[ capítulo 21 ]

19.2K 1K 40
                                    

kuala Lumpur, Malaysia

"Wah!! Malaysia!!! Dah lama saya teringin nak datang sini". Hayes hanya tersenyum melihat gelagat Zaskia. Mereka baru sahaja sampai di KLIA menaiki jet peribadi Hayes.

"Awak pun suka tempat ni ke? Dulu kami pun suka datang sini! Best gila lah!", kata Harry menyokong kata-kata Zaskia.

"Wei Hayes. Kita nak pergi mana ni?", Tanya Frank seusai meletakkan semua barang di dalam kereta.

"Our mansion". Frank kerutkan dahi. Sejak bila Hayes ada rumah kat Malaysia?

"Bila kau beli rumah kat Malaysia? Tak pernah tahu pun".

"Kau tak payah tahu. Diam je", kata Hayes lalu menutup pintu kereta.

"Kurang ajar! Nasib tak kena kaki aku". Zaskia masih lagi menikmati permandangan di lapangan terbang. Jadi jakun sekejap!

"Woi! Kau nak berdiri kat situ sampai bila? Sampai berjambang ka? Asyik berangan je kerja kau!", marah Hayes lalu menutup tingkap.

Zaskia mencebik. Suka hati lah aku nak berangan ka, nak kahwin ka. Kau sibuk apa?

"Ishh susahlah dia ni".

PINGGGGG!!

Zaskia menutup telinganya. Bunyi hon itu membingitkan telinganya. Tak reti nak bersabar ka! Sabar kan sebahagian dari iman. Iman? Bunuh orang tu iman ke?

"Sabar la!".

Zaskia menutup pintu dengan kuat. Dia menjeling tajam ke arah Hayes melalui cermin pandang belakang. Hayes tersenyum sinis. Kaca mata hitam dikenakan. Benci tengok senyuman tu.

Rindu nak tengok senyuman ikhlas dia. Bila dia tengok senyuman Hayes, dia teringat dengan seorang lelaki di masa lampaunya. Iras-irasnya sama.

"Aku nak kau ikut location ni. Kat situlah mansion kita nanti". Frank melihat lokasi Yang ditunjuk oleh Hayes. Lama dia merenung lokasi itu.

"Woi! Aku suruh kat tengok bukan renung. Dah macam ikan tenung aku tengok kau!".

"Tak. Asal rumah ni dekat Genting Hingland? Kenapa Kau beli rumah kat atas sana?".

"Suka hati aku lah. Jangan banyak tanya boleh tak? Nanti aku sembelih juga kau nanti".

"Kau ni dari dulu lagi suka berahsia. Nanti jangan sampai rahsia kau tu makan diri kau sendiri", kata Frank sebelum mengfokus ke arah jalan raya. Hayes tersentak. Dia hanya diam tak berkutik. Terkesan dengan kata-kata Frank.

Am I love to keep a secret?

🥀🥀🥀

"Bangun! Bangun!! Dah sampai", jerit Hayes Di telinga untuk membangunkan Harry. Harry terkejut dengan jeritan itu.

"Kau ni apahal?! Boleh je panggil aku perlahan-perlahankan?! Sial!!", marah Harry sambil memegang dadanya dengan muka sudah macam orang utan.

Frank dan Zaskia tergelak melihat gelagat Harry. Hayes hanya beriak biasa dengan kata-kata Harry. Benda Dah biasa takkan nak ambil hati pulak.

"Dekat atas sana bukan ada theme park kan?", Tanya Zaskia dengan mata sudah bercahaya ke arah Hayes. Hayes memandang je mata Zaskia.

"So? Aku beli rumah ja nak suruh korang duduk bukan nak suruh pergi main. Sit quietly and enjoy the scenery only!", kata Hayes sebelum mengangkat beg Zaskia dan begnya.

Zaskia sudah memuncungkan bibirnya. Sampai hati tak nak bawa aku. Sedihnya. Dia berjalan sambil menghentak kaki meninggalkan Hayes Di belakang. Hayes Yang melihat gelagat Zaskia hanya senyum senget.

THE HITMAN SECRETÒ✔️Where stories live. Discover now