🌻 Ejen 5.0 🌻

676 68 12
                                    

Setelah diarahkan untuk keluar dari ruang rahsia tersebut, aku dikawal ketat oleh lima orang gadis yang berkain biru itu.

Jejaka yang bernama Ahnaf itu mendekati seorang gadis kecil yang berkaca mata lalu ketawa berlagak.

"Sudah 18 kali saya cuba hubungi kalian, akhirnya kali yang ke-19, Hanie juga yang angkat panggilan saya." Ujar Ahnaf, bangga. Gadis kecil yang berada di sebelahnya itu hanya merengus geram.

"Faira Rarifah, kami cuba untuk menjadi sahabat awak tetapi apakan daya? Kami mahu lihat your true colour sebab itu kami arahkan Maya, sahabat baik kami untuk mengintip awak. Hmph, siapa sangka? Sampai begini awak sanggup membahayakan nyawa." Gadis yang bernama Aineen berkata sambil bercekak pinggang di hadapanku.

"Bahaya tahu? Risaunya saya. Boleh mati dibuatnya nanti." Sahabat Aineen iaitu Niysa pula berkata sendiri seraya menepuk-nepuk bahuku.

Aisyah hanya berpeluk tubuh dan memberikan satu renungan yang tajam kepadaku.

Aku tahu cara mereka ini. Ini satu helah perisikan. Mereka mengarahkan beberapa pelajar untuk berpura-pura menjadi sahabat aku. Tidak sangka, aku telah memandang rendah terhadap sekolah ini. Pelajar-pelajarnya bagus-bagus belaka. Apa yang aku fikir, pasti sekolah ini telah melalui pelbagai kesukaran dan masalah. Disebabkan itulah, mereka latih pelajar-pelajar mereka sehingga menjadi bagus sebegini.

"Maafkan saya..."

Tuan Ramli hanya merenungku setelah aku mengungkapkan kata maaf. Sudah terang lagi bersuluh dia sedang menahan geram terhadapku.

"Nasib baik saya ada pakar IT untuk putuskan bekalan komunikasi asing." Puji beliau sambil melemparkan pandangan kepada Fazli yang kembang kempis hidungnya dipuji.

Maya hanya menepuk dahi dengan wajah menyampah terhadap jejaka itu.

"Faira." Tuan Ramli bersuara lalu memandangku yang telah diarahkan untuk duduk di atas lantai. "Awak ini, insaflah ya. Beritahu AWA, kami tidak perlukan pengintip untuk mengawasi kami. Pulanglah. Anak-anak saya baik, mereka tidak akan mencederakan awak."

"Semua manusia tidak dilahirkan sama. Kita semua berbeza-beza. Mungkin bezanya pada segi yang aneh tetapi, kewujudan anak-anak saya ini, tidak akan mengganggu ekosistem dunia kita. Disebabkan itulah, akademi ini wujud, untuk melindungi mereka." Sambung beliau sambil tersenyum manis.

Aku mengangguk faham. Benar, tempat ini tempat istimewa. Aku, tidak boleh kacau. Sesiapa pun tidak boleh ganggu.

Apa yang aku percaya, aku akan pertahankan tempat ini suatu hari nanti.

°°°°°°°°°

"Tuan rasa, patut tidak kita lepaskan dia begitu sahaja?" Fazli menyoal dengan riak yang tidak puas hati.

Kini, mereka yang terlibat sedang melihat pemergian Faira yang telah dijemput oleh salah seorang pihak AWA. Gadis itu kelihatan sedih kerana perlu meninggalkan akademi itu. Dia melambai kecil.

Tuan Ramli tersenyum nipis lalu membalas lambaian Faira. "Saya tidak tahu kerana saya bukanlah seorang yang warak, tetapi saya yakin yang dia tidak akan bongkarkan rahsia kita." Balasnya terhadap soalan Fazli.

"Kenapa pula?" Maya pula bersuara lantang. Dia turut sama tidak berpuas hati.

Hanya senyuman nipis yang mampu pengetua akademi itu tawarkan. Dia menoleh dan memandang anak-anak muridnya itu.

"Mungkin dia akan kembali semula ke sini... Siapa tahu bukan?"

-Tamat-
🌻 Ejen 5.0 🌻

Akademi Dary : One Shot (SS)Where stories live. Discover now