🌲 Akademi dalam Hutan 🌲

610 62 3
                                    

Malam itu, Aineen, Aisyah dan Niysa meluangkan masa untuk belajar di perpustakaan sekolah. Apabila sudah penat, mereka kembali ke dorm semula. Sewaktu melalui court bola jaring untuk ke dorm mereka, terlihat beberapa orang pelajar lelaki sedang berbaring di atas court.

"Apa benda... yang kalian buat?" Soal Aineen, keliru. Apa yang mereka buat malam-malam ini?

Fazli yang perasan mereka ditegur, segera berpaling ke arah yang menyoal. Dia menuding ke atas lalu berkata. "Tengok bintang."

"Nampak ke bintang?" Tanya Niysa tanpa memandang ke atas.

"Nampak! Sebab sekolah kita dalam hutan so, tak ada lampu jalan yang mengganggu. Jadi, cuba tengok atas." Ahnaf pula membalas sambil berbaring selesa.

Mereka bertiga mendongak ke atas. Benar apa yang mereka katakan. Puluhan bintang dapat mereka lihat dengan jelas sekali. Subhanallah, sungguh indah ciptaan yang Maha Esa.

"Emm, kalian tak takut ke kena marah dengan Tuan nanti?" Aisyah pula bersuara apabila melihat mereka sedang berbaring tenang. Siap ada yang tidur lagi.

"Jangan risau kak, InsyaAllah tidak. Sebab..." Hanif membiarkan kata-katanya tergantung.

"Sebab?"

Tap, tap, tap!

Bunyi derapan tapak kaki kedengaran dari jauh. Kelihatan bebayang seperti seorang lelaki sedang berjalan ke arah mereka. Bersongkok, berbaju kemeja, berkasut kulit. Siapakah itu?

"Tuan Ramli?" Aineen, Aisyah dan Niysa menyebut serentak. Terkejut mereka apabila terlihat pengetua sekolah mereka itu berada di situ.

"Alah, saja nak join kejap. Macam best saja idea mereka untuk tengok bintang." Ujar Tuan Ramli sebelum melabuhkan punggung di sebelah seorang pelajar lelaki yang sudah pun melelapkan mata. Beliau mendongak ke atas.

Aineen, Aisyah dan Niysa hanya saling berpandangan lalu menjongketkan bahu. Kemudian, mereka mengambil keputusan untuk kembali ke dorm yang mana Hanie dan Yazmin berada.

Sebelum mereka memasuki lorong bangunan asrama perempuan, Niysa sempat menoleh. "Malam ni bulan penuh. Elok-elok kalau mahu bermalam di luar." Katanya memberi peringatan.

Mereka semua yang berada di court bola jaring itu hanya membalas dengan anggukan. Malas untuk mengambil kisah perihal yang menakutkan.

Sewaktu Aineen, Niysa dan Aisyah menuju ke dorm mereka, kelihatan dua orang gadis berjubah labuh dan bertudung putih sedang bersidai di bahagian tangga sebelum naik ke atas. 

"Hanie, Yazmin? Apa yang kalian sedang lakukan?" Aineen bertanya lalu mendekati mereka yang sedang merenung jauh. Dari tangga itu, mereka dapat lihat pelajar-pelajar lelaki sedang berbaring di atas court dengan gembira sekali. Sambil berbual dengan pengetua sekolah pula tu.

"Hanie kata dia nampak sesuatu lalu dekat tingkap tadi. Tu yang pergi tengok." Jawab Yazmin, bersahaja.

Tersentak mereka bertiga dibuatnya. Mereka segera menarik tangan kedua-dua sahabat mereka itu agar cepat memasuki dorm.

"Berani-berani je kalian ini! Jikalau terlihat sesuatu yang tidak harus kita lihat bagaimana?!" Tegur Niysa, geram.

Hanie dan Yazmin kelu tidak berkata. Kenapa pula?

~~~~~~~~~~~~~

Tuan Ramli dan anak-anak muridnya bersantai seperti berada di tepi pantai. Sambil menikmati keindahan ciptaan Allah, mereka berzikir panjang.

Secara tiba-tiba, bau wangian mula mencucuk hidung masing-masing. Akademi ini sudah dilindungi dengan pendinding, namun makhluk apakah yang dapat menembusinya kini?

"Abang... Saya balik dorm dulu ya. Assalamualaikum!" Hanif berkata laju lalu bangkit dan berlari ke bangunan asrama lelaki.

"Eh, tunggu!" Tegur Ahnaf sebelum mengikut sama. Fazli yang sudah cuak juga terkejar-kejar membangunkan diri.

Kini, tinggallah pengetua sekolah Akademi Dary bersama beberapa orang anak murid yang lain.

"Tak mahu tidur ke?" 

Soalannya itu sahaja telah membuatkan mereka yang tinggal bertempiaran berlari termasuklah yang terlelap itu tadi. 

Tuan Ramli menepuk dahi dan kemudian mengeluh panjang. Beliau menggelengkan kepala lalu berkata. "Haih, penakut betul."

Akademi Dary : One Shot (SS)Where stories live. Discover now