[ Capítulo 45 ]

13.1K 783 41
                                    



"Haish lambat betul la merpati sejoli ni!! Aku dah la tengah lapar!! Buffet ayam ni pun macam nak terbang ja aku tengok!!tunggu dorang lambat sangat!!", omel Harry.

"Sabarlah. Sabar tu kan sebahagian dari iman?".

"Kau jangan sampai garfu Di masuk mata Kau".

Harry acah-acah ingin mencucuk mata Alec. Dari jauh mereka nampak zaskia sedang mencari. Frank melambai ke arah zaskia sebelum dia menghampiri mereka.

"Seorang ja ka? Mana Hayes?".

"Hayes demam. Mungkin sebab naik kapal kot, tu Yang demam".

"Selama ni naik kapal tak ada pun demam".

Kening Mateo diangkat beberapa kali pada zaskia. Zaskia mengerutkan dahi. Tak faham apa Yang dimaksudkan olehnya.

"Tak ada apa lah zaskia. Saya gurau ja".

Harry menyiku Frank dengan sengihan nakal. Mereka semua ketawa perlahan kerana faham maksud Mateo. Zaskia mengabaikan kata-kata mereka. Yang dia nampak sekarang makanan.

Food is life!

Terus dia menyuapkan makanan buffet dia hapadannya. Dia makan dengan selera sehingga tidak perasan Yang mereka sedang memerhatinya dengan pandangan Yang pelik.

"Kau tengok zaskia tu. Dah macam hantu dia makan", bisik harry.

"Tulah aku pun duk perhati ja dia. Lain macam cara dia makan". Zaskia merasakan seperti mata-mata sedang memerhatinya. Dia mengangkat kepalanya.

"Apa Yang korang pandang?".

"T..tak ada apa. Selera sungguh Zaskia makan".

"Tulah. Zaskia pun rasa pelik dengan diri sendiri. Macam berat badan naik mendadak". Dia memandang badannya Yang sejak akhir-akhir ni makin naik.

"Ingat nak kuruskan badan lah Tapi tak boleh". Air matanya seperti hendak mengalir.

"Ehh Zaskia janganlah sedih! Zaskia tak gemuk la! Comel macam biasa", kata Alec menenangkan Zaskia Yang menampakkan Air jernih Di tubir matanya.

"Memang ada Yang tak kena dengan diri Zaskia. Zaskia pun tak tahu Kenapa boleh jadi Macam ni".

Malas nak fikir dia terus menyuapkan makan ke dalam mulutnya. Baik makan ja! Mereka menghela nafas lega melihat Zaskia kembali normal.

Something fishy happening!

🥀🥀🥀

Telefon Yang berdering membuatkan Hayes tersedar dari tidurnya Yang nyenyak. Badannya terasa berat untuk bangun. Telefon tidak henti-henti membuat bising.

"Siapa pula Yang memekak ni!". Dengan Malas dia mencapai telefon. Tertera nama 'Dillon' Di skrin. Terus punat angkat ditekan.

"Helo", jawab Hayes dengan suara serak-serak basah.

"Hayes! Kita ada masalah!", jerit Dillon tiba-tiba.

THE HITMAN SECRETÒ✔️Where stories live. Discover now