🏛️Perpustakan🏛️

615 63 0
                                    

Maya berbual riang bersama beberapa ekor labah-labah sambil mengemas sudut perpustakaan yang sudah berhabuk ditinggalkan. Buku-buku lama yang tidak dibaca ditegakkan bagi nampak kemas. Bulu ayam yang berada di tangannya pula digunakan bagi membersihkan sawang labah-labah yang semakin banyak.

"Maaf ya encik labah-labah, saya mahu kemaskan tempat kami ini. Mohon berpindah ke tempat lain ya."

Apabila keadaan menjadi reda, Maya mula menyapu rak yang dipenuhi sawang. Riang hatinya tatkala sang lelabah setuju dengan permintaannya itu. Sedang dia menyibukkan diri di dalam perpustakaan, telefon khas milik perpustakaan berdering di meja kaunter.

Berlari-lari gadis itu bagi mendapatkan telefon tersebut. Sebaik sahaja dia mengangkat gagang telefon dan diletakkan ke telinga, satu suara memberi salam lalu bertanya. "Assalamualaikum! Ini Umi dari Maktab Pengajian Tinggi Dary, siapa di sana?" 

"Waalaikumussalam. Saya Maya, penolong ketua pengawas perpustakaan. Hai kak Umi!" Balasnya gembira. Sudah lama dia tidak bersua muka dengan seniornya itu.

"Alhamdulillah, nasib baik yang angkat telefon ni Maya. Akak memang nak call Maya pun!" Ujar Umi yang berada di hujung talian.

Maya membuat wajah terkejut. Memandangkan perpustakaan tiada orang di situ, dia boleh melakukan riak apa sahaja tanpa menghiraukan pandangan orang.

"Ada apa ni, kak Umi?" Soalnya ingin tahu.

Umi yang berada di seberang sana tersenyum-senyum. Buat pengetahuan semua, Syahirah  turut berada di sebelahnya.

"Akak nak ajak kalian berenam ke Pesta Mingguan Sains yang akan diadakan di Maktab Pengajian Tinggi Dary pada hari Khamis ini. Mahu ikut?" Ajak Umi dalam nada gembira. "Akak ada lebih lapan tiket. Ajaklah Ahnaf dengan Fazli sekali." Sambungnya lagi.

Tersengih-sengih Maya dibuatnya. Inilah salah satu peluang untuk keluar dari akademi semasa waktu persekolahan!

"Boleh saja! Nanti saya minta izin daripada tuan pengetua." Balas Maya teruja.

"Baiklah, kalau dibenarkan nanti, jangan lupa call akak ya! Bye, Assalamualaikum." Ujar Umi sebelum meletakkan gagang telefon.

Maya turut melakukan perkara yang sama sebelum mencebik kecil. "Alah, tak sempat nak jawab salam."

Dia mengemas meja kaunter perpustakaan itu serba sedikit lalu menjelajah ke setiap tingkat. Kot-kot adalah terselit beberapa orang pengawas perpustakaan yang sedang bertugas. 

"Ha!" Ucapnya setelah melihat seorang pelajar perempuan di sudut rak di tingkat tiga perpustakaan sedang menyusun buku. "Kejap, itu orang ke?" Bisiknya ragu-ragu pula.

Perlahan-lahan, dia mendekati gadis itu. "Assalamualaikum." 

"Waalaikumussalam." Gadis itu menoleh dengan senyuman. Wajahnya yang kelihatan merah itu jelas menunjukkan bahawa dia ialah manusia yang hidup.

Maya menghela nafas lega apabila terlihat wajah gadis itu. Walhal, dia sudah membaca macam-macam pendinding kerana risau sekiranya gadis itu bukanlah 'orang'.

"Oh, kak Maya! Ada apa ya, datang sehingga ke sini?" Soal gadis itu dengan sopan santun.

"Lah, Wardah rupanya. Maaflah, akak tak cam tadi." Maya membalas apabila dapat mengecam wajah juniornya itu. Lupa pula dia yang juniornya itu ditugaskan untuk menjaga tingkat tiga perpustakaan.

Maya melangkah mendekati Wardah. "Akak nak minta tolong kamu jaga kaunter perpustakaan kejap sebab akak ada hal ni. Kalau kamu tak nak, carilah sesiapa yang mahu." Katanya.

Terangguk-angguk Wardah menandakan bahawa dia faham. "Baik kak!"

"Okey, akak pergi dulu ya, Assalamualaikum." Tutur Maya dan kemudian berangkat pergi untuk keluar dari perpustakaan.

~~~~~

Menuju ke dorm yang asing, Maya meningkatkan kelajuan langkahnya agar cepat sampai ke destinasi. Pintu dorm yang bewarna biru cair itu diterjahnya tanpa memberi salam. Cahaya terang menyilaukan mata, menunjukkan lima orang gadis sedang memandangnya dalam kejutan tak terkata.

"Maya, salamnya mana?" Soal Niysa yang terkejar-kejar mencari sarung kepala. Sangkanya, ada pencuri yang ingin mencuri masuk. Yalah, Akademi Dary pelajarnya semua bertamadun belaka.

Terkulat-kulat Maya di muka pintu apabila mendapat renungan tajam dari lima pasang mata. Walau takut-takut, dia tetap ingin menyampaikan hasrat hatinya itu.

"Okeh, Assalamualaikum." Ujarnya dan dijawab oleh mereka berlima. Setelah mengambil nafas dalam, Maya mula membuka bicara. "Ada berita gembira yang saya nak sampaikan. Kalian sibuk tak minggu ini?"

"Saya sibuk." Jawab Yazmin yang sedang berbaring di atas katilnya.

Maya sempat menjeling Yazmin yang sedang bermalas-malasan. "Sibuk buat apa?"

"Sibuk menukarkan oksigen kepada karbon dioksida." Yazmin membalas dengan wajah serius. Hanie yang mendengar hanya tergelak sendiri.

"Haih..." Keluh Maya. "Itu saya pun buat setiap saat. Ini pasal Pesta Mingguan Sains yang bakal diadakan di Maktab Pengajian Tinggi Dary! Kak Umi call saya tadi menggunakan telefon khas perpustakaan." Terangnya sehingga menarik perhatian mereka semua yang ada di situ.

Bersinar-sinar mata Aineen dan Aisyah yang jelas sekali meminati Sains. "Nak ikut!"

"Kak Umi ajak berapa orang?" Sempat lagi Hanie menyoal.

Maya mengira menggunakan jari buat seketika. "Lapan orang."

"Saya tak nak ikut." Hanie berkata keras.

"Eh... Kenapa?" Tanya Yazmin dalam nada sedih. Sayu gayanya memandang Hanie.

Niysa hanya ketawa kecil. "Yalah, budak lelaki berdua tu akan ada sekali. Tu yang dia malas tu. Sudahlah Hanie, macam-macamlah awak ni. Ikut sajalah. Rezeki jangan ditolak." Tegurnya.

Hanya cebikan yang dapat ditayangkan Hanie. "Yalah-yalah." Balasnya acuh tak acuh.

Maya mengangguk gembira. "Baiklah! Nanti saya nak minta awak semua temankan saya berjumpa dengan pengetua untuk minta kebenaran." 

"Okey!"



~Bersambung...~

Akademi Dary : One Shot (SS)Where stories live. Discover now