💖Perasaan atau persoalan?💖

901 97 2
                                    

"Izzat, saya suka awak."

"Saya tahu."

"Tapi-"

"Saya tahu."

"Sab-"

"Saya tahu."

"Sabarlah! Dengar saya cakap dahulu." Jerit Irdawati dengan agak kuat sehingga menggegarkan bilik ketua pelajar itu. Pasu bunga yang baru sahaja dibersihkannya diramas-ramas geram.

Izzat yang sibuk menelaah kerja terakhirnya terhinjut bahunya akibat terkejut. Dia segera memandang wajah comel Irdawati yang kelihatan marah.

"Tapi kita masih sekolah menengah! Tidak boleh bercinta kerana menghadirkan hubungan itu haram. Saya tidak mahu rasa ini kerana cinta saya hanya kepada Allah." Tuturnya syahdu. Perasaannya ini diluahkan kerana beberapa hari lagi mereka akan habis sekolah.

Izzat mengalihkan pandangannya sebelum berdehem perlahan lalu menyambung semula kerjanya. "Saya tahu." Balasnya.

Pada mulanya, Irdawati ingin marah kerana jejaka itu asyik menjawab benda yang sama sahaja tetapi kata-kata yang seterusnya daripada jejaka itu membuatkan dia terdiam.

"Jika bercinta dengan niat untuk berkahwin tidak apa bukan?" Soal Izzat dengan perlahan namun dapat didengari oleh Irdawati.

Telinga Irdawati kelihatan merah tatkala dia terdengar bisikan jejaka yang disukainya itu. Hatinya bagaikan ingin meletup!

"Kalau nak pastikan..." Ujar Izzat sebelum mengambil nafas dalam.

"Mari kita pergi ke bilik latihan pelajar yang boleh melihat tali jodoh."

•••••

Pintu bilik latihan dikuak luas. Namun, tiada sesiapa yang berada di situ.

"Eh, dimanakah mereka?" Soal Irdawati yang kehairanan. Matanya melilau melihat bilik latihan tersebut kosong.

"Jika kalian sedang mencari pelajar-pelajar penglihat tali jodoh, mereka berada di bilik latihan pelajar penglihat masa hadapan." Ujar satu suara yang telah dianggap mereka sebagai seorang yang boleh membaca fikiran. Segera Izzat dan Irdawati menoleh.

Izzat mendekati jejaka itu lalu bertanya. "Mengapa mereka ada di sana?"

Jejaka itu menjongketkan bahunya lalu mencebik kecil. "Ada buat latihan sama-sama kot." Balasnya.

Segera mereka berdua meninggalkan jejaka itu dan bergerak ke bangunan sebelah. Sebaik sahaja tiba di situ, mereka mengetuk pintu lalu masuk ke dalam.

Pelajar-pelajar yang berada di dalam bilik tersebut menoleh dengan pantas tatkala kedengaran pintu diketuk. Apabila pintu itu terbuka, pelajar-pelajar yang mempunyai kelebihan untuk melihat tali jodoh menjerit nyaring termasuklah Hanie dan Ahnaf yang turut berada di situ.

"Kenapa?" Soal Aineen dan para pelajar yang mempunyai kelebihan yang sama dengannya. Mungkin terdapat sesuatu yang hanya pelajar yang mempunyai kelebihan untuk melihat tali jodoh sahaja boleh lihat.

Izzat dan Irdawati yang terkejut terpaku di hadapan pintu tersebut. "Mengapa?" Tanya mereka berdua serentak.

"Kalian berdua bercintakah?!" Soal salah seorang daripada pelajar yang duduk di bahagian kiri iaitu pelajar yang boleh melihat tali jodoh. Dia terkejut apabila cahaya yang terang memasuki bilik tersebut dan sedang menyelubungi kedua-dua wakil pelajar tersebut.

Izzat dan Irdawati saling berpandangan lalu menoleh semula ke arah pelajar tersebut dan menggelengkan kepala.

"Hmmm, ada yang confessed-lah tu." Balas salah seorang lagi lalu menongkat dagunya menggunakan tangan.

Pelajar-pelajar yang boleh melihat masa hadapan hanya saling berpandangan sebelum mendepakan tangan ke hadapan iaitu ke arah kedua-dua wakil pelajar tersebut.

Tawa kecil kedengaran daripada mereka. "Patutlah." Ujar mereka.

"Hah, kenapa?" Soal Izzat yang sudah merah mukanya. Bagaikan sudah tahu apa yang bakal diperkatakan mereka.

"Abang rasa?" Ahnaf bertanya. Keningnya dijongketkan.

Bertambah merah wajah Izzat. Irdawati yang tidak memahami hanya menelengkan kepala menandakan yang dia tidak faham.

"Sudahlah, janganlah kelirukan mereka." Tegur Hanie seraya memberikan jelingan kepada pelajar-pelajar yang mempunyai kelebihan yang sama dengannya. Riak takut mereka berikan kepada pelajar contoh itu.

"Abang dan kakak datang sini untuk menanyakan tentang masa hadapan kalian? Ingin bercinta jika ada niat untuk berkahwin? Silakan..." Ujar Hanie dengan berani. "Tapi kalau tiada tanda-tanda ingin berkahwin selepas bercinta, saya akan cari kalian berdua sehingga ke lubang cacing." Sambungnya.

Kata-kata yang langsung tidak dijangka oleh mereka meluncur laju dari bibir Hanie. Suasana bilik latihan itu menjadi sunyi.

"Oh..." Ucap Izzat sambil tertunduk lalu menggosok belakang tengkuknya sebagai tanda malu.

Irdawati pula menyembunyikan rasa malu dengan pura-pura batuk lalu bertanya. "Ah- Emm- Apa tu, kenapa kalian ada di sini?" Dia tersangkut-sangkut.

"Oh, kami diarahkan untuk membuat latihan bersama kerana jodoh juga merupakan sesuatu yang berkenaan dengan masa hadapan. Tanpa disangka, dapat pula model untuk kami jadikan bahan uji kaji untuk hari ini." Ujar Aineen pula disambuti tawa para pelajar yang lain.

Keadaan menjadi sunyi buat beberapa minit sebelum pintu utama bilik latihan dihempas kuat. Mereka semua yang berada di dalamnya segera menoleh lalu terlihat lorong pintu yang kosong tanpa orang.

"Eh, mereka berdua sudah keluar. Hahaha malulah tu!"

The End
💖Perasaan atau persoalan?💖

Akademi Dary : One Shot (SS)Where stories live. Discover now