📚Kerja Sekolah📚

1K 103 5
                                    

"Baiklah, ini kerja sekolah kamu untuk cuti seminggu ini. Selamat bercuti!" Ucap guru baru untuk mata pelajaran Bahasa Melayu kelas 5 Orkid iaitu, Cik Sahada.

Setelah guru itu melangkah keluar dari kelas, seisi penghuni kelas mengeluh kebosanan. Aduhai, banyaknya karangan!

"Kenapa banyak sangat kerja sekolah ni, Hanie?" Soal Maya yang duduk di sebelahnya. Hanie hanya menjongketkan bahu.

Aminah yang duduk di hadapan mereka berpaling ke belakang. "Bukankah ini menyalahi peraturan guru 36B perenggan keenam yang menyatakan bahawa seorang guru tidak boleh memberikan kerja sekolah melebihi 7 muka surat buku tulis?" Soalnya.

"Sebab kan, kalau tulis karangan banyak sangat, helaian muka surat akan melebihi daripada itu." Sambung sahabatnya yang duduk di sebelahnya pula, Siti Rabithah.

Hanie dan Maya saling berpandangan. Masing-masing menunjukkan riak wajah tidak tahu.

•••••

Di surau Al-Rahman, ketika mereka ingin menunaikan solat Dhuha.

"Wah, banyak sungguh kerja sekolah!" Tutur Yazmin dengan nada 'sarcastic'. Dia memakai telekung dengan laju.

Niysa turut mengeluh perlahan. "Saya nak tanya, siapa guru Bahasa Melayu kalian?" Dia bertanya.

"Cikgu Sahada." Balas Hanie dan Yazmin serentak lalu mereka saling berpandangan.

"Hm, samalah dengan saya." Ujar Niysa lalu tertunduk perlahan.

Aineen dan Aisyah pula hanya melihat gelagat sahabat-sahabat mereka. Hal ini kerana, guru bahasa melayu mereka, pengetua mereka sendiri.

"Kenapa dengan cikgu baru tu?" Aineen membuka mulut. Dia menunggu untuk sahabat-sahabatnya memulakan cerita.

"Kerja sekolah-" Kata Niysa, Hanie dan Yazmin sebelum menyambung. "Banyak!"

Anggukan yang menandakan kefahaman diberikan Aisyah dan Aineen. Mereka berdua menepuk perlahan bahu sahabat-sahabat mereka.

"Sabarlah."

•••••

Hari persekolahan sudah berakhir dan sekolah pun dibuka semula. Kini, para pelajar perlu menghantarkan kerja sekolah kepada guru mereka manakala guru mata pelajaran mereka perlu menghantar buku-buku tersebut kepada ketua panitia mata pelajaran.

"Tangan saya sakit!" Keluh Aminah sambil membaringkan kepalanya ke meja Maya.

Maya memegang tangan Aminah lalu mengurutnya perlahan. "Huh, sabarlah awak. Tangan saya ni pun seperti ingin tercabut urat."

"Aminah, pandang ke hadapan. Kelas akan bermula sebentar lagi." Tegur Siti Rabithah. Kemudian, Aminah duduk dengan tegak lalu berpaling ke hadapan.

Maya berasa sunyi lalu memalingkan diri ke arah Hanie yang berada di sebelahnya. Haih, gadis itu sudah tertidur di mejanya.

"Agaknya kalau pengetua tahu, apa akan jadi dengan cikgu tu ya?" Gumam Maya sendirian sebelum tertawa kecil.

•••••

Tuan Ramli, ketua panitia mata pelajaran Bahasa Melayu memeriksa buku tulis anak-anak muridnya.

"Bagus juga cikgu baru kita ni. Hmm..." Pujinya sebelum membelek buku seterusnya. "Mak aih! Banyaknya karangan. Ini dah melanggar peraturan!"

Disebabkan itu, Cik Sahada dikenakan hukuman dengan membuang sedikit merit guru.

••••

"Wah, mengarut." Ucap Yazmin sambil mengunyah makanan tatkala waktu rehat sudah tiba. "Cikgu pun ada merit?" Soalnya.

"Pastilah!" Balas Aisyah yang turut mengunyah makanan. "Mana adil pelajar je ada."

Aineen ketawa kecil. "Saya dah agak. Kebetulan ternampak masa depan beliau." Ujarnya.

Niysa dan Hanie pula saling berpandangan. Kemudian, mereka ketawa bersama.


-The End-
📚Kerja Sekolah📚

Akademi Dary : One Shot (SS)Where stories live. Discover now