BAB 18

22.2K 701 9
                                    

Majlis pertunangan akan berlangsung sebentar saja lagi.

Kami pun sudah siap melakukan persiapan.

Di ruang tamu ada pelamin mini untuk aku dan di halaman rumah ada khemah dan kerusi untuk memudahkan para tetamu menjamu selera.

Hidangan kali ni ditempah dengan katering.

Abah hanya menjemput jiran tetangga yang terdekat dan juga saudara mara abah.

Saudara mara sebelah arwah ibu tiada sebab ibu anak yatim piatu yang membesar di rumah kebajikan.

Mikail dan keluarga sudah sampai sebelum upacara menyarungkan cincin, kedua belah pihak saling berkenalan dan membuka bicara.

"Tia jom majlis sarung cincin dah mula"

"Tia takut along"

"Janganlah takut, tak ramai pun orang"

Along memimpin aku turun lalu aku duduk di pelaminan mini. Mikail dan Adam tiada di situ mungkin mereka di luar.

Wakil Mikail yang menyarungkan cincin ialah kakaknya memandangkan mak mereka sudah meninggal dunia.

Sesi bergambar turut diambil untuk seisi keluarga dan gambar aku berdua dengan Mikail turut diambil tidak lupa juga Adam.

"Terima kasih Tia"

"Untuk?"

"Tak lari hari ni"

"Awak ingat saya budak-budak ke?"

"Manalah tahu awak nak batalkan"

"Kalau saya nak batalkan bukan hari ni tapi dari dulu lagi"

"Jom makan?"

"Awak pergilah makan dulu, bawa Adam sekali. Saya nak kenal dengan family awak"

"Okay, jom Adam"

"Mummy cantik sangat hari ni", puji Adam.

"Yeke? Thank you. Adam pergi makan ya"

Mikail pun sama dengan aku, tidak ramai saudara mara.

Mikail ada kakak, abang ipar dan seorang ayah. Ayahnya ada darah kacukan arab patutlah Mikail dan kakaknya, Maisarah wajah mereka ada sedikit iras seperti orang Arab.

Saudara mara pun tak ramai sangat, mak cik dan pakcik sebelah ayah dan arwah ibunya pun tak ramai.

"Tia"

"Ya kak Mai?"

"Terima kasih sebab terima Mikail"

Aku mengangguk sambil memberikan senyuman.

"Kak Mai tahu Mikail banyak kekurangannya dan berstatus duda memang tak layak dengan wanita semuda dan secantik Tia"

"Tia tak pandang kekurangan Mikail kak, insyallah Tia terima dia sepenuh hati"

"Kak Mai doakan semoga korang sampai ke jinjang pelamin"

"Terima kasih kak Mai"

*****

"Tia"

Aku menghela nafas keluhan.

"Awak buat apa lagi nak jumpa saya Taufiq?"

"Fiq rindukan Tia"

"Berhentilah kacau hidup saya"

"Fiq tak boleh Tia"

"Pernah tak awak berusaha? Berdoa dengan Allah?"

"Fiq cintakan Tia sangat"

"Saya dah tak cintakan awak"

"Sebab awak ada lelaki lain kan?"

"Takda kena mengena pun dengan awak"

"Tak suka kan Fiq sebab dapat lelaki lebih kayakan?"

"Sudahlah Taufiq jangan masuk campur hal saya"

"Kalau Fiq tak dapat Tia lelaki tu pun sama"

"Jangan jadi gila"

"Apa hal ni?", Mikail datang. Hari ni kami berjumpa dan tadi aku tunggu dia bayar bil makan.

"Awak"

"Kau ni kenapa selalu ada dengan Tia?", soal Taufiq.

"Aku yang mesti tanya soalan tu sebab dia bakal isteri aku"

"Perasan! Siapa bakal isteri kau?"

"Kita sebagai lelaki kalau perempuan dah reject janganlah terhegeh-hegeh"

"Hey! kau jangan nak ajar aku"

"Aku minta dengan kau jangan kacau Tia, jangan kacau hidup kami"

"Aku akan dapatkan Tia balik walaupun kau jadi penghalangnya"

"Taufiq janganlah degil. Move on", kataku.

"No Tia because I love you"

"Saya dah tak cintakan awak. Berapa kali saya kena ulang?"

"Awak tipu Tia, mustahil awak boleh lupakan saya"

"Kenapa mustahil? Apa yang awak dah buat kat saya cukup mudah untuk saya lupakan awak"

"Jom Tia", kata Mikail.

"No, Tia hak aku"

Taufiq pantas menarik aku.

"Apa ni Taufiq lepaslah", Taufiq menarik tanganku.

"Kau lepaskan dia sekarang", kata Mikail.

"Dia hak aku"

"Kau siapa cakap macam tu? Dia bakal isteri aku so aku yang lebih berhak berbanding kau"

"Aku takkan lepaskan dia"

"Kau memang kurang ajar"

Tangan Mikail pantas melayangkan penumbuknya ke pipi Taufiq menyebabkan tanganku terlepas dari genggamannya.

"Kau jangan sesekali bermain dengan aku", kata Mikail lalu membawa aku masuk ke dalam keretanya.

Sepanjang dalam perjalanan menghantar aku balik, kami hanya diam.

"Tia are you okay?"

"Saya okay cuma saya dah tak tahan layan Taufiq semakin hari makin menjadi-jadi perangainya"

"Selagi dia tak apa-apakan awak kita biarkan aje kalau tak saya buat report polis"

"Kalau boleh saya tak nak panjangkan hal ni sampai report polis tapi Taufiq semakin menggila"

"Kita biarkan dia dulu kecuali dia mula bertindak sampai cederakan awak"

Aku hanya mengangguk.

"Saya rasa elok kita percepatkan perkahwinan kita"

"Tapi kenapa?"

"Supaya saya boleh lebih melindungi awak, kalau kita dah kahwin saya boleh sentiasa temankan awak keluar"

"Jangan risaulah, Taufiq takkan berani buat apa-apa"

"Awak dah lupa ke berapa kali dia cuba tarik tangan awak, kasar dengan awak"

Aku hanya diam.

"Kalau boleh saya nak kita kahwin cepat"

"Apa plan awak?"

"Saya nak kita kahwin dalam masa terdekat ni"

"Tak awal sangat ke?"

"Tia awak kena ingat, Taufiq tu bila-bila masa dia muncul depan awak. Saya tak nak dia kacau awak lagi"

"Baiklah, saya bincang dulu dengan abah saya"

"Okay, plan saya dua bulan lagi kita  kahwin"

Aku hanya menurut.

Plan aku pula tak nak kahwin awal sangat. Setahun bertunang baru kahwin tapi sekarang ni disebabkan Taufiq aku kena get ready jadi isteri Mikail.

🌼🌼🌼
Sorry uols sbb idea kering sgt dah ni. Tak pasal2 Taufiq yg sya muncul kan hehe

I LOVE YOU ADAM'S DADDY✔Where stories live. Discover now