💻Minggu Teknologi💻

871 85 2
                                    

Dengan kaca mata yang bercahaya, komputer yang menyala di hadapannya itu dihadap penuh minat. Sungguh, tidak pernah dia merasakan sebegini.

Papan kekunci ditekannya laju. Hobinya ditumpahkan ke situ setelah lama memendamnya di dalam helaian kertas. Setiap ayat dirangkapnya satu persatu.

Sedang menikmati keamanan suasana, suara yang tidak ingin didengarinya menerpa gegendang telinga.

"Hanie!"

"Awak... nak... apa... lagi Ahnaf?!" Balas Hanie lalu menoleh ke belakangnya dengan pantas. Wajah garang dipaparkannya. Namun begitu, jejaka yang berdiri di belakangnya itu langsung tidak berasa gerun.

Keluhan kecil diberikan Ahnaf sebelum bermain dengan rambutnya yang tidak ditutupi songkok. "Awak ni, dari awal minggu ini awak memencilkan diri."

"Saya sedang menulis. Deadline nak dekat." Balas Hanie selembut yang mungkin. Dia tidak ingin menimbulkan pergaduhan.

Batang hidung Hanie picit perlahan. Suasana sejuk di dalam perpustakaan ini mendatangkan penyakit pula kepadanya.

"Awak menulis?" Soal Ahnaf.

Hanie mengangguk kecil. "Ya. Saya penulis cilik dalam sebuah syarikat kecil yang bernama ZeoLive." Jawabnya lalu meneruskan penulisan.

"Serius?"

"Seriuslah ni! Sudah, jangan kacau saya." Tegas Hanie lalu menghalau Ahnaf pergi.

Ahnaf mengangguk faham lalu berjalan pergi.

'Aduhailah jodoh aku seorang ini.' Getus hatinya. Seraya itu, dia tersenyum kecil.

•••••

Ahnaf berjalan di kawasan taman sambil matanya melilau melihat keindahan bunga-bunga di situ. Di sebalik semak yang berada di hujung taman, terdapat seorang gadis sedang terbongkok-bongkok memegang kamera.

"Ini seorang lagi. Tidak habis-habis dengan kamera awak itu. Apa yang awak ambil?" Suara Ahnaf yang menerpa telinga Yazmin secara tiba-tiba membuatkan gadis itu tersentak seketika.

"Aish, terkejut saya!" Yazmin berpaling lalu memarahi jejaka itu. Ahnaf hanya ketawa geli hati.

Kamera yang berada di tangan, Yazmin tilik dengan tenang. Beberapa gambar bunga dan pohon yang didapatinya ditunjukkan kepada Ahnaf.

"Cantik! Tapi nak buat apa?" Tanya Ahnaf setelah memuji kecantikan gambar yang diambil Yazmin.

"Saja." Yazmin membalas lalu berjalan pergi. Dia kembali menyibukkan diri dengan aktiviti fotografi.

Ahnaf hanya menggeleng perlahan.

"Haih."

•••••

"Do you know that this week is Technology Week?" Soal Aineen setelah melihat Ahnaf bagaikan buntu terhadap apa yang terjadi.

"Minggu teknologi." Sambut Aisyah pula.

Dua minit yang lepas, sebaik sahaja jejaka itu menapak ke dalam kubikel perpustakaan yang terasing, dia menjerit rimas apabila melihat Aineen dan Aisyah sedang bermain tablet bersama.

"Lah yeke? Saya ingatkan apalah jadi hari ni sampai semua orang gilakan gajet." Keluh Ahnaf sambil melepaskan nafas lega. Dia mengusap dadanya yang mula berasa lapang.

"Mana kalian dapat gajet?" Soal Ahnaf lagi lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal. Aneh. Bagaimana dan di mana mereka mendapatkan gajet?

Tablet diletakkan Aisyah ke atas meja. Dia memandang Ahnaf. "Cari Niysa di bilik ketua pelajar. Dia ada di situ." Jawabnya.

Ahnaf mengangguk faham. Dia bangkit lalu memulakan langkah.

•••••

Kreak~

Pintu dibuka perlahan. Kemudian, kepala dijengukkan ke dalam.

"Ya Ahnaf?" Suara Niysa bergema di dalam bilik tersebut.

Ahnaf melangkah masuk sambil melihat sekeliling. "Awakkah penolong ketua pelajar baru?" Soalnya.

"Ish." Ucap Niysa. Dia menggelengkan kepala. "Saya bertugas sahaja. Belum buat perlantikan baru lagi." Sambungnya lagi.

"Baiklah." Balas Ahnaf lalu mengangguk. "Saya nak-"

"Nah."

Ahnaf mengambil komputer riba itu daripada Niysa. "Macam mana awak tahu saya mahu yang ini?" Soalnya terkejut.

Senyuman kecil Niysa ukirkan. "Saya nampak mata awak pandang laptop tu aje." Jawabnya dengan nada ceria.

"Oohh..." Itu sahaja yang mampu diungkapkan Ahnaf.

"Sudah-sudah." Niysa melambaikan tangannya bagaikan menghalau Ahnaf pergi. "Pergi main sana."

"Okey."

"Oh by the way, hari ni hari terakhir bagi minggu teknologi. Saya agak pelik juga sebab awak baru perasan walhal sudah seminggu berlalu. Jadi, tepat pukul 12 malam laptop tu dah kena ada dengan saya." Ulas Niysa tanpa memandang Ahnaf. Masa banyak dihabiskan dengan memandang skrin telefon pintar.

Ternganga besar Ahnaf dibuatnya.

"Lah..."

The End
💻Minggu Teknologi💻

Akademi Dary : One Shot (SS)Where stories live. Discover now