[ Capítulo 31 ]

14.9K 939 51
                                    


Keadaan di bilik bawah tanah tidak begitu menyenangkan Alec dan Harry. Bau seperti bangkai kerana bawah tanah itu merupakan laluan air kotor. Tujuan mereka ke situ adalah atas arahan daripada Mateo untuk membetulkan kawalan.

Bilik senjata Hayes atau dikenali sebagai Sala De Armas berfungsi untuk menyimpan senjata mereka yang berkualiti. Sebab itu mereka harus menjaga dan membatalkan niat JL untuk memusnahkan Sala De Armas ini.

"Harry. Kau pergi tengok kejap dekat garaj hujung sana ada kereta tak?".

"Nak buat apa tengok kereta? Dah tak ada kereta ka dekat atas?".

"Kau ni tanya banyaklah! Pergi jelah".

Tanpa menunggu, Harry terus ke garaj. Setelah tiba, kelihatan sebuah kereta Jeep yang usang terdampar di dalam garaj. Harry menghampiri kereta itu dengan jarinya bermain di dagu.

"Apa punya class pemikiran Alec ni. Kereta dah terbatuk kahak ni dia suruh aku tengok? Macamlah kereta dekat sini dah lesap", bebelnya seorang diri. Dia cuba untuk start enjin.

Vrooommm krekkk vroom krekk.

"Bapak arh! Lejen betul bunyi! Macam dah lama kau tak batuk. Seperti anjing batuk di tepi ganteng. Ganteng lagi kamu si tua!".

Dia menepuk-nepuk kereta itu sebelum mematikan enjin. Sebelum pergi, Harry ternampak sesuatu yang mengagumkan. Timbul satu idea jahat. Harry senyum penuh makna. Tahu tahulah, Harry kalau tak ada idea jahat bukan diri dia lah.

Alec menekan satu per satu suis yang ditunjukkan dalam kertas panduan bilik kawalan. Pergerakkannya juga terbatas apabila lampu suluh berada di mulut.

Hati menyumpah Harry kerana membiar dia tunggu lama. Dasar kau binatang pink! Panjang umur Harry apabila dia muncul di hadapan Alec.

"Mmndjisosndujdsks", kata Alec dengan lampu suluh di mulut.

"Kau ni kenapa? Tak ada mulut nak cakap ka? Bisu? Macam dalam sweet Dream?".

Kata-kata Harry bagai halilintar. Rentung telinga dia mendengar. Dah lama dia ingin ganyang mulut Harry dengan cebok! Alec mengeluarkan lampu suluh dari mulutnya lalu dimasukkan ke dalam mulut Harry.

"Aku suruh kau tolong aku bukan bebel macam anjer!", balas Alec.

"Mmndisleofhr".

"Apa Harry?! Kau bisu ka? Cakap lah elok-elok". Harry mengeluarkan lampu suluh itu dengan geram. Sekejap lagi tunggulah nasib kau.

"Jom! Banyak lagi tak siap", kata Alec sebelun mereka sama-sama bergerak.

Tiba-tiba Alec nampak sebuah skuter berada di hadapannya. Sejak bila skuter ni ada kat sini? Tadi tak ada. Harry dengan pantas menaiki skuter itu.

"Woi! Kau dapat mana pula skuter cabuk tu?!", tanya Alec sangsi. Dia ni bukan boleh dipercayai sangat.

"Kat mana-mana sahaja yang bernama tempat".

Dengan pantas dia memecut laju. Alec yang masih berada di situ terpinggir-pinggir. Apakah bodoh sungguh membernya?

One day people can be really stupid

🥀🥀🥀

Pandangan tajam yang menikam anak mata dia langsung tidak menggentarkannya. Hayes hanya melihat senyuman sinis yang terlakar di bibir lelaki itu.

"Kau buat apa kat sini", tanya hayes dingin.

"Saja. Nak tengok mama aku".

Hayes dengan dia dulu sangat rapat tetapi disebabkan satu insiden mereka tidak lagi sebulu. Melihat wajah lelaki di hadapannya, Hayes terus menarik Zaskia agar mengikutinya. Zaskia sempat menjeling ke arah lelaki itu. Lelaki itu senyum penuh makna.

THE HITMAN SECRETÒ✔️Where stories live. Discover now