🌺Perjumpaan yang tidak diduga🌺

878 84 14
                                    

Sebaik sahaja mereka berenam tiba di kawasan tersebut, kelihatan lima orang gadis sedang mengikat tiga orang perempuan manakala dua orang jejaka yang berada di sebelah sananya pula sedang mengikat dua orang lelaki.

"Ha! Fikir perempuan ni lemah?!" Yazmin menjerit girang. Dia ketawa besar.

Jelingan kecil diberikan Niysa kepada sahabatnya itu. "Jangan riak."

"Mana ada riak, hmph!" Ucap Yazmin sebelum memalingkan wajahnya ke tempat lain. Niysa hanya ketawa kecil melihatkan perangai sahabatnya yang mengada-ngada itu.

Tuan Ramli menerpa ke arah dua orang jejaka itu sambil tersenyum bangga. Sempat lagi dia berikan tepukan kecil ke bahu mereka.

"Nasib baik kamu berdua ada di sini, Farhan, Rafiq. Tidak sangka langsung yang kalian akan berada di sini. Terima kasih." Ujar pengetua sekolah itu.

Farhan dan Rafiq mengetatkan lagi ikatan penjenayah itu dengan senyuman lebar. Kebetulan pula mereka sedang membuat kajian sains berdua di hutan berdekatan dengan Akademi Dary. Tiba-tiba sahaja jeritan pertolongan mereka dengari. Apa lagi, ambil peluanglah nak jadi hero!

"Ha, macam mana Maktab Pengajian Tinggi Dary? Seronok?" Tanya Ustaz Syafie yang muncul di sebalik sebatang pokok. Dia baru sahaja menelefon pihak berkuasa.

Senyuman nipis Farhan berikan. "Seronok. Kebetulan saya dapat satu course dengan Rafiq. Izzat masih menjadi pelajar contoh di sana. Irdawati pula sudah semakin ligat dengan sukan." Balasnya berjela.

"Haha, jika soalan berkenan pelajar-pelajar yang mempunyai jawatan tertinggi kamu tahu sahaja ya?" Tuan Ramli berkata sambil menepuk-nepuk bahu Farhan perlahan.
Bekas ketua pengawas ini, jika tidak tahu segalanya tidak sah!

Selepas itu, tangisan seorang gadis kedengaran dari jauh dan perbuatan itu membuatkan keempat-empat lelaki itu menoleh. Terlihatlah satu babak yang mana Maya sedang menangis sambil memeluk sahabat-sahabatnya.

"Nasib baik kalian okey." Tutur Maya dalam esakan. Niysa, Aineen, Aisyah, Yazmin dan Hanie hanya melemparkan senyuman.

"Biasalah." Kata Aisyah. "Ada orang tak reti duduk diam, bukan? Maklumlah, pemberontak agama. Mestilah suka cari pasal dengan kita." Sambungnya geram dengan bibir yang diketap-ketap. Tangannya sibuk menarik tali agar diperketatkan lagi sehingga menerbitkan jeritan daripada ketiga-tiga penjenayah yang diikat itu.

"Sudah, sudah." Hanie menghampiri Aisyah." Usah dibisingkan lagi."

"Assalamualaikum. Siapa tu Fazli?" Tanya Aineen kepada Fazli dengan ramah sambil melambai ke arah Zainurul.

Senyuman kecil Fazli berikan. "Oh, ini Zainurul."

Selepas itu, kelima-lima gadis itu melambai ke arah Zainurul dengan senyuman di bibir tanda perkenalan. Zainurul tersengih bahagia.

Maya mencebik lalu berpeluk tubuh seraya memalingkan wajah. "Huh!"

"Terima kasih semua." Ustaz Syafie berkata sebaik sahaja mereka semua berkumpul pada satu tempat. "Terutamanya pada Farhan dan Rafiq. Kalian nampak lebih sasa sekarang." Sempat lagi beliau memuji kedua-dua pelajar itu.

Kemudian, lima orang penjenayah itu diserahkan kepada pihak polis yang bertugas berdekatan dengan kawasan tersebut. Pada mulanya, mereka berasa hairan apabila terdapat beberapa orang guru dan pelajar berada di dalam hutan namun apabila cerita telah diputar belitkan, polis-polis itu mengangguk faham.

