💍Jodoh Manusia💍

1.1K 108 2
                                    

Fazli dan Ahnaf berjalan bersama-sama sambil menyedut minuman yang berada di tangan. Kini, mereka sedang bersiar-siar keliling sekolah.

Seorang gadis melintasi mereka berdua. Fazli kelihatan terpegun manakala Ahnaf pula masih kekal dengan berwajah biasa.

"Eh, Fazli. Saya tengok awak ni, dari haritu asyik usha budak perempuan tu. Kenapa? Awak suka dia?" Soal Ahnaf bersahaja.

Fazli hanya tersenyum nipis sambil membetulkan songkoknya. Gelengan tidak diberikan malah juga anggukan.

Senyuman diukir Ahnaf. "Oh.." Ucapnya nakal sebelum membuntangkan mata. "Eh! Tak boleh!" Tegurnya lalu memberhentikan perjalanan mereka.

Terkejut Fazli dibuatnya. Jejaka itu kelihatan terpinga-pinga. "Awak dah kenapa?"

"Erh... Tak ada apa-apa." Balas Ahnaf lalu menghabiskan minumannya.

'Aku kena tanya Hanie.' Getus hatinya.

•••••

"Biarkan."

"Biarkan?!" Laung Ahnaf kepada Hanie yang sedang membaca buku di pangkin yang berada berdekatan dengan kantin.

Hanie menjeling Ahnaf. "Yalah. Sudah jodoh itu Allah tentukan di Luh Mahfuz. Kita sudah lihat tali itu, jadi lakukan apa sahaja yang boleh. Tapi selagi dia tak dekat dengan gadis itu, biarlah. Dia tak mengganggu sesiapa pun." Balasnya.

"Dia bakal mengganggu emosi Maya!" Jerit Ahnaf lagi sambil mengusap wajahnya resah.

"Haih..." Keluh Hanie sambil memicit dahi seraya menggelengkan kepala.

•••••

Ahnaf dan Fazli berjalan bersama-sama bagi menuju ke dorm. Fazli sibuk menceritakan kisahnya di sekolah manakala Ahnaf pula hanya mendiamkan diri.

"Ahnaf, kenapa senyap je ni?"

"Fazli, kenapa awak mesti suka gadis tu? Dia jodoh dengan orang lainlah. Sukalah orang lain." Ucap Ahnaf pasrah. Wajahnya jelas menunjukkan riak tidak puas hati.

Keluhan kecil terbit dari bibir Fazli. "Hah? Habis tu?"

Ahnaf meletakkan tangannya di bahu Fazli lalu menunjukkan ke arah Maya yang sedang berjalan dengan Hanie. "Carilah yang manis sikit. Macam tu ke..." Ucapnya.

Anggukan kecil diberikan Fazli. Wajahnya kelihatan serius. "Ha'ah kan. Yang berkaca mata tu manis sungguh."

Ternganga Ahnaf dibuatnya. Hal ini berlaku kerana, Hanie seorang sahaja yang memakai kaca mata pada ketika itu.

Ahnaf menggelengkan kepala. "Eh! Itu tak boleh!" Katanya lalu menutup mata Fazli menggunakan tangannya.

Fazli ketawa terbahak-bahak sehingga memegang perutnya. "Hah, kalau yang tu, tahu takut!"

•••••

"Hanie, kenapa nampak runsing?" Soal Maya, risau.

Hanie melirik ke arah Maya lalu menggeleng perlahan. "Entahlah Maya, mamat berdua tu tengah cakap apalah sampai tunjuk-tunjuk dekat kita berdua."

The End
💍Jodoh Manusia💍

Akademi Dary : One Shot (SS)Where stories live. Discover now