15

4K 733 43
                                    

A/N:

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

A/N:

Oksijeon kembali bersiaran semula.

--------------

Jungkook muncul sepantas kilat di hadapan susuk tubuh isterinya. Minji masih buntu untuk berdepan dengan gelagat seram suaminya.

Angan-angan untuk melayari kenangan semanis madu sempena honeymoon musnah berkecai. Minji cuma boleh berdiri kaku. Dia langsung tidak berganjak dari kedudukannya.

Wajah Jungkook direnungnya bersama perasaan gerun. Selangkah tapaknya mula berundur ke belakang, Jungkook semakin galak ingin mara ke hadapan.

"Minji tak sayang aku? Tak sayang suami sendiri ke? Come closer and let me hug you."provok Jungkook apabila Minji enggan bekerjasama dengannya.

Bosanlah jika lawan bermain berkelakuan seperti robot yang mencicit ketakutan.

Oksijeon inginkan secebis kasih daripada Minji. Dia sedar wanita yang sedang berdiri di hadapannya itu adalah isteri sendiri.

Diri sebenar memaksa Jungkook berperangai ganas. Mirip seperti seekor syaitan yang terlepas daripada kandang.

"Saya nak Jungkook. Bukan syaitan. Not the devil oksijeon!"laju mulut Minji membantah kehendak yang bersarang di hati lelaki durjana itu.

"Minji tak sayang aku. Aku sedar syaitan sekeji aku tak mampu gapai kasih sayang kau yang tulus sampai bila-bila pun."keluh Jungkook seraya menggenggam kuat bilah pisau tajam itu sehingga kulit tangannya terluka.

Raut wajahnya mendung. Tubir mata kanannya mengalir air mata. Walaupun Jungkook sedih, dia tetap menghamburkan gelakan berbaur gembira.

-----

"Aku nak Minji aku. Aku nak dia. Minji yang sekarang terlalu berbeza. Oksijeon bencikannya. He wants the old Minji back!"

Suara Jungkook memecahkan kesunyian di ruang tamu tersebut. Aku memeluk tubuhnya dari arah hadapan.

Biarpun tubuhnya bergelut hebat, aku tetap berdegil inginkan perhatiannya.

Dia berkasar, dia bertindak ganas dan dia menjadi api.

Aku pula haruslah menjadi air yang dapat meredakan syaitan itu.

Sekeji tahap maksimum sekalipun, syaitan ini kekal terpahat statusnya sebagai suamiku. Aku menyembamkan muka di dada bidangnya.

Telapak tanganku gigih mengusap permukaan dadanya yang berombak kencang.

"Berhenti cederakan diri. Saya janji. Minji kesayangan Oksijeon akan kembali semula nanti. Ssh, tolong jadi suami yang baik? I love you."

Jungkook berdehem suka. Aku dapat rasakan bau darah yang mengalir keluar singgah ke deria bauku.

Pergelangan tangan Jungkook aku raih lembut. Aku kucup bibirnya lama agar Jungkook kekal baik.

"Aku sayang Minji aku. Too much."

Ucapan romantis Oksijeon menenangkan jiwaku sebentar. Aku menggenggam kuat pergelangan tangannya. Hembusan nafas Jungkook berubah stabil memberi satu gambaran yang bagus.

Syaitan sudah berjaya dijinakkan.

"Awak nak saya buat apa?"pintaku supaya emosi suami terjaga rapi.

Jungkook mendaratkan kepalanya di bahu kananku. Bibirnya membunyikan bait-bait lagu berentak perlahan. Namun, kedengaran cukup romantis.

"Aku berjanji akan beri kau honeymoon terbaik dalam tempoh masa terhad ini. I love you too, Jeon Minji."

Aku tersenyum manis. Luahan perasaan Jungkook mencipta satu limpahan perasaan bahagia yang membuak-buak dalam diri ini.

Tanpaku sedar, syaitan tidak sama sifatnya seperti manusia. Dia ada muslihat tersembunyi di sebalik kata-kata manisnya.

Jeon Jungkook, kau masih jahat. Jangan kau tutup kekejaman kau.

Permainan baru hendak memanaskan enjin.

-tbc-

A/N:

Oksijeon rileks kejap. Bab selepas ini, dia menggila semula.

Ready?

[C] Oxyjeon | jjkWhere stories live. Discover now