BAB 12

23.3K 761 7
                                    

Aku menelefon abah sama ada dia dapat jemput aku balik kerja atau tidak.

"Assalammualaikum abah. Abah kat mana?"

"Waalaikumsalam. Abah sekarang masih kat pejabat ni"

"Abah tak balik lagi ke?"

"Kejap lagi, nanti abah singgahkan Tia"

"Okay abah Tia tunggu, lagi setengah jam Tia dah habis kerja"

"Tia tunggu situ nanti abah datang ambil"

"Baik abah, assalammualaikum"

"Waalaikumsalam"

Aku lega.

Hari ni abah datang ambil jadi tak perlu naik teksi atau grab. Taufiq pun mungkin takkan berani dekat dengan aku kalau dia nampak abah.

Abah sudah menunggu di dalam kereta depan bangunan tempat kerjaku lima minit sebelum waktu kerja habis.

"Maaf buat abah lama tunggu"

"Takpa abah baru lima minit tunggu tak cramp pun lagi kaki"

Aku ketawa lalu menarik tali pinggang keselamatan.

"Tia tak singgah mana-mana ke?"

"Takda, kita terus baliklah"

Sampai sahaja di rumah kami solat maghrib dan isyak jemaah.

Aku membantu along masak makan malam di dapur.

"Taufiq ada jumpa Tia lagi?"

"Sejak malam tu, dia takda muncul depan Tia lagi"

"Baguslah kalau dah takda, Taufiq tu semakin lama semakin berbahaya"

"Ya along, dia mungkin rasa tercabar Tia tak terima dia semula"

"Lelaki Tia, kalau dia cintakan kita dia sanggup buat apa saja. Semakin kita halang semakin tu jugalah dia mencuba"

Aku mengangguk.

"Sebab tu kena lebih berhati-hati bila kat luar tanpa along dan abah"

"Baiklah long"

*****

"Tia, please ikut Fiq dulu"

"Berhenti. Jangan dekat dengan saya"

Taufiq berhenti melangkah.

Ya Allah apa lagi Taufiq nak ni?

Aku yang sedang menunggu along depan keretanya. Along masuk ke dalam kedai kawannya kerana menguruskan sesuatu.

"Awak dekat dengan saya, hari ni juga saya report polis"

"Okay, Fiq just nak tahu siapa lelaki tu?"

"Buat apa awak nak tahu? Awak dan saya sudah takda apa-apa hubungan"

"Fiq nak tahu!"

"Taufiq! Jangan buat hal kat sini"

Aku menelefon along supaya dia cepat datang ke tempat parking. Aku pun satu kenapalah tak tunggu along kat dalam kereta je.

"Sebab Fiq cemburu, dia mesti ada kalau Fiq dengan Tia"

"Dia lelaki yang sentiasa selamatkan saya dari orang macam awak. Awak sedar tak apa yang awak dah buat kat saya?"

"Fiq nakkan Tia"

"Awak ingat awak buat macam tu saya terima awak semula? Takkan"

"Betul ke lelaki tu bakal suami Tia?"

"Kalau betul kenapa?"

"Sampai bila-bila pun Fiq akan dapatkan Tia"

"Susah sangat ke awak nak terima takdir Allah?"

"Taufiq", along muncul.

Aku lega.

Taufiq diam melihat along sudah berdiri di sebelahku.

"Kenapa ganggu Tia lagi? Dia kan dah tak nak awak lagi kenapa nak paksa?"

"Saya tak boleh lupakan dia"

"Awak dah usaha ke? Kalau orang dah tak sayangkan kita buat apa terhegeh-hegeh? Minta doa kat Allah supaya hati awak boleh terima keputusan Tia"

"Saya pergi dulu"

"Kejap. Saya bagi amaran jangan kacau adik saya lagi"

Tanpa bicara Taufiq meninggalkan kami berdua.

"Dia ada apa-apakan Tia?"

"Takda long"

"Dah jom"

"Urusan along dan kawan along tu?"

"Dah settle"

"Okay, kita singgah kat MacD boleh tak? Teringin nak makan"

"Sponser along?"

"Boleh, cakap je nak order apa"

"Amboi! Macam riak je?"

Aku ketawa lalu diikuti dengan suara gelak tawa along.

Keadaan dalam kereta bising dengan suara kami sebab tiada siapapun akan dengar.

🌼🌼🌼
Ada yg menyampah ke dgn Taufiq hahahah biasalah dlm cerita kes2 org ketiga tu mesti ada haha

I LOVE YOU ADAM'S DADDY✔Where stories live. Discover now