BAB 26

21.5K 655 8
                                    

"Apa yang duda tu boleh bagi kat awak?"

"Dia suami saya, jaga sikit mulut awak tu"

Taufiq. Lagi-lagi Taufiq. Aku sudah tak tahu nak buat apa dengan dia supaya berhenti kacau aku.

"Tia apa yang dia ada sampaikan Fiq ni Tia tak terima?"

"Dia jujur Taufiq dan jika dia bukan suami saya sekalipun, saya tetap takkan balik kat awak"

"Tapi Fiq kan dah minta maaf"

"Saya maafkan tapi untuk kembali semula dengan awak memang saya tak boleh lagipun saya dah kahwin"

"Tia kenapa awak kahwin?"

"Taufiq awak ni gila ke? Dia jodoh saya"

"Sepatutnya saya yang jadi suami awak"

"Taufiq ingat Allah, Allah dah aturkan kehidupan saya"

"Fiq cintakan Tia, Fiq tak boleh tanpa Tia"

"Baliklah Taufiq, saya minta sangat dengan awak jangan ganggu saya"

Mikail cepatlah sampai.

Aku menunggu dia ambil aku balik kerja.

Kereta Mikail berhenti di hadapanku.
Aku pantas melangkah.

"Tia", Taufiq menarik lenganku.

"Dont touch me"

Aku merentap kuat sehingga genggamannya terlepas lalu aku cepat masuk ke dalam kereta.

Mikail keluar dari kereta.

"Abang, takpa kita balik ya"

Kalau aku biarkan Mikail jumpa Taufiq mesti ada pergaduhan nanti. Setelah Mikail masuk semula dalam kereta, aku mengambil tempat duduk di sebelah Mikail.

Aku hanya diam bila Mikail yang memandu ke rumah itu sudah membisu sampailah kami sampai.
Selepas makan, aku bawa Adam masuk kebiliknya.

"Adam tidur ya"

"Daddy mana mummy?"

"Daddy banyak kerja, mummy
Adam okay?"

"Okay"

Aku hanya tersenyum.

"Abang okay?"

Aku mengambil tempat baring di sisi Mikail.

"Abang marahkan saya ke? Dari tadi diam aje"

"Abang tak marahkan Tia cuma abang bengang dengan Taufiq"

"Saya pun tak tahu nak buat apa kat dia sampai dia berhenti"

"Abang akan pastikan Taufiq takkan ganggu Tia lagi"

Aku hanya memberikan senyuman, bertuah dapat suami macam Mikail.

*****

"Abang nak pergi mana?"

Aku melihat Mikail yang sedang bersiap2 di hadapan cermin.

"Abang nak keluar sekejap"

"Bawa Adam sekali ke?"

"Tak, abang ada hal sikit"
"Owh, okay"

"Kalau Tia nak bawa Adam keluar, pergi je okay. Abang izinkan"

"Okay abang, nanti saya bagitahu kalau saya nak bawa Adam keluar"

"Abang pergi dulu"

Tangan encik suami disalam.

"Hati-hati"

Aku memandang Mikail keluar dari bilik. Aku mencari Adam pula.

"Kak Mai ada nampak Adam?"

"Adam? Tadi kak mai nampak dia kat atas", jawab kak mai sambil mendukung anaknya. Aku sempat mencubit pipi gebu Aqil sebelum naik semula mencari Adam didalam biliknya.

"Adam?"

"Adam kat sini mummy"

Aku mendekati Adam

"Adam nak keluar tak jalan2?"

"Nak! Adam nak beli lego yang baru"

"Okay jom"

"Daddy mana?"

"Daddy ada kerja"

Aku bawa Adam keluar dengan menaiki kereta Mikail. Mikail izinkan aku pakai keretanya sejak kereta itu sudah siap dibaiki kelmarin.

"Okay kita pergi beli lego Adam dululah"

"Yeayy! Lepas tu Adam nak makan ais krim"

"No no no, minggu ni tak boleh makan ais krim"

"Ops! Adam lupalah mummy. Kalau macam tu Adam nak makan hmmmm..."

Aku mengerling ke arah Adam yang sudah buat muka berfikir. Aku hanya tersenyum sambil fokus memandu.

"Adam nak makan pop corn boleh?"

"Boleh sayang"

"Nak tak makan pop corn sambil kita tengok wayang"

"Nak2! Adam nak tengok kartun"

"Boleh, nanti kita pergi ya"

"Okay mummy! Sayang mummy muah!"

"Sayang Adam juga"

Aku dan Adam masuk panggung wayang. Aku memegang dua gelas minuman dan Adam pula memeluk bakul pop corn saiz sederhana. Hari ni aku nak layan dia puas2.

"Macam mana? Best tak?"

"Best sangat mummy"

Aku memegang tangannya keluar dari panggung wayang.

"Mummy happy sangat kalau Adam seronok"

Adam mengangguk.

"Lepas ni nak ke mana mummy?"

"Lepas ni kita..."

Aku yang berfikir sambil memandang kedai2 lain terkaku, terlihat seseorang yang aku kenal. Mikail? Dia bersama seorang perempuan. Dia kata ada hal tapi hal apa dia buat kat mall ni?

Siapa pulak perempuan tu? Ehh perempuan tu pegang lengan Mikail? What is this? Apa semua yang aku nampak ni.

"Mummy?"

"Kejap ya sayang"

Aku mengambil gambar mereka, senang sikit nak tanya Mikail sebab ada bukti.

"Kenapa mummy?"

"Takda apalah, kita balik ya. Mummy rasa tak sihat"

"Kalau mummy tak sihat kita balik je lah, Adam pun dah dapat makan pop corn dan tengok wayang"

"Jom"

Aku membawa Adam balik dengan persoalan tentang Mikail.

🌼🌼🌼
Okay gais konflik dah nak start utk Tia dan Mikail😱😅

I LOVE YOU ADAM'S DADDY✔Där berättelser lever. Upptäck nu