BAB 9

23.5K 829 5
                                    

Aku yang bersiap untuk keluar rehat makan tengah hari dikejutkan dengan kedatangan lelaki itu.

"Saya nak minta tolong awak sekarang"

"Minta tolong apa encik? Tolonglah jangan cari saya"

"Kali ni saya minta tolong sangat dengan awak pasal Adam"

"Kenapa dengan dia?"

Aku panik.

"Dia jatuh tangga dan sekarang kat wad"

"Teruk ke?"

"Taklah teruk sangat tapi dia tak nak makan dan minum ubat sebab dia nak awak"

"Tapi encik sekarang waktu saya kerja"

Aku masih ingat lagi yang sekarang waktu aku bekerja, bukan bos so perlu ikut peraturan bank ni.

"Tolonglah saya demi Adam, tak lama pun"

"Baiklah"

Aku terpaksa korbankan waktu lunch aku demi anak diam. Its okay demi budak kecil yang masih mentah itu.

"Ikut kereta saya je sebelum waktu awak masuk kerja saya hantar awak balik ke sini"

"Its okay saya naik teksi je"

"Takpa saya yang minta tolong awak so biar saya yang bawa awak. Jom"

Aku hanya menurut.

Sampai saja di wad yang tempat Adam ditahan, Adam terus memanggil aku dengan riangnya.

Aku duduk dibirai katil dan dia memeluk aku. Dahinya ada sedikit luka dan kakinya terseliuh.

"Adam dah makan?", soalku.

"Belum, Adam tunggu mummy suapkan"

Lelaki itu menghulurkan semangkuk bubur nasi ayam.

"Tolong suapkan dia. Dia taknak makan kalau saya yang suapkan"

Aku menyambut hulurannya.

"Adam makan ya" , pujukku.

"Okay Adam makan kalau mummy yang suapkan"

Sudu disuahkan ke mulut Adam setelah bubur itu suam.

Selepas memberi Adam minum ubat dia terlena mungkin kenyang sudah dapat makan.

"Berapa hari dia kena tahan?"

"Dua hari lagi"

Aku mengangguk.

"Adam dah tidur, saya baliklah dulu"

"Biar saya hantar"

"Takpa, encik temankanlah Adam. Saya boleh naik teksi"

"Terima kasih"

"Sama-sama"

"Saya risau lepas ni Adam merengek lagi tak nak makan. Dia kena minum ubat untuk cepat sembuh"

"Kalau dia merengek nak saya ada, encik boleh datang ke tempat kerja saya. Insyallah saya akan jumpa Adam"

"Betul ke ni?"

Aku mengangguk.

"Saya kesian kat Adam, dia masih kecil lagi"

"Baiklah"

*****

Selama Adam kena tahan di wad, lelaki itu selalu datang ambil aku masa rehat tengah hari. Adam yang masih berdegil tidak mahu makan dan minum ubat kalau bukan aku yang suapkan dia.

Hari ni dia sudah boleh keluar dari wad.

Aku tidak boleh jumpa dia hari ni sebab hari ni hujung minggu aku temankan along ke pasar.

"Along nak beli ikan apa?"

"Kita ke sana dulu, tengok ikan apa yang ada"

"Nak along masak stim"

"Kalau macam tu beli ikan siakaplah dan ikan merah nak masak asam pedas nanti"

"Okay"

Kami ke bahagian ayam pula.

"Along ada udang. Sedap ni buat sambal"

"Nak ke?"

"Of course lah nak"

Aku ketawa kecil.

"Semua dia nak"

Sayur juga dibeli sementara kat pasar ni, sayur-sayuran juga murah dan masih segar pagi-pagi macam ni. Sekitar jam 10 kami sudah selesai beli barang basah dan keluar dari kawasan pasar.

"Along tak singgah kat mana-mana ke?"

"Terus je lah balik, abah sorang-sorang kat rumah tu"

"Okay"

Aku yang memandu kereta along, ikut saja arahan along yang duduk disebelah mengunyah kuaci.

Hari ni dia malas hendak memandu kereta sebab hari-hari pergi kerja dia yang memandu. Tidak macam aku, tumpang kereta abah tak pun naik teksi.

"Taufiq ada masih jumpa Tia?"

"Takda dah, mungkin dah move on"

"Bapa budak tu?"

"Adalah juga sebab minta tolong dengan Tia, anak dia kena tahan kat wad hari tu lepas tu tak nak minum ubat kalau bukan Tia yang bagi"

"Kesiannya budak tu"

"Tia pun kesian, tu aje yang Tia boleh buat"

Hmmm...

🌼🌼🌼
Sorry kalau anda rasa bosan dgn cerita ni heheh

I LOVE YOU ADAM'S DADDY✔Where stories live. Discover now