🏫 Ejen 2.0 🏫

677 59 2
                                    

Matanya melirik di segenap tempat. Tanpa dia sedari, matanya yang melirik itu juga dilirik oleh orang lain.

"Hai." Maya menyapaku yang sedang sibuk melihat keadaan sekolah tersebut.

"Err... Hai." Balasku dengan senyuman kekok.

Dia mula duduk di sebelahku. Aku nak menyendiri dan buat kerja di sini. Bukan buat kawan. Ugh, apalah nak jadi.

"Nama awak siapa?"

"Uh... Nama saya Faira."

Gadis itu menghulurkan tangannya padaku. "Saya Maya."

Mahu tidak mahu, aku terpaksa menyambut huluran salamnya.

"Budak baru ya?"

Haih, banyak betul tanya budak ni.

"Ya."

Gadis yang bernama Maya itu mendiamkan diri di sebelahku apabila aku tidak menunjukkan minat untuk mengenalinya. Ini dikira melanggar peraturan AWA kerana seorang ejen haruslah mendekati musuh untuk mengorek rahsia.

Tetapi apa pihak AWA tahu? Aku antara ejen terbaik di sana. Mengapa aku harus mendekati pelajar di sini untuk mengutip rahsia? Aku boleh buat sendiri.

Kemudian, aku terlihat seorang jejaka bersongkok sedang berjalan bersama sahabatnya. Lesung pipit yang dalam dapatku lihat apabila dia tersenyum.

"Uuu, eye candy." Sebutku tanpa sedar.

Tawa kecil Maya lepaskan sebelum meletakkan tangannya ke atas bahuku. Ummm, mengapa dia ketawa?

"Yang mana satu awak 'eye candy'-kan tu?" Dia bertanya dengan sisa tawa.

Aku menuding ke arah seorang jejaka tinggi. "Itu."

"Ahnaf? Bahahahaha!" Maya menyambung lagi tawanya.

Apa kena? Mamat tu handsome kot. Mana tahu boleh bawa balik seorang ke AWA. Al-maklumlah, setiap orang di AWA ada pasangan tetapi aku? Tiada.

Kerana apa? Kerana aku pelik. Ada kelebihan dan lain daripada ejen yang lain. Tapi hanya ejen tertinggi sahaja yang tahu kelebihan aku sangat boleh dipergunakan untuk menyelesaikan misi.

"So.... Saya tak boleh panggil dia eye candy?" Soalku pada Maya dengan penuh janggal sekali. Itulah, lain kali nak bercakap berpada-pada.

Maya hanya tersenyum kecil tanda dia tidak kisah. Seketika kemudian, wajahnya mula kelihatan serius dengan mata yang mencerlung tajam menandakan tidak boleh.

Mamat tu sudah ada jodohkah? Ini yang lagi interesting.

"Faira, sudah. Di sini, awak jangan cakap dengan lelaki tanpa apa-apa sebab. Then, awak kena banyak jaga mata! Kesopanan dan tata susila memang kena jaga." Pesan Maya dengan penuh menakutkan.

Aku mengangguk faham. Baiklah, baiklah!

Pelajar-pelajar di sini sungguh menakutkan.

"Awak dah tour sekolah?"

Aku menggeleng.

"Okay jom!"

Maya mengajak sambil menarik tanganku pergi. Aku follow saja. Mungkin dia baik dan boleh dipergunakan untuk misi aku. We'll see.

°°°°°°

"Ini dia pokok kegemaran hero sekolah kami!" Tutur Maya sambil memeluk pohon rendang yang berada di sebelah padang.

Aku hanya memandangnya sambil menjongketkan kening. Ini tempat terakhir dia bawa aku. Tapi... Siapakah hero sekolah itu? Dari tadi dia mention.

Secara tiba-tiba, sekumpulan pelajar perempuan berkain biru cair sedang berjalan menuju ke kantin. Hmm?

"Siapa tu Maya?" Aku bertanya.

Dia tersenyum lalu menyandarkan diri pada pohon tersebut sambil berpeluk tubuh.

"Itu pembantu cikgu. Mereka belajar di sini atas arahan kerajaan." Jawab Maya.

Benarkah? Aduhai, mengapalah aku tidak boleh membaca fikiran. Fikirku, merekalah hero sekolah yang sering diperkatakan orang.

Tetapi, tiada sekelumit ketakutan yang dapat aku rasai daripada Maya. Ini bermakna, dia tidak menipu.

Aduh, macam mana ini?

°°°°°°

"Saya nampak, dia dah macam tak keruan." Ujar Tuan Ramli kepada Ustaz Syafie yang berdiri di belakangnya. Beliau sedang melihat Faira dari cermin tingkat atas pejabatnya.

"Jangan anggap sekolah ini biasa-biasa. Setiap niat yang jahat, pasti ada balasannya."

Bersambung....
🏫 Ejen 2.0 🏫

Akademi Dary : One Shot (SS)Where stories live. Discover now