16

3.2K 311 33
                                    

" Aku tak suka tempat ni , " kata Faisal sebaik mereka tiba di pagar masuk hutan Nuang . Tempat itu sedikit sebanyak mempunyai perubahan .

Mereka keluar dari perut kereta tanpa banyak kata . Entah kenapa mereka terasa debaran yang sama mereka rasakan 9 tahun lalu .

Maryam melilau melihat sekeliling dengan teruja . Mungkin kerana kenangan pahit 9 tahun dulu , dia tidak tersenarai dalam kalangan mereka berlima .

" Tempat ni macam gempak je , " ujarnya sambil menarik Asyikin untuk turut serta dalam 'lawatan tanpa bayaran'nya itu . Yang lain tidak banyak kata , mereka menuju ke kaunter bayaran .

" Boleh kami jumpa pengurus hutan Nuang ni ? " soal Naim , tenang .

" Sekejap eh , " ujar pekerja itu lalu mendail nombor seseorang .

########

Lelaki berkemeja segak dan berseluar jeans itu memandang mereka berlima dengan pandangan pelik .

" Kenapa korang nak jumpa abah ? " soal Ammar , curiga .

" Kami ada beberapa perkara penting nak settle dengan encik Shauqi dan perkara ini perlu diselesaikan secara berdepan , " ujar Faisal , menjawab pertanyaan tersebut dengan lancar dan tenang .

" Boleh aku tahu urusan apa ? " soal Ammar lagi . Memandangkan usianya dalam lingkungan lewat 20'an , dia menggunakan bahasa tidak formal .

Naim dan Faisal berpandangan sesama mereka . Anak encik Shauqi ini nampak sangat teliti dan tegas .

" Sebarang urusan sulit kerajaan tidak boleh didedahkan pada pihak tidak berkenaan . Awak boleh dikenakan sebarang tindakan , " tutur Maryam , lagak golongan atasan .

Ammar mencebik .

" Okay lah kalau macamtu . Cuma , abah tak tinggal dekat sini , " balasnya , senyuman sinis terukir .

" Maksud kau ? " soal Naim .

" Abah tinggal dalam hutan sejak aku jadi pengurus hutan Nuang . So , kalau betul hal sulit yang korang nak bincangkan tu teramat mustahak , silalah masuk dalam hutan Nuang untuk cari abah , "

Asyikin menelan liur .

Mereka semua terpempan seketika.

Tidak mahu rasanya menjejak tanah puaka itu lagi .

" Tapi jangan risau , aku boleh bawak korang ," kata Ammar , tiba2 ingin membantu . " Lagipun aku dah lama tak jumpa dia ," sambungnya menghuraikan rasa rindu yang tiba2 hadir .

" So , korang setuju ? " tanya Ammar .

Asyikin menggigit bawah bibir .

Hakikat bahawa mereka perlu kembali seperti 9 tahun lalu , benar2 mengganggunya .

" Setuju . " balas Zetty tanpa bincang .

Mereka semua ternganga .

Seriously ?!

" Okay . Nice ! Memandangkan sekarang dah nak malam , kita gerak pagi esok . Malam ni korang boleh rest dekat bilik yang staff akan sediakan . Boleh pergi balik dekat kaunter pengurusan and take your keys , " kata Ammar lalu bergerak pergi .

###########

Ashikin , Zetty dan Maryam berehat di bilik yang sama . Walaupun jam baru berdetik 9 malam , mereka sudah mahu melelapkan mata . Penat entah melakukn apa .

Naim juga begitu . Dia menyandarkan lelah pada katil . Dia mengeluarkan laptop , ingin menyiapkan kerja2 untuk pelajarnya untuk final akan datang .

PENJAGA 2 ✔Where stories live. Discover now