23

2.7K 561 179
                                    

Oksijeon • jjk

Oksijeon • jjk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

A/N:

Okey, bermula hari ini sehinggalah sebelum malam raya. Eomma akan buat marathon habiskan oksijeon. Insha Allah komen korang eomma balas slow slow. Hehe maaf lambat 💜

----


Kesakitan menjalar ke seluruh badan. Aku hanya mampu menyeringai sakit tatkala pandanganku jatuh ke arah satu tempat.

"N-nasib aku baik tahu? Mungkin tuhan nak bantu aku agaknya."aku tergelak sayu dalam bicara seorang diri.

Susuk tubuh Jungkook yang sedang terbaring di atas katil itu mencetuskan rasa takut yang masih tersisa di dalam diri.

Mesti korang tertanya-tanya bagaimana aku mampu loloskan diri daripada syaitan ini?

Jawapannya mudah tapi proses untuk melepaskan diri tersebut hampir menyebabkan nyawa aku melayang.

Sewaktu aku sibuk bergelut dengan suamiku di hadapan bilik, kewujudan pasu bunga berdekatan dengan pintu bilik kami berdua mencipta peluang keeemasan.

Aku tak tunggu lama. Demi menyelamatkan diri, pasu bunga bersaiz sederhana kecil itu mendarat juga di atas kepala Jungkook.

Jika dihitung minit dan jam yang berlalu, aku tidak boleh duduk diam. Jungkook akan bangun dan mengganas semula.

Oleh itu, hanya satu jalan penyelesaian yang ada. Imej sahabat baikku yang sudah lama menghilangkan diri daripada kesibukan kota Seoul menjengah fikiran.

Aku gerakkan jari-jemariku yang menggigil takut di atas skrin. Usai menekan butang hijau di skrin, dadaku berdebar sakan.

Bunyi garau suara lelaki itu menyapa ruang pendengaran. Sudut hujung bibirku tersenyum kecil.

"Rindu Namjoon kau ke?"

Aku terdiam sejenak. Memoriku bersama Namjoon sewaktu awal-awal kebangkitan aku di katil hospital segar kembali.

Dia. Dialah lelaki pertama yang muncul sebaik sahaja aku bangun dari koma.

Akhirnya, kita bertemu kembali Kim Namjoon. Bantu aku, aku merayu.

-------

[Dua hari selepas itu]

Namjoon mengusap dagu. Badannya disandarkan di pintu bilik utama yang menempatkan susuk tubuh Jungkook.

Dua hari selepas kepalanya menerima hadiah hentakan pasu bunga tersebut, suami Minji tetap tidak sedarkan diri.

Tidurnya begitu lama sehingga ianya menyebabkan fikiran Namjoon mulai mengesyaki sesuatu.

"Aku rasa better anak-anak kau duduk dekat rumah asuhan dulu. At least, for one or two week. Aku tak percaya mamat syaitan ni."ujar Namjoon.

Keningnya dijengetkan sedikit. Manakala, anak matanya beralih pula kepada Minji.

Dia tahu wanita itu terlalu risau dengan keadaan suami sendiri. Apabila dia sedar gerak tubuh Minji ingin bergerak mendekati Jungkook, lengannya pantas menghalang wanita itu daripada terus mara.

"Kau yakin suami kau betul-betul dah okay? Biar aku panggil dia. Kau tunggu dekat pintu."tegas Namjoon seraya bukaan langkah kakinya berhenti di hadapan katil itu.

--------

"Jeon Jungkook, kau sanggup tengok aku rampas wife kau?"

Namjoon sengaja menuturkan ayat sarkastik tersebut. Niatnya baik. Cuma, dia terpaksa menggunakan cara unik untuk bangkitkan lelaki itu.

"Kau seksa dia. Kau buat dia sakit. Aku nak bawa dia pergi. Tinggalkan kau seorang. Sebab kau...jahat?"provoks Namjoon berbaur sinis.

Bunyi rengusan kasar nafas Jungkook memenuhi ruang bilik yang sunyi sepi itu. Telapak tangannya meramas kuat kain selimut tebal yang membaluti tubuh. Dalam beberapa saat, kelopak matanya tercelik luas.

"T-tak. Tiada sesiapapun yang dapat Minji. Hanya aku!"jerkah Jungkook. Dia ingin menerpa ke arah susuk tubuh kecil isterinya. Namun, bisikan mantera penunduk syaitan oleh Namjoon menyebabkan Jungkook terjelepuk jatuh ke atas lantai.

"Kau sayang Minji. Tapi,  kau seksa dia. Kau langgar janji antara kita berdua. Lupa atau sengaja?"ucap Kim Namjoon lalu dia duduk melutut di hadapan suami wanita itu.

Minji menekup mulutnya. Tangisan yang disimpan lama terburai laju. Basah permukaan pipinya apabila pandangan anak mata Jungkook merayu belas kasihan daripadanya.

"Aku sayang Minji. Aku jatuh cinta dengan dia kerana kerelaan dia menerima aku sebagai Oksijeon. A-aku tak boleh hidup tanpa Minji kesayangan aku.j-jebal. "

Tubuh sasa Jungkook menggigil teruk. Kedua-dua telapak tangannya ditekap kuat di telinga kerana mantera penunduk syaitan itu masih bermain di bibir Namjoon.

"M-minji, tolong aku. Aku tak tahan. Terlalu sakit macam nak gila."

Namjoon lemah dengan tatapan mendung anak mata bundar Jeon Minji. Lantas, bisikan manteranya bertukar arah.

Jemari kasarnya menolak sisi wajah Jungkook agar pandangan mereka bersatu untuk seketika.

Iris mata merah gelap Jungkook memberi jawapan ketara kepada Namjoon. Tiada penawar, kaedah untuk menghapuskan oksijeon hanya akan menjurus kepada kebinasaan.

"Kau akan tunduk lemah selagi Minji tak pandang mata kau. Jangan memberontak, jangan kau hasut dia. Aku tak akan teragak-agak untuk hapuskan kau jika Minji tercedera."

Namjoon menoleh ke belakang. Telapak tangannya dihulurkan kepada Minji.

Kata sepakat sudah dicapai. Dia mampu memanjatkan doa agar Jungkook tidak akan bertindak liar.

"Minji, pegang arahan ni baik-baik. Kau bebas untuk bersama suami kau. Aku hanya minta satu perkara."

Namjoon merenung sekilas warna iris mata merah milik Jungkook.

Air liurnya ditelan perit. Sukar untuk lepaskan Minji kepada syaitan itu.

"Jangan pandang mata dia. Itu je."

Minji terdiam. Perasaan gusar semakin menguasai seluruh pelusuk hatinya.

Mampukah dia untuk berdepan dengan lelaki itu?

-tbc-

A/N:

Oksijeon tamat pada bab yang ke-30.

Stay tuned for more.

Lepas iftar, ada lagi update. ❤

[C] Oxyjeon | jjkWhere stories live. Discover now