BAB 36

20.8K 565 5
                                    

"Saya selaku isteri mangsa bersumpah akan bercakap benar"

"Boleh puan ceritakan hal yang sebenar", tanya seorang peguam yang aku upah untuk membela nasib suamiku. Hari ni hari perbicaraan yang terakhir untuk mahkamah membuat keputusan.

"Sebulan yang lalu, ketika saya dan suami saya pergi ke klinik sebab saya hendak membuat pemeriksaan kandungan. Pada masa itu, suami saya kena kembali semula ke kereta sebab dia tertinggal wallet saya pula menunggu di hadapan klinik. Saya yakin dan nampak suami saya melihat kiri dan kanan sebelum melintas tapi tiba-tiba ada sebuah kereta laju melanggar dia"

"Puan ada bukti?", tanya peguam yang membela pesalah.

Aku memandang peguamku, Puan Sarah.

"Yang Arif di dalam ini ada rakaman CCTV yang saya perolehi hasil rakaman CCTV yang terletak di kawasan kejadian dan ini keterangan beberapa orang saksi yang turut berada di kawasan tersebut"

Bukti dalam dokumen diserahkan.

"Boleh puan teruskan?"

Aku mengangguk.

"Saya bantah yang Arif untuk mereka meneruskan"

"Teruskan", kata Yang Arif selaku hakim dalam kes ini.

Peguam tersebut duduk semula dengan muka masam.

"Terima kasih. Saya yakin ini kes langgar lari dan untuk pengetahuan semua sebelum ini dia selalu kacau saya sampai saya kahwin pun dia masih ganggu saya dan suami saya"

Aku menjeling Taufiq yang berada di kandang pesalah.

"Yang Arif ini ada beberapa keping gambar sebagai bukti yang puan Fathia mangsa gangguannya", kata Puan Sarah.

"Dia ganggu saya dengan memfitnah suami saya supaya saya kembali dengan dia. Gambar dia reka sendiri untuk menjatuhkan suami saya", terangku lagi.

"Kenapa Puan Fathia tak melaporkan ke balai polis?", peguam Taufiq mencelah.

"Encik, sila bertenang. Saya akan bagi peluang untuk bercakap", tegur Yang Arif.

"Maafkan saya"

"Puan Fathia silakan"

"Terima kasih Yang Arif, kami pernah bertunang tapi dia putuskan pertunangan kami kerana mak dia yang enggan menerima saya sebagai menantu. Tapi dia putuskan pertunangan tanpa terangkan apa-apa kat saya. Lepas dalam empat bulan berlalu Taufiq datang, sejak itu dia selalu datang dan merayu untuk saya kembali. Tapi saya tak pernah mahu dan dia terus ganggu saya dengan mengugut suami saya, fitnah suami saya. Saya tidak membuat laporan polis sebab dia ada isteri dan keluarga yang perlu dia tanggung, saya kasihani dia"

Ya Taufiq sudah lama berkahwin cuma dia rahsiakan dari aku. Dia berkahwin dengan pilihan mama dia.

Aku tahu perkara tersebut sebelum hari kemalangan, aku nampak mama dia temani isterinya buat pemeriksaan kandungan. Aku juga pernah nampak Taufiq dan perempuan itu jalan bersama di mall.

"Tapi bila ia melibatkan nyawa suami saya sejak kes langgar lari sebulan yang lalu saya takkan bertolak ansur lagi dengan Taufiq. Saya nak dia diadili atas apa yang dia buat selama ini"

*****

"Mummy!"

"Adam. Nakal tak hari ni dgn mak long?"

"Tak, Adamkan budak baik"

"Dah balik Tia?"

"Ya kak long, abah mana?"

"Abah pergi pasar"

"Owh"

"Mummy jom makan kek, mak long tadi ada bake untuk mummy"

"Nyum2.. Tak sabar pula"

"Jomlah mummy, Adam pun nak"

"Yelah. Bawa mak long sekali"

"Masih takda keputusan ke perbicaraan hari tu?"

"Next week hari penentuan, sama ada Taufiq disabitkan kesalahan atau tak"

"Along harap sangat Taufiq tu kena hukum baru padan muka dia tu"

"Tia pun sama. Kesian abang Mikail, kalau Taufiq yang bersalah tu dilepaskan atas apa yang dia dah buat"

"Lepas ni Tia nak ke hospital ke?"

Aku mengangguk.

******

"Abang, Tia datang ni"

Aku mengucup tangan Mikail.

Akibat kemalangan itu menyebabkan Mikail parah dan koma akibat hentakan yang kuat. Sudah sebulan dia terlantar di hospital.

"Abang apa khabar hari ni? Tia harap abang cepat bangun"

Begitulah rutin harian ku. Walaupun dia kakuh, aku tetap berbual dengan dia.

"Adam rindu kat daddy dia, dan baby dalam perut ni pun rindu abang"

Aku mengusap pipinya.

Air mata jatuh lagi. Aku pun tidak tahu sudah kali berapa aku menitiskan air mata untuk Mikail.

"Tia...rindu abang"

"Assalammualaikum"

"Waalaikumsalam"

Air mata aku seka.

Aku tunduk menyalam Kak Mai dan ayah. Abang Naim pula aku berikan senyuman.

"Mikail masih tak sedar lagi ke?"

"Belum lagi ayah"

"Kita berdoa saja semoga Mikail sedar"

Aku mengangguk.

"Adam macam mana?", tanya Kak Mai.

"Adam okay kak, along temankan dia kat rumah sekarang ni"

"Nanti bawa Adam ye, kami rindu dengan dia"

"Ya insyallah esok Tia balik rumah"

"Rasa sunyi bila Adam dan Tia takda"

Aku hanya memberikan senyum.

Sejak Mikail terlantar di hospital, aku kerap bermalam di rumah abah dengan Mikail sekali. Bukan apa, tempat kerja dan hospital dekat.

🌼🌼🌼
Hello uols!! Annyeong! Apa khabar reader semua?

I LOVE YOU ADAM'S DADDY✔Where stories live. Discover now