24

2.6K 529 140
                                    

Oksijeon • jjk

Oksijeon • jjk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


A/N:

Bab ini sesuai dibaca selepas iftar. Saranan had umur 15 tahun ya. Kekekekeke.

-------

Aku mengelap tubuh Jungkook yang  dipenuhi kesan luka-luka halus dengan tuala kecil. Sejak suamiku terkena mantera penunduk syaitan itu, perangainya makin aneh.

Daya ketahanan tubuh badannya begitu lemah. Kecenderungan lelaki itu untuk mencederakan diri sendiri bertambah teruk saban hari.

Aku tinggal kejap aje. Habis permukaan kulit badannya menjadi mangsa torehan pisau serta goresan kukunya. Ganas tak bertempat. Belum lagi bila mood manja Jungkook tetiba nak menyelit.

'Jangan kau pandang mata dia. Pegang janji aku. Sentiasa beringat, Minji.'

Kata-kata Namjoon mematikan hasrat aku untuk berlembut dengan Jungkook. Aku sapu cecair pencuci luka di tulang bahunya.

Helaan berat nafas lelaki itu membantutkan pergerakanku sebentar.

"Minji tak sayang aku dah. Aku sampah je kan?"

Ha sudah. Dia mula nak buat aku lemah.

Aku hanya mendiamkan diri. Sebelah tanganku mencapai sehelai tuala bersih lalu rambut Jungkook dilap kering perlahan-lahan.

Bunyi suara merdu Jungkook mendendangkan lagu kegemaranku membuatkan segalanya serba tidak kena.

"Aku rindu Minji. Dia tak rindu aku."

Jeon, tolong fahami keadaan kita berdua. Kau licik sangat. Kau memang sedia tahu kelemahan aku.

Suara kau. Suara yang terselit rasa rindu dan berjauh hati itu mengakibatkan hatiku bertambah lara.

"Stop it Jeongguk. Saya benci syaitan macam awak."aku melafazkan kata-kata palsu itu. Pegangan tangan Jungkook mulai longgar dari jemari halusku.

Aku jeling takut-takut susuk tubuh Jungkook. Dia bangun dari pembaringan. Selepas itu, hatiku bagaikan mahu meletup dengan tingkah laku dingin Jungkook.

"Minji benci aku. Lebih baik aku jadi sampah. Tak berguna kan? Iya, itulah aku. Jeon Jungkook."

Aku mengangkat wajah untuk beberapa saat sebelum kepalaku menunduk semula ke arah lantai.

Aku rindu nak tatap anak mata redup suamiku. Tapi, aku harus berpegang teguh kepada janji.

Daun pintu dikuak kasar sehingga aku terdetik untuk mengikuti jejak langkah anak Jeon.

-------

Minji palau dia? Lagi bertambah pedih luka di hati Jungkook. Matanya meliar memerhati sekeliling ruang rumah agam.

Keinginan untuk bertindak ganas terbatas kerana kekuatan tubuhnya seakan dikunci oleh mantera penunduk syaitan itu.

"Dasar Namjoon. Aku tahulah kau crush dan sayang sangat dekat Minji. Apa boleh buat? Minji hak aku yang sah. K-kau sengaja balas dendam dengan mantera jahanam ni."

Lengannya berpaut di atas pemegang anak tangga. Sekelip mata baju yang tersarung di badan direntap kuat dari badan. Panas hati, panas juga seluruh badannya.

Dengan langkah terhuyung-hayang, Jungkook turun dari tangga. Gelak tawa sinis bergema di sekitar ruang tamu.

Isteri sendiri enggan melayan kerenahnya. Ada baiknya Jungkook cari kaedah alternatif lain untuk menghiburkan hatinya.

-------

Aku mengambil gumpalan baju kemeja putih Jungkook dari atas lantai. Mencerlung tajam sepasang mataku memandang keadaan baju kemeja yang sudah koyak-rabak itu.

"Jungkook, saya tiada masa nak hadap perangai manja awak tu!"aku cuba bertegas, nada suara garang dilontarkan begitu lantang.

Aku mengaku aku takut. Tapi, sekurang-kurangnya aku perlu sorok sikap pengecut aku ini.

Lagipun suami aku sendiri. Baik dan buruknya aku kena terima dengan hati yang terbuka.

"Aku memang manja. Kau baru nak sedar ke, Jeon Minji?"perli Jungkook.

Jungkook sekali lagi berkelakuan di luar jangkaan akal fikiran.

Susuk tubuh sasanya duduk bersila di sebelah peti sejuk. Lengan kekarnya, lekuk-lekuk abdomen seksi lelaki itu menghilangkan kesucian mataku.

Aku tak jangka dia nak goda aku tak kira waktu beb.

"Pakai baju ye? Nanti saya sediakan makan tengah hari untuk awak. Dengar cakap saya,  Jungkook."

Jungkook menepis telapak tanganku yang  mendarat di bahunya. Gaya rambutnya bertambah messy bersama pakej wajah comot dengan palitan krim kek berperisa Carrot itu.

Kalau boleh, satu wajah dia nak tenyeh dengan krim icing kek carrot itu.

"T-tak nak pakai baju. Sebab Minji tak sayang Oksijeon."

Bibir bawahnya digigit perlahan. Fokus anak mataku mengikuti pergerakan jari-jemarinya yang sedang merayap di kawasan bibirku.

Apa yang bermain di dalam fikiran kau Jeon Jungkook?

Kau nak tarik aku masuk ke dalam perangkap syaitan itu semula?

-------

A/N:

Maaf kalau bab makin pelik dan bosan.

Hehehe harap korang suka lah😂❤

Nak satu lagi bab?

[C] Oxyjeon | jjkWhere stories live. Discover now