05

4.3K 783 45
                                    

Oxyjeon • jjk

Bunyi desahan nafas kasar seorang lelaki memecah kesunyian malam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bunyi desahan nafas kasar seorang lelaki memecah kesunyian malam. Kelopak mata Min Ji terbuka luas. Nyaris dia jatuh terjelepuk ke atas lantai.

"Aigoo, suara Mr J ke tu? Seram siot aku."luah Min Ji. Gadis itu membetulkan kedudukan selimut tebal yang membaluti badan Min Woo dan Jung Min.

Tombol pintu bilik yang dihuni kedua-dua anak lelaki Mr J dipulas perlahan. Tapak kaki Min Ji bergerak ke arah pintu bilik majikannya itu.

------

"S-sakit. Argh, sakitlah sial."jerkah Mr J. Aku merenung pintu bilik air lelaki itu. Walaupun ianya separuh terbuka, aku perlu berhati-hati.

Tiada jaminan untuk menyelamatkan diri jika ada sebarang bahaya yang menyerang.

Dia duda. Aku gadis yang belum berkahwin. Besar bahaya yang menanti bukan?

Aku mengunci mulut. Perlahan-lahan aku menjengukkan kepala untuk melihat keadaan sebenar yang sedang berlaku.

Satu susuk tubuh lelaki memakai tuala dari paras pinggang sehingga ke lutut sedang meringkuk kesakitan.

Tompokan darah memenuhi lantai bilik air. Serpihan kaca kecil dari cermin yang retak menyebabkan jantung aku berdegup sakan.

"Mr J, okay tak? S-saya bantu , boleh?"ujarku separuh berbisik.

Jaga langkah dan tingkah laku kau, Min Ji. Kau yakin Mr J itu tidak menyimpan sebarang muslihat jahat?

"Aku rindu Min..Min. Aku rindu Min J-"tutur lelaki itu berulang kali. Aku menfokuskan pendengaranku. Dia hampir menyebut nama isterinya.

Aku teramat yakin!

Lengan aku memaut erat bahunya apabila aku sedar tubuh badan Mr J sudah menampakkan tanda ketara bahawa dia akan tumbang di atas lantai tersebut bila-bila masa sahaja.

-tbc-

A/N:

Hehehe dua update ❤

[C] Oxyjeon | jjkWhere stories live. Discover now