06

4.2K 806 38
                                    

Oxyjeon • Jeon jk

Dia begitu sempurna di pandangan mata

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia begitu sempurna di pandangan mata. Jujur, hatiku terus terpaut untuk merenung setiap inci wajah kacak itu. Jika aku membuat andaian melulu, tentu sudah aku menyangka Mr J bukannya seorang duda.

"Awak okay tak, Mr J?"

Telapak tangannya siap dibalut kemas. Tubuh duda itu bersandar lemah di penjuru katil. Mujur kudratku dapat dikerah sebaik mungkin.

Selepas berhempas-pulas mengheret tubuh sasanya ke penjuru katil, mulut dia terkunci rapat.

Isi hatiku dicuit perasaan gelisah dan gementar yang terlalu hebat. Amaran Mr J masih tercoret jelas di dalam ingatan.

Dia ada pesan jangan langgar amaran. Tapi, sekarang ni macam mana?

Aku mendaratkan telapak tangan di dahi Mr J. Haba panas meresap pantas sehingga keluhan berat meniti di bibirku sendiri.

Kerja teruk sangat ke sampai demam panas ni?

"Aku okay. Kau dah puas tenung muka aku sampai nak tembus? Anak-anak aku dah tidur ke belum..hurm?"soal Mr atau nama sebenarnya Jungkook itu dalam nada perlahan.

Aku segera tundukkan kepala ke bawah. Lelaki misteri ini jangan dibuat main! Lebih baik aku patuh sahaja amaran yang dia tetapkan.

"S-saya risau keadaan tuan makin teruk. Badan pun dah panas. Tak nak makan ubat ke? Saya boleh tolong ambilkan sekarang."penjelasan berjela-jela ini tidak dibalas oleh Jungkook.

Aku menggigit bibir bawah agar perasaan cemas berjaya disingkirkan kerana kulitku sudah menjadi mangsa daratan tangan mahalnya.

Ibu jari kasar lelaki itu mengelus lembut permukaan pipiku.

"Terima kasih my Minji."

Panggilan 'my" Minji tersebut menarik aku jatuh ke dalam lembah angan-angan.

Walaupun anak mata aku dan dia tidak bertemu, aku yakin degupan jantungku menjadi musik latar suasana sunyi di dalam bilik duda itu.

Gila kau ,Minji. Begitu senang kau masuk ke dalam jerat lelaki ini?

-tbc-

A/N:

Ada yang sedang tunggu update cerita ini?

Maaf kerana lama menyepi. 💮

[C] Oxyjeon | jjkWhere stories live. Discover now