💎 Berakhirlah Kisah 💎

685 73 9
                                    

[ Akademi Dary, tahun 2030 ]

"Ustazah, ustazah!" Seorang pelajar tingkatan satu berlari-lari mendekati seorang guru yang bertudung labuh. "Saya ada hadiah buat ustazah. Terima kasih kerana menjadi seorang guru yang baik!" Ujarnya sambil menghulurkan hadiah setelah dapat mengejar langkah gurunya itu.

"Terima kasih." Ujar guru itu seraya mengambil hadiah tersebut. Sebuah senyuman manis dihadiahkan buat anak muridnya itu. 

Selepas berbual seketika, guru itu berjalan ke pagar sekolah untuk pulang ke rumah. Tamatlah sudah kerjanya buat hari ini di sekolah lamanya.

"Niysa!" Panggil satu suara yang amat dikenalinya. 

Niysa segera berpaling apabila terdengar suara itu. "Aineen! Wah, kenapa datang sini?"

"Awak tahu, dari pejabat saya, saya terus memecut ke akademi. Hari ni kan, hari ulang tahun tarikh perkenalan kumpulan kita. Saya sudah berjanji dengan Maya untuk menjemput awak." Balas Aineen gembira. Berseri-seri wajahnya yang dihiasi solekan itu.

Riak wajah terkejut ditunjukkan oleh Niysa. "Astaghfirullahalazim! Saya lupa. Jom-jom! Marah pula yang lain nanti." Tuturnya sebelum mereka berdua cepat-cepat memasuki kereta dan bertolak ke tempat yang ingin dituju.

~~~~~~~~~

"Tak boleh! Kita kena pasang hiasan tu dekat sini!"

"Hiasan tu kena atas lagilah. Saya kan lagi tinggi dari awak!"

"Okey, awak berdua panggil kami berdua ke sini sebab nak suruh kami tengok awak berdua gaduh ka?" Marah Maya selepas melihat Yazmin dan Farhan bertekak-tekak di dalam rumah mereka sendiri.

Yazmin mengeluh perlahan sebelum memaparkan hiasan mereka kepada Maya. "Apa awak rasa?"

"Saya sebagai seorang interior designer, sangatlah tidak meng-approve apa yang telah dilakukan oleh awak berdua." Ujar Maya dengan penuh profesional.

Ternganga Farhan dibuatnya. "Habis tu, macam mana?" Soalnya geram.

"Abang, awak ada nampak bunga-bunga dekat luar tadi kan?" Tanya Maya kepada Fazli yang sedari tadi berdiri di belakangnya. Fazli mengangguk perlahan. "Tolong ambil boleh?" Pinta Maya dengan lembut sekali. 

"Okey, saya bukan Snow White nak minta pertolongan haiwan apa semua ni tapi saya rasa itulah yang terbaik." Kata Maya selepas permintaannya dituruti Fazli. Kemudian, dia keluar dari rumah tersebut bagi mengikut jejak langkah suaminya.

Yazmin dan Farhan saling berpandangan. Tidak faham terhadap apa yang telah terjadi.

"Haihlah, saya yang bekas ketua pengawas ni pun tak boleh nak memimpin dengan baik bila berkaitan dengan hubungan kita." Tutur Farhan sedih. Dia mengeluh tidak habis-habis.

Tersentak seketika Yazmin dibuatnya. Adakah dia, sudah menjadi isteri durhaka?

"Maaf. Saya tahu saya keras kepala." Ujar Yazmin tanpa memandang Farhan. Dari zaman sekolah dahulu, mereka saling jeling menjeling. Sekali Farhan masuk meminang, terperanjat habis.

Tetapi itulah, sibuk nak jadikan rumah sebagai port untuk buat majlis ulang tahun tapi bergaduh pula jadinya apabila ingin menghias. Mujurlah pasangan pengantin baru iaitu Fazli dan Maya sedia untuk membantu.

~~~~~~~~~

Ktak, ktak, ktak!

Jarinya laju menekan papan kekunci. Matanya penat memandang skrin komputer yang penuh dengan mesej daripada para pelanggan. Bukan itu sahaja, tempahan juga berderet-deret.

Akademi Dary : One Shot (SS)Where stories live. Discover now