22

3.3K 612 142
                                    

Oksijeon • jjk

Oksijeon • jjk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

A/N:

Ramai silent readers, eomma sedih
:')

--------

Aku menetapkan fokus anak mataku ke hadapan. Lebih baik aku pandang suasana di jalan berbanding wajah bengis Jungkook.

Sekali-sekala aku menjeling sekilas. Suamiku kerap mengurut pelipisnya berulang kali. Bunyi helaan nafasnya memberi isyarat kurang baik kepada aku.

Aku bimbang keadaan Jungkook semakin melarat. Lihatlah kelakuan aneh suamiku sejak kepulangan kami dari tempat berbulan madu.

"Awak okay tak, Jungkook?"aku mengelus lembut telapak tangannya. Tindakan spontan itu menarik perhatian Jungkook. Kepala Jungkook disembamkan di atas permukaan kulit stereng kereta sambil menguatkan tautan jari-jemari kami berdua.

Usai duduk berduaan di dalam kereta selama beberapa minit, pegangan erat tangan Jungkook teurai bebas daripada aku. Pandangan lemah mengisi kolam anak matanya.

"Kau pergilah masuk rumah dulu. Sebentar lagi aku menyusul. Boleh?"katanya mendatar.

Emosi tegang tercalit di wajah kacak Jungkook langsung tidak menyenangkan hatiku. Aku mengangguk faham lalu kakiku bergerak keluar dari perut kereta.

Jungkook perlukan ruang untuk menenangkan diri. Jadi, aku putuskan untuk tinggalkan dia berseorang di situ.

Mataku memandang penuh teruja luar rumah agam tersebut. Wajah comel anak-anak menaikkan perasaan rindu yang bersarang tebal di dalam hati.

-------

"Eomma, kami rindu sangat. Appa bawa eomma larikan diri eh?"soal anak sulung aku.

Kedua-dua anak lelakiku menyerang aku tanpa sebarang amaran. Kedua-dua lenganku didepa luas seraya aku menarik mereka ke dalam pelukan rindu.

Bunyi letusan gelak tawa mencuit hati Min Woo dan Jung Min membuaikan perasaan. Aku duduk melutut di hadapan mereka. Wajah kedua-dua anak lelaki aku begitu mirip wajah Jeon Jungkook.

Akibat terlalu ralit melayan kerenah cilik anak-anak comel ini, aku tidak sedar kewujudan suami sendiri yang sedang menyandarkan badan di tepi kabinet televisyen.

Dia hantar renungan tajam ke arah kami bertiga. Berderau darahku tika figura tubuh sasa Jeon melangkah laju sambil tersenyum jahat.

"Korang rindu eomma je? Appa pun nak peluk juga. Come. "pujuk Jungkook. Aku menolak Min Woo dan Jung Min ke belakang tubuh. Tanganku didepakan luas agar lelaki itu menghentikan niat ingin bergurau kasar.

Gurau kasar dengan aku memang tiada masalah. Aku bimbang nyawa budak-budak tak berdosa ni melayang gara-gara kau tetiba nak memberontak ganas.

"J-jungkook, tolong letak pasu bunga tu dekat tepi kabinet televisyen semula. Saya betul-betul maksudkannya. Please! "

Aku toleh kepala ke arah belakang. Bahu Min Woo, anak lelaki sulungku dipegang kemas. Mataku mengisyaratkan agar dia membawa Jung Min lari naik ke atas.

"Janji dengan eomma. Kunci pintu bilik dan jangan keluar selagi eomma tak datang ketuk.Sekarang lari cepat. Appa korang tak sihat."aku berbisik halus.

Aku hantar pemergian Min Woo dan Jung Min bersama hati yang dijangkiti rasa kecut dan tubuh menggeletar.

"Pandai sayang aku ni. Lambat sikit je aku nak serang dua budak kecik tu. Buat apa nak halang? Sanggup hadap aku sorang-sorang?"

Jungkook membaling pasu bunga tersebuh sehingga ianya jatuh berderai di atas lantai. Dia mengorak langkah ke hadapan. Aku pula melakukan perkara yang bertentangan.

Kakiku berundur ke belakang. Aku perhatikan gerak-geri tubuh lelaki itu. Jungkook melucutkan butang-butang baju kemeja berwarna putih itu dengan nafas yang termengah-mengah.

-------

"Aku tak mampu kawal diri aku. Be extra careful after this especially when you're with me."

Jungkook segera menanggalkan kemeja yang melekat di tubuh badannya. Berbahang lain macam suhu badannya ketika itu.

Nafasnya beransur berat. Bagi meredakan rasa sakit kepala yang berdenyut-denyut serta tubuh yang menggigil kesejukan, Jungkook menepis kasar apa-apa benda yang berada dekat dengannya.

"J-jungkook, awak buat saya takut. Apa yang berlaku sebenarnya ni?"

Anak mata lelaki itu menikam tajam wajah polos Minji. Dia menyalahkan diri tatkala pandangannya bertaut dengan Minji.

Wanita itu menahan sebak. Kelopak matanya terpejam rapat seraya jeritan kuat suaminya bergema di ruang tamu.

"Aku berat hati nak lepaskan kau kepada Oksijeon. Maafkan aku, Jeon Minji."

Dia kesat peluh-peluh yang merenik di dahi Jungkook. Nafas lelaki itu menjadi agresif selang beberapa minit. Minji gelisah memikirkan jalan hidup mereka berdua selepas ini.

"Minji."

Namanya disapa dengan suara Jungkook. Lelaki itu mengalihkan kepalanya dari pangkuan riba Minji.

"Oksijeon.."sahut Minji. Telapak tangannya mengemaskan pegangan pada rahang Jungkook.

"Buka mata awak."

Mengucap panjang wanita itu apabila warna iris mata suami yang disayangi bertukar merah pekat secara keseluruhan. Renungan redup Jungkook mulai lesap. Ianya diganti dengan renungan kosong tanpa emosi.

"Maafkan aku, Jeon Minji."

Jungkook gerakkan jemarinya ke atas leher jinjang milik Minji. Anak mata sayu Minji menjadi saksi kekejaman suaminya.

Kuatnya genggaman jari-jemari Jungkook menyeksa helaan nafasnya. Tangannya tergapai-gapai mencari jalan keluar. Jungkook tidak mengendahkan linangan air mata meminta belah ihsan kepadanya.

"Belum habis lagi. Kita sambung dekat tempat lain."tegas Jungkook sambil mengheret tubuh lemah Minji.

Hidungnya dibenamkan rapat ke atas leher wanita itu. Bau darah segar memancing minat syaitan sepertinya.

"Malam masih muda, sayangku. Biar oksijeon lepaskan rindu dahulu. I totally miss your delicious blood."

-tbc-

A/N:

Daddy Namjoon muncul dalam bab selepas ini.

Cerr teka, watak Namjoon sebagai apa?;)

Saya harap cerita ni tak bosan sebab saya kurang mahir nak taip cerita genre fantasi ni.

Ah, doakan saya tak unpub. 😭💜

[C] Oxyjeon | jjkWhere stories live. Discover now