BAB 1

51.5K 1.1K 29
                                    

Aku menangis sepuas-puasnya di dalam bilik mengenang nasib buruk yang berlaku dalam hidupku hari ni.

Kenapa dia sanggup buat aku macam ni? Kalau dia sudah tidak sayangkan aku kenapa dia tidak ungkapkan diawal perkenalan kami?

"Tia? Along masuk ya?"

Aku membiarkan along membuka pintu bilikku.

"Tia janganlah macam ni"

"Tia kecewa along"

"Along faham but please jangan menangis sampai macam ni sekali"

"Kenapa dia buat Tia macam ni?"

"Dia tak sesuai untuk Tia"

"Tapi Tia sayangkan dia"

"Buat apa sayangkan lelaki yang hanya nak mainkan perasaan kita?"

Aku terdiam.

Along membawa aku ke dalam pelukannya.

"Sudahlah Tia, nanti Tia sakit kalau macam ni. Arwah ibu tak nak anak dia menangis lagi, Tia kena kuat"

Aku hanya mengangguk. Aku hanya ada along dan abah dalam hidupku sekarang, arwah ibu sudah dua tahun meninggalkan kami menghadap ilahi akibat penyakit kanser hati.

"Tia banyakkan berdoa supaya Allah kuatkan hati Tia ni dan lupakan lelaki itu"

"Tia tak nak menangis sebab lelaki tak guna tu", tekadku.

Along mengangguk memberikan sokongan kepadaku.

"Tia jangan sedih lagi anggap aje ini semua ada hikmah. Tia tidur okay rehatkan fikiran tu"

Aku mengangguk.

"Along keluar dulu"

"Thank you long"

Along memberikan senyuman sambil mengusap bahuku lalu keluar dari bilik.

Aku menghembus nafas berat lalu masuk ke dalam bilik air membasuh muka yang sembab.

Hari ni hari yang malang buatku di mana baru dua minggu aku bertunang dengan kekasih hatiku yang ku kenal sudah setahun tapi keluarganya datang untuk memutuskan pertunangan kami.

Abah juga terkejut tapi bertolak ansur dengan mengikuti saja keputusan mereka.

Cincin tunang dijariku abah minta untuk dikembalikan walaupun mereka tidak memintanya dan anggap saja itu hadiah untukku tapi aku bekeras supaya abah pulangkan saja cincin itu.

Aku menelefon Mohd Taufiq bekas kekasih dan bekas tunangku itu untuk meminta jawapannya tapi dia sudah menukar nombor telefon.

Lelaki pengecut!

Aku sangat kecewa dengan sikap Taufiq yang aku sangka serius dengan hubungan kami.

Aku memanjatkan doa supaya Allah tenangkan hatiku dan sebaiknya fikiranku dapat melupakan Taufiq.

Aku tidak mahu mengingati sikit pun tentang lelaki itu.

*****

Dua bulan kemudian.

Hari ni majlis konvokesyen diadakan sempena meraikan tamat belajar pelajar batchku. Aku yang siap memakai jubah dan topi konvokesyen menunggu abah dan along diluar dewan.

"Apasal lambat?"

"Tadi jammed", jawab along.

"Jom masuk, tak lama nak mula"

Aku habis belajar ijazah sarjana muda atau degree dalam bidang Perakaunan.

Lepas saja terima segulung ijazah dan majlis tamat kami bertiga menangkap gambar diluar bangunan universiti.

Along dan abah memberikan aku sejambak bunga dan teddy bear.

Selepas itu kami makan tengah hari di hotel tanda hadiah abah kerana aku berjaya tamatkan pengajian.

"Hari ni makan apa je, abah belanja"

"Betul ni? Mahal kot kat sini"

"Its okay, kali ni abah nak belanja habis untuk Tia"

"Along pula?", sampuk along yang memeluk tubuh.

"Along pun nak makan apa abah belanja"

"Okay jom kita masuk", along memaut lengan kami.

Keluarga kami keluarga yang datang dari kehidupan yang biasa saja.

Abah ada perniagaannya sendiri iaitu membekalkan barangan binaan kepada kontraktor projek.

Along pula, Nur Tania bekerja di mahkamah syariah sebagai peguam cara yang berusia 26 tahun.

Aku pula tidak tahu akan bekerja sebagai apa nanti.

🌼🌼🌼
For the First chapter sorry uols, pendek aje. Apa pun baca chapter seterusnya tau

I LOVE YOU ADAM'S DADDY✔Where stories live. Discover now