[ capítulo 24 ]

16.3K 1K 76
                                    

"Aduh! Macam mana kita nak buat ni? Zaskia ada atas sana tu!!", kata Harry gelabah. Lain pula Frank. Dia hanya berfikir sejenak. Macam mana aku nak buat ni?

"Apa kata kita call Hayes tanya dia ada mana. Then kita suruh dia datang sini. Amacam?", cadang Frank.

"Okay juga. Jom!". Harry mengeluarkan telefonnya sebelum mendail nombor Hayes.

"Dia tak angkatlah".

"Kau cuba sekali lagi". Dalam beberapa saat panggilan dijawab.

"Apahal call aku ni?! Aku tengah bawa motor ni?!". Tanpa sempat Harry bebicara Hayes terlebih dahulu mematikan panggilan.

"Sial punya Hayes. Tak sempat-sempat dia dah letak fon!! Tahu lah tengah drive Tapi tak payahlah marah", marah harry dengan sikap Hayes.

Hayes yang sedang memandu itu, tidak habis-habis menyumpah Harry. Orang tengah fikir pasal Zaskia boleh pula dia call aku. Memang cari nahas betul. Dari jauh dia sudah nampak satu cable car Yang sedang tersangkut di atas puncak gunung.

Dengan perasaan risau Yang memuncak dia melajukan lagi motor berkuasa tingginya membelahi jalan-jalan bukit Yang bengkang-bengkok itu. Dalam hatinya, dia hanya mampu berdoa agar Zaskia selamat.

Sampai sahaja, dia terus memakirkan motornya sebelum bergerak mencari stesen cable car. Dari jauh dia sudah nampak Harry sedang memerhati CCTV dengan perasaan Yang risau.

"Woi! Aku bagi amanah suruh jaga Yang kau pergi lepas dia naik kereta kabel tu Kenapa?", tanya Hayes dengan tenang.

Harry Yang tidak tahu akan kehadiran Hayes Yang macam the flash itu terkejut apabila Hayes tiba-tiba ada depannya.

"Erkkkkk...jangan marah Hayes. Kami bukan sengaja Tapi dia Yang cepat sangat. Kau lah! Siapa suruh janji nak datang. Kan dia Dah merajuk", kata Harry menutup kesalahannya.

"Dia merajuk dengan aku?! Haih! Habistu kau duduk camni je? Tunggu lah korang nanti balik Madrid. Aku bagi korang dekat baby makan", kencing Hayes.

"Hayes tolonglah jangan! Aku tak nak jumpa baby! Dia tu garang sangat. Maafkan aku Hayes", Harry sudah bercangkung sambil menarik kaki Hayes.

"Kau ni boleh tak jangan buat malu muka aku? Kau tak nampak orang tengok!". Kelihatan orang Yang lalu lalang di situ memandang pelik ke arah mereka.

"Aku tak peduli janji baby tak makan aku!", rengek Harry.

"Kenapa tak pergi bilik kawalan? Mana frank? Dari tadi aku tak nampak dia", Tanya Hayes meliar mencari kelibat Frank.

"Bilik kawalan rosak. Frank katanya ada benda dia buat".

Sementara itu Frank berada di bilik kawalan. Mesti ada sesuatu boleh dia berhubung dengan Zaskia. Ha! Ada pun! Dia nampak satu mikrofon Yang berada elok di situ. Tiba-tiba telefonnya berdering.

"Aduh siapa pulak Yang kacau line ni?!". Hayes? Kenapa dia call aku? Frank terlebih dahulu menyapa.

"Kau ada mana? Kitaorang tengah cari kau ni".

"Aku ada kat bilik kawalan. Korang datang sini cepat. Ada Berita baik punya".

Dia menamatkan panggilan setelah Hayes bersetuju untuk datang ke bilik kawalan. Dalam beberapa minit muncul dua makluk Allah dalam bilik itu.

"Apa berita baik kau Tu?", tanya Harry tak menyempat.

"Tu", dia memuncungkan bibirnya ke arah mikrofon itu. Hayes senyum senget sebelum memandang Frank. Mereka mengangguk.

THE HITMAN SECRETÒ✔️Where stories live. Discover now