BAB 17

22.2K 713 5
                                    

"Assalammualaikum Tia?"

"Waalaikumsalam awak"

"Awak buat apa tu?"

"Baru nak tidur, kenapa?"

"Saya nak bincang tarikh pertunangan kita"

"Okay"

"Tapi saya tak nak bincang dalam phone, kita jumpa boleh?"

"Tapi saya kerja"

"Hujung minggu ni"

"Kalau hujung minggu ni boleh, saya takda aktiviti pun"

"Kalau macam tu kita jumpa hujung minggu ni lah"

"Alright, bawa Adam sekali"

"Dia pun nak sangat saya bawa dia jumpa awak"

"Dah lama dia tak jumpa saya"

"Insyallah hujung minggu ni. Awak tidurlah, assalammualaikum"

"Waalaikumsalam"

*****

Seperti yang dirancang hari ni aku berjumpa dengan Mikail dan Adam.

Along pula baik hati hari ni pinjamkan aku keretanya. Mikail boleh saja jemput aku cuma kali ni aku tolak, segan pula.

Kami berjumpa di McDonald sebab Adam yang teringin nak makan.

"Mummy!"

"Adam apa khabar?"

"Sihat, mummy kenapa tak balik rumah kita?"

"Saya tak boleh balik rumah Adam"

"Kenapa?"

"Sebab sibuk kerja"

"Owh, Adam laparlah"

Aku memandang Mikail yang masih duduk di hadapanku.

"Anak awak dah lapar ni encik Mikail, ke nak saya tolong pergi orderkan?", usikku.

"Saya rasa awak kena bahasakan diri awak mummy kat Adam lagipun tak lama lagi awak akan jadi mummy dia juga"

"Okay saya cuba"

"Daddy pergilah ambik makanan", kata Adam yang lama menunggu.

"Sabar sayang"

Mikail bangkit lalu menuju ke kaunter untuk memesan makanan.

"Tak apa ke awak makan fast food?"

"Its okay saya suka McD juga"

"Saya risau awak diet ke apa"

"Takdalah"

"Great, boleh jadi geng Adam"

Aku hanya senyum.

"Mummy nak french fries"

"Nah"

"Awak dah fikir tarikh sesuai untuk kita bertunang?"

"Kalau boleh public holiday sebab sayakan kerja"

"Okay, macam mana kalau kita ambil tarikh sempena hari merdeka?"

"31 ogos, lebih kurang dua minggu lagi. Boleh"

"Kalau macam tu tarikh pertunangan kita 31 ogos"

"Okay boleh tema jalur gemilang"

"Awak nak ke?"

"Hish takdalah gurau je"

"Saya okay je, Adam pun okay"

"Taknaklah saya nanti viral pulak"

Mikail ketawa kecil.

"Mummy?"

"Yes?"

"Lepas ni kita jalan-jalan nak tak?"

"Jalan pergi mana?"

"Zoo. Adam dah lama tak pergi"

"Boleh, tanyalah daddy dulu"

"Daddy boleh tak bawa Adam dan mummy pergi zoo?"

"Boleh sayang tapi kita makan dulu"

"Okay"

Kami bertiga pergi ke Zoo Negara.

"Mummy jom selfie dengan unta tu"

"Takutlah"

"Dia tak makan awak", kata Mikail.

"Tengok leher dia tu keluar pagar dah"

"Dia tak gigit pun, jom ambik gambar"

Kami bertiga selfie bersama unta yang begitu tinggi di atas kepala kami.

Kami melihat spesis haiwan yang ada di situ, hampir semua haiwan ada di Zio Negara.

Selepas dari Zoo Negara kami ke taman tema, funfair.

"Adam nak main apa?"

"Nak naik roller coaster tu"

"Adam dengan daddy je okay?", kataku.

"Mummy kenapa tak nak ikut?"

"Mummy takut nak naik"

"Dulu mummy suka je pun"

"Awak pergilah bawa Adam, saya tunggu sini. Saya trauma naik benda alah tu", kataku kepada Mikail.

"Its okay awak tunggu sini"

Kami juga mencuba permainan lain kecuali permainan yang ada di atas memang aku takkan naik sebab aku gayat dan trauma.

Setelah penat bermain, Adam mengajak kami duduk di sebuah bangku yang disediakan dalam taman tema itu.

"Daddy, Adam nak ais krim tu"

"Okay daddy pergi beli, awak nak?"

"Tak apa"

"Okay"

Mikail datang membawa ais krim untuk Adam dan dua minuman kotak untuk kami berdua.

"Mummy nak?"

"Takpa Adam makan okay, comot dah mulut tu"

Tisu dalam beg aku capai lalu mulut Adam yang comot dengan ais krim itu aku lap.

"Kenapa mummy dah tak suka makan ais krim? Dulu apa Adam makan mummy akan makan juga"

"Mummy hari ni diet ais krim so lain kali kita makan sama-sama okay?"

"Owh macam tu"

"Tak pernah saya dengar orang diet ais krim", sampuk Mikail.
.
"Shh... janganlah cakap kat depan Adam, saya allergic coklat", aku perlahankan suara.

"Betul ke?"

Aku mengangguk.

"Mesti arwah mak dia makan ais krim kan? Sebab tu dia hairan saya tak makan ais krim"

Mikail hanya mengangguk.

Sebelum isyak kami tamatkan aktiviti hujung minggu.

"Awak hati-hati drive", pesan Mikail sebelum aku masuk ke dalam kereta along.

"Insyallah. Awak baliklah, Adam dah tidur tu"

"Saya balik dulu"

"Assalammualaikum"

"Waalaikumsalam Tia"

🌼🌼🌼🌼
Apa khabar smua? Thank u baca crita saya

I LOVE YOU ADAM'S DADDY✔Where stories live. Discover now