🔪Akademi ditimpa masalah lagi?🔪

828 77 3
                                    

Persekolahan hari ini dilalui dengan tenang. Namun, keadaan yang agak sunyi menyebabkan suasana menjadi janggal. Sunyi. Sangat sunyi.

"Kenapa... Sekolah rasa sunyi? Ada masalah timpa?" Soal Aineen, risau.

"Adakah pelindung sekolah kita terbuka lagi?!" Yazmin berkata dengan nada kejutan. Tetapi, intonasinya itu langsung tidak mendatangkan suspen kepada yang lain.

"Kalau terbuka, mesti saya dah tahu dulu." Balas Niysa lalu beristighfar panjang. Dia tidak ingin melalui keadaan yang menakutkan itu lagi.

"Ke sebab, senior-senior kita dah pindah?" Aisyah tiba-tiba membuat tebakan.

Semua memandangnya dengan mata yang membulat.

"Betullah!" Ucap Hanie dengan jari telunjuknya yang bergerak-gerak.

"Alah, tak dapatlah jumpa kak Umi dengan kak Syahirah lagi!" Keluh Maya yang berjalan bersama mereka.

Keenam-enam gadis itu mengeluh perlahan. Orang yang paling kuat keluhannya ialah Yazmin.

"E- Eh, Yazmin. Rindu abang ketua pengawas ke?" Niysa mengusik sahabatnya yang seorang itu.

Aisyah, Aineen, Maya dan Hanie tersengih. Mereka mula turut mengusik Yazmin.

"Sudahlah! Mana ada!" Yazmin menafikan pernyataan Niysa lalu memalingkan wajahnya yang merah.

Hanie hanya tersenyum lalu ketawa kecil.

"Hanie ketawa ni mesti ada something." Aineen berkata secara tiba-tiba. Kini, tumpuan diberikan kepadanya.

"Jangan-jangan... Yazmin berjodoh dengan..."

Belum sempat kata-kata Maya menimbulkan panik kepada Hanie, beberapa jeritan dan bunyi dentuman kecil kedengaran di luar pagar sekolah.

Tuan Ramli dan Ustaz Syafie berlari keluar dari kawasan sekolah dengan segera.

Gadis-gadis itu saling berpandangan.

Apa dah jadi?

Mereka membuntuti kedua-dua guru lelaki itu. Perasaan ingin tahu membuak-buak.

Bagaikan memahami situasi yang bakal dihadapi, Maya mengundurkan diri bagi tidak menghalang pergerakan kelima-lima pelajar contoh itu. Dia berlari ke dalam bangunan sekolah lalu melihat apa yang terjadi melalui koridor tingkat atas.

Sebaik sahaja kawasan hutan dimasuki gadis-gadis itu, tiada lagi kelibat mereka yang dapat dilihat oleh Maya. Walaupun begitu, dia tetap setia menunggu sehinggalah segalanya selesai.

"Ya Allah, bantulah mereka walau apa pun yang terjadi." Maya menggumam. Baju sekolahnya digenggam kuat.

Lama-kelamaan keadaan menjadi sunyi semula. Mengapa keadaan menjadi seperti waktu persekolahan tadi?

"Ada yang tidak kena." Monolog Maya lalu berlari mendapatkan Fazli. Dia tahu, jejaka itu masih belum meninggalkan sekolah.

Sewaktu berlegar-legar di kawasan sekolah, Maya mendapati bahawa Fazli berada di kawasan taman.

"Fazli!" Laung Maya sekuat hati.

Dia bukan sahaja menggamit perhatian Fazli, malah kedua-dua sahabatnya juga. Ahnaf dan Zainurul.

"Ya Maya?" Fazli menoleh cepat.

"Kawan-kawan kita dalam baha- Eh jap, siapa ni?" Soal Maya sambil menuding ke arah gadis yang berada di hadapan Fazli.

Fazli tersengih lalu memperkenalkan sahabat barunya itu. Zainurul tersenyum kepada Maya setelah dia diperkenalkan oleh Fazli. Terkebil-kebil Maya melihat gadis molek itu.

"Hmph!" Maya berpeluk tubuh lalu memalingkan wajah.

Fazli dan Zainurul memandang satu sama lain lalu menjongketkan bahu tanda tidak faham.

Ahnaf hanya mengeluh lalu memandang Maya dengan penuh fokus. "Mana Hanie?"

"Ha, itulah masalahnya!" Ujar Maya lalu menceritakan segalanya.

Ahnaf segera berdiri. Dengan wajah serius, dia mula mengarahkan sahabat-sahabatnya untuk bertindak.

"Kawan-kawan, ayuh kita bantu mereka."


Bersambung....
🔪Akademi ditimpa masalah lagi?🔪

Akademi Dary : One Shot (SS)Where stories live. Discover now