❌ Penipu sebenar ❌

659 62 5
                                    

Kisah ini mengambil tempat dan masa sewaktu mereka semua masih bersekolah seperti biasa yang mana pelajar-pelajar senior masih ada seperti Umi dan Syahirah. 

Di kelas tigkatan 5 Melur...

"Awak rasa, siapa yang ambil buku nota saya?" Soal Umi kepada Syahirah. Mereka berdua merenung meja milik Umi yang kosong tiada apa.

Syahirah menoleh ke arah Umi lalu melakukan bahasa isyarat sebagai jawapannya. Umi yang faham akan kata-kata sahabatnya itu hanya mengangguk perlahan.

"Tapi kan awak, firasat saya tidak kuat pula mengatakan sesiapa. Aneh pula rasanya." Kata Umi sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Pening kepalanya apabila cuba untuk memusatkan satu-satu orang untuk mendapatkan firasat yang sebenar.

Kemudian, dia terfikir akan sesuatu sebelum menoleh ke arah Syahirah dengan pantas. "Entah-entah, kelebihan saya.... hilang?!"

Pak!

Tangan Umi ditampar kuat oleh Syahirah. Umi segera berpaling ke arah Syahirah dengan wajah yang amat-amat terkejut. Sejurus itu, Syahirah melakukan bahasa isyarat dengan laju sekali.

"Allah... tidak... akan... melakukan begitu kepada hambanya tanpa sebab? Saya tahulah Syahirah. Saya risau saja. Haih, apa kata awak gunakan kelebihan awak untuk cari dalang itu?" Cadang Umi yang semakin panas hati. Sudahlah buku notanya hilang, Syahirah pula bagaikan menyerabutkan kepalanya.

Syahirah bercekak pinggang lalu merenung Umi dengan lama. Apabila dia sudah bersedia untuk mengatakan sesuatu, dia mula menggerakkan tangan.

"Kalau macam tu, kita tanyalah setiap orang! Nanti bila awak dah rasa ketakutan yang dia sedang menipu, beritahulah saya." Saran Umi dengan senyuman lebar. Syahirah hanya mengangguk setuju walau hakikatnya dia sangat malas.

Oleh itu, ayuh kita bergerak sekarang!

°°°°°°°°°°

Maka, waktu persekolahan mereka diisi dengan mengadakan temu duga kepada setiap rakan kelas mereka yang hadir. Syahirah dapat juga mengesan ketakutan daripada beberapa orang namun itu had ketakutan yang tidak kena kepada seseorang penipu. 

Kini, Umi hanya melangut di mejanya. Dia menyandarkan diri pada kerusi sambil memandang kipas siling yang berpusing laju. Matanya sudah seperti malap akibat putus harap.

"Kenapa.... tak ada?" Soal Umi sendirian. "Adakah pencuri itu... bijak menyembunyikan rasa takutnya?" Umi berkata sendiri lagi. Dirinya bagaikan separuh mati. 

Syahirah yang berada di meja sebelah hanya berdiam diri sambil tersenyum kecil. Dia sendiri tidak tahu untuk melakukan apa-apa.

"Syahirah..." Panggil Umi terhadap sahabat baiknya itu. Syahirah hanya menjongketkan kening sebagai jawapan.

"Kenapa saya rasa... awak yang curi?" Tanya Umi curiga sambil menjeling sahabatnya itu.

Namun, Syahirah tidak menunjukkan apa-apa reaksi malah melebarkan lagi senyumannya. Dia mengetuk dagunya menggunakan jari telunjuk buat beberapa kali sebelum menjongketkan bahunya sambil memandang ke atas.

Umi yang pada mulanya menyandarkan dirinya pada kepala kerusi terus sahaja berdiri tegak lalu memandang Syahirah dengan pandangan yang tidak faham. Tidak lama kemudian, Rafiq muncul di pintu kelas mereka berdua sambil memegang sebuah buku di tangan.

"Ah, nasib baik kalian tidak pulang lagi. Umi, ini buku awak. Terima kasih kerana meminjamkannya pada saya. Tulisan awak sangat cantik!" Tutur Rafiq dengan senyuman manis. Selepas itu, dia meletakkan buku Umi ke meja berdekatan lalu berlalu pergi.

Keliru. Itu apa yang dirasai Umi sekarang.

"Sama-sama?" Ucap Umi seraya mengambil bukunya itu. "Syahirah, explain this!" Arahnya kuat sehingga membuatkan Syahirah tersentak seketika.

Mereka duduk di situ buat beberapa minit sementara Syahirah menerangkan apa yang telah terjadi.

"Awak tak bawa buku nota awak tu jadi awak cari siapa yang ada?"

Syahirah menganggukkan kepalanya.

"Jadi, kebetulan buku saya ada atas meja saya, awak ambil sahaja?"

Syahirah mengangguk lagi.

"Haih... Nasiblah kawan baik. Sudahlah, jom balik dorm. Saya dah penat." Ajak Umi, geram. Dia memasukkan bukunya itu ke dalam beg dan berjalan keluar.

Syahirah menyatukan kedua-dua telapak tangannya sebagai tanda minta maaf.

"Tidak apalah. Nasib baik Rafiq." Kata Umi lalu berjalan laju meninggalkan Syahirah seorang-seorang di pintu kelas.

Sengihan yang bagaikan kerang tidak busuk itu diukirkan Syahirah dalam diam. 

°°°°°°°°°°

Akademi Dary Secrets!

Watak Umi wujud kerana kelebihannya serba sedikit seperti kelebihan penulisnya dahulu.



Akademi Dary : One Shot (SS)Where stories live. Discover now