayang. That why doktor buang. Awak jangan salahkan diri sendiri ya. Semua ni takdir Allah okay?".

Zaskia mengganguk walaupun dalam keadaan sukar. Hatinya bagai kaca terhempas ke batu. Zaskia memandnag ke arah jendela. Tidak mahu Hayes melihat air matanya.

THE HITMAN SECRETÒ✔️Where stories live. Discover now