"Yah Fie!" Panggil Zainurul sambil berlari ke arah Ustaz Syafie dengan gembira sekali.

Ustaz Syafie kelihatan terkejut. "Eh, Nurul. Macam mana boleh ada di sini?"

"Ikut kawan." Balas Zainurul, menuding ke arah Fazli, Ahnaf dan Maya yang berada di belakangnya. Ustaz Syafie tersenyum kecil.

"Dah, balik kelas. Kamu tak patut ikut mereka ini."

"Kenapa?"

"Mereka ini budak bijak. Sentiasa ada apabila akademi memerlukan pertolongan. Yah Fie tak mahu kamu terlibat juga dalam misi-misi yang berbahaya." Tutur ustaz itu dengan bibir yang tidak lekang dengan senyuman.

Zainurul menundukkan kepala lalu mengangguk faham. Barangkali berasa sedih.

"Erh, kalian." Dia menggamit perhatian sahabat-sahabatnya itu. "Saya pulang dulu." Pintanya dalam nada sedikit sedih. Setelah mendapat anggukan daripada mereka, dia mula berangkat pergi.

"Uwah, dah besar ya kamu semua, wahai penyelamat sekolah!" Rafiq berkata dalam nada ceria seraya berjalan ke arah mereka berlapan sambil memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket.

Niysa, Aineen dan Aisyah tersenyum. Hanie pula sibuk berbual dengan Ahnaf kerana jejaka itu sibuk menegurnya apabila bertindak secara terburu-buru. Walaupun begitu, Yazmin mencebik apabila dia terlihat Farhan.

"Assalamualaikum!" Ujar Farhan yang baru sahaja tiba di sebelah sahabatnya lalu meletakkan tangan ke atas bahu Rafiq. "Dah besar. Tapi masih comel macam dulu." Pujinya.

"Eh, awak!" Secara tiba-tiba, dia sedar akan kehadiran Yazmin di situ. "Lama tak jumpa. Okey sekarang?"

Yazmin memandang Farhan lalu menjawab. "Okey saja. Awak?"

"Baik-baik jer." Balas Farhan dengan senyuman sehingga menampakkan gigi.

Kemudian, Rafiq menepuk bahu Farhan. "Jom balik. Nanti lecturer cari karang." Ajaknya. Farhan bersetuju dan selepas itu mereka bergerak pergi setelah bersalaman dengan Tuan Ramli dan Ustaz Syafie.

"Baiklah. Ayuh kita pulang!" Tuan Ramli berkata sambil menggamit mereka semua. Terus sahaja mereka semua berjalan serentak ke arah akademi semula.

Sambil mereka berjalan, kelapan-lapan pelajar itu sempat berbual rancak. Tuan Ramli dan Ustaz Syafie hanya mendengar sahaja. Kadangkala berasa terhibur juga.

"Ahnaf, Hanie, please. Stop fighting!" Tegur Aineen apabila Hanie dan Ahnaf tidak habis-habis berbalas kata.

Hanie berlari ke belakang Niysa. "Saya bukannya nak. Dia yang cari pasal." Nafinya.

Hanya wajah serius Ahnaf berikan seraya matanya merenung Hanie. Tidak lama kemudian, dia berpaling ke arah lain.

"Jaga mata tu!" Ustaz Syafie menegur tanpa memandang ke arah mereka. Aisyah, Fazli dan Maya ketawa mengekek.

"Yazmin, asal macam sedih je? Sebab tak dapat jumpa abang Farhan?" Niysa mula mengusik Yazmin. Yalah, dia senyap sahaja selepas berjumpa dengan bekas ketua pengawas itu.

Wajah Yazmin menjadi merah akibat marah dan matanya terus membara dengan api kemarahan.

"Mana ada!!" Jeritannya memenuhi kawasan hutan. Hah, malulah itu!

Gelak tawa mereka semua menghiasi suasana sehinggalah mereka tiba di destinasi mereka iaitu, Akademi Dary.

Tamat
🌺Perjumpaan yang tidak diduga🌺

Akademi Dary : One Shot (SS)Where stories live. Discover now