🌸Bunga🌸

657 61 5
                                    

"Aisyah..."

Aisyah yang sedang enak dibawa perahu lena terjaga apabila namanya dipanggil oleh Niysa. Sementara sahabat-sahabatnya berbual sewaktu rehat, dia mengambil kesempatan untuk tidur seketika.

"Iya?" Balasnya sambil menggosok mata bagi menghilangkan kantuk.

"Saya tengok kan, setiap hari akan ada bunga di atas meja awak setiap kali saya lalu depan kelas awak. Siapa bagi?" Soal Niysa dengan penuh ingin tahu.

Terus sahaja Aisyah memberi jegilan kepada Niysa. "Allahu, jangan bangkitkan perkara itu!!"

"Ha? Ada bunga atas meja Aisyah setiap hari? Wah, siapa yang suka dekat kawan kita yang seorang ini—?" Ujar Yazmin sambil menyenggol Aisyah beberapa kali.

Aisyah menepuk dahinya tanda rimas. Dia langsung tidak sangka akan ada sahabatnya yang perasan akan perkara itu.

"Siapa bagi?" Aineen pula bertanya, membelakangi Hanie yang sibuk menelaah novelnya.

Keluhan kecil Aisyah berikan sebelum menjawab dengan penuh geram. "Anwar..."

"Anwar?! Junior kita yang genius addmath tu?!" Terkejut Aineen dibuatnya. Budak yang muda setahun dari mereka itu itu, bagaikan musuhnya sedangkan dia seorang yang genius kimia.

Niysa turut menarik nafas bising. Tidak dia sangka, jejaka itu sudahlah disukai ramai junior, kini jatuh hati pula pada sahabatnya?

"Alah lelaki, dia biasa main-main je tu." Kata Aisyah bagi menyedapkan hati. "Saya buang je bunga dia bagi. Menyampahlah."

"Siapa Anwar?" Tanya Yazmin. Terus sahaja kepalanya diketuk Aineen akibat membuang suasana serius.

Selepas beberapa minit berdiam diri, mereka mula menoleh ke arah Hanie yang mengunci mulut sedari tadi.

"Hanie."

"Apa?"

"Apa awak rasa tentang Aisyah dan Anwar?"

Diam. Gadis itu tidak menjawab. Namun, beberapa minit kemudian, dia tersenyum kecil.

"Hanie senyum! Hanie senyum! Aaaaa!" Yazmin menggila sambil menggoyangkan tubuh Aisyah. Terjerit-jerit Aisyah menolak Yazmin yang mencengkam lengannya.

Aineen dan Niysa pula hanya saling berpandangan. Tidak mengerti jawapan Hanie yang diberi berdasarkan riak wajahnya itu.

Adakah dia tersenyum disebabkan novelnya? Atau disebabkan soalan yang ditujukan kepadanya?

Dari sudut pandangan Hanie pula, dia hanya berpura-pura membaca novel sedangkan telinganya dipasangkan seratus peratus terhadap perbualan sahabat-sahabatnya itu.

Setiap kali nama Anwar disebut Aisyah, lintasan cahaya terang terbit pada matanya. Dia tidak pasti sama ada benar atau tidak, kerana dia tidak pernah melihat mereka berdua berada di satu tempat secara serentak.

Hanie hanya tersenyum apabila soalan itu ditujukan kepadanya. Yalah, sekolah sudah ingin habis. Jadi, dia tidak perlu risau untuk memikirkan tentang hal ehwal jodoh orang lain kerana tempoh umur halal berkahwin bakal tiba nanti.

"Haih, saya tak tahulah." Tukas Hanie dengan lembut seraya menoleh ke arah sahabat-sahabatnya yang bising dengan reaksinya.

"Alah..." Jawab Yazmin dan Aineen serentak. Kecewa nampak.

"Asyik bergantung pada saya saja. Aineen, awak tu boleh lihat masa depan! Bukan ada had pun kelebihan awak tu." Kata Hanie dalam nada marah apabila soal jodoh sering ditanyakan kepadanya.

Aineen mencebik. "Yalah saya tahu- Eh, mana ada! Saya tidak boleh mengetahui tarikh kematian dan jikalau Allah tidak mengizinkannya, saya tidak akan tahu." Bidasnya bersungguh-sungguh.

"Tapi boleh je kalau nak tahu. Awak bagilah bunga-bunga yang awak dapat tu dekat saya, Aisyah. Nanti saya tolong tengokkan." Aineen memberi cadangan pula.

"Ha'ah! Sambil tu, saya boleh baca fikiran Aineen untuk tahu sama ada benar atau tidak!" Yazmin pula berkata dengan penuh bersemangat.

Rengusan geram Niysa berikan sebelum menjeling Yazmin. "Dulu bising tak suka guna kelebihan awak tu. Bukannya tak boleh terus je baca fikiran Hanie. Nak juga complicated-kan keadaan." Tuturnya.

Yazmin hanya menjelirkan lidahnya. Dia bukan apa, semua sudah maklum bahawa minda seorang penglihat tali jodoh, tidak boleh dibaca. Bukan tidak boleh sepenuhnya, namun mereka telah diajar untuk mengelak.

Hal ini demikian kerana, seorang penglihat tali jodoh pun tidak pernah membuka kata apabila mendapat tahu mengenai jodoh seseorang. Maka, pemegang kelebihan yang lain dilarang masuk campur.

"Apa perlukan bunga, Aineen? Awak boleh saja pegang si Aisyah tu lepastu terus tengok masa depan dia." Saran Niysa sebelum berpeluk tubuh.

"Ja- jangan." Ucap Aisyah dan sudah mula mengangkat kaki.

Aineen menggosok dagunya sambil memandang atas. Ya tak ya juga kan?

"Aisyah, mari sini!" Laung Aineen lalu berdiri dengan pantas.

Sebaik sahaja Aisyah berlari meninggalkan mereka, Aineen duduk semula di tempatnya.

"Biarlah dia lari seorang-seorang. Hahaha!" Kata Aineen. Yazmin mengikut ketawa bersamanya.

Niysa sekadar menggeleng perlahan. "Awak ni, tak baik tau buat macam tu."

"Biarlah dia. Takut sangat kenapa? Kita semua sudah tahu bahawa kelebihan kita tidak boleh digunakan suka-suka." Ujar Hanie dengan mata yang sibuk mencari kelibat Aisyah yang telah menghilang.

"Haih..." Keluh Niysa apabila melihatkan sahabat-sahabatnya yang masih tidak berubah dari dahulu.

-Tamat-
🌸Bunga🌸

Akademi Dary : One Shot (SS)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant