[ Capítulo 43 ]

13.5K 825 52
                                    


"Hebatlah korang berdua! Macam Camila Cabello dengan Shawn Mendes!", kata Alec sambil menepuk tangan.

"Mana ada. biasa je lah".

"Aku sukalah!! Sweet sangat!". Alec menunjukkan mini love kepada Hayes dan zaskia.

"Sudahlah! Tak payah over sangat boleh tak? Geli sial!".

"Aku tanya dari tadi lagi mana Harry?".

Dari tadi mateo tanya tak ada siapa jawab. Mulalah darah nak menggeledak ni! Semua meliar mencari Harry.

"Tadi dia tolong saya pastu hilang pula", kata zaskia kepada mateo.

"Ohh jadi awaklah plan dengan Harry pasal ni?". Hayes mengangkat kening sebelahnya memandang Zaskia.

"Mateo awak dah makan?".

"Jangan nak tukar topik ya zaskia". Hayes mencucuk lembut pinggang zaskia. Zaskia ketawa dan menyerah.

"Ye saya yang plan. Saja nak buat surprise!"

"Sejak bila ambil berat pasal saya ni? Dah jatuh cinta dengan saya pula ka?". Mateo memandang Zaskia bersama mata dikelip beberapa kali.

"Aku dah lama Sabar dengan kau Mateo".

Hayes sudah bangun menghampiri Mateo. Mateo cepat-cepat bangun melarikan diri ke luar. Tanpa dia sedar, Mateo telah langgar seseorang sehingga terjatuh.

"Auchhhh sakitlah!", kata wanita itu. Mateo gigit bibir. Macam mana boleh terlanggar ni?

"Maaf kan saya cik. Saya tak sengaja".

Mateo cuba menolong walaupun wajah perempuan itu tidak kelihatan. Angkat sahaja mukanya, Mateo tak jadi untuk tolong.

Mukanya terus berubah serius. wanita itu sudah menghulurkan tangan Tapi Mateo hanya memandang sepi.

"Memang patut aku langgar kau tadi!". Terus Mateo tinggalkan wanita itu Yang terpinga-pinga.

"Kurang ajar punya lelaki! Dah langgar orang pastu marah-marah pula".

"Kenapa you tak goda dia?", kata lelaki yang baru muncul.

"Macam mana i nak goda? Belum sempat i nak dekat dengan dia terus dia langgar sampai jatuh", rengeknya. Pinggul yang sakit diusapnya.

"You ni memang tak boleh diharap! I suruh you goda dia ja pun bukan jual dadah". Seusai berkata lelaki itu terus meninggalkannya.

"Eeee geramnya!! Bukan nak pujuk! Boleh pula dimarahkan aku!!".

Dia terus berlalu keluar dari dewan dengan hati menongkol geram. Hayes dan yang lain sibuk bergelak ketawa tetapi kehadiran Mateo membuatkan mereka berhentikan ketawa. Semua mata memandang mateo yang begitu serius wajahnya.

"Kau kenapa mateo? Muram semacam ja?".

"Entah! Tadi elok ja lari. Tiba-tiba berubah mood. Apa cer?".

"Tak ada apalah!".

Jawapan yang ringkas dari mateo itu cukup menyatakan ada sesuatu yang tidak kena tetapi mereka mengabaikan dahulu. Sejuk ja mood mateo mereka akan tanya semula.

What's happenning?

🥀🥀🥀

"Dah sampai ka?".

"Sikit ja lagi". Hayes memberhentikan zaskia di tempat yang dikatakan Hayes.

"Sekarang baru boleh buka". Zaskia membuka kain yang digunakan untuk menutup matanya dengan perlahan-lahan. Zaskia tergamam.

THE HITMAN SECRETÒ✔️Where stories live. Discover now