BAB 11

23.9K 816 10
                                    

Lepas kerja aku singgah ke pusat beli belah untuk membeli barang yang along pesan.

Along memang suka kirim mengirim, balik kerja tadi kenapa tak singgah dulu beli barang.

Along pesan bahan untuk buat salad buah sebab sekarang ni along dalam mood diet katanya.

Selesai beli barang untuk salad buah aku menelefon perkhidmatan grab car.

Belum sempat aku mendail nombor tersebut tanganku ditarik jauh dari ramai orang.

"Hey! Lepaslah!"

Dia bawa aku ke tempat yang sunyi yang tidak ramai orang lalu lalang.

"Taufiq? Awak buat apa ni?"

"Ini aje cara supaya Tia ikut Fiq"

"Awak tak faham bahasa ke? Jangan ganggu saya lagi"

"Berilah Fiq peluang kedua"

"Takda guna sebab hati saya dah tawar dengan awak"

"Fiq boleh pupuk semula"

"Tak semudah tu. Tolonglah Taufiq jangan paksa saya"

"Tapi kenapa Tia?"

"Sebab saya dah tak sukakan awak tolonglah faham. Saya dah penat ulang benda yang sama"

"Awak memang kejam!"

"Saya kejam? Apa yang pernah awak buat kat saya tak kejam ke?"

"Awak memang nak saya menderitakan?"

"Sudahlah Taufiq, kita memang takda jodoh"

"Tak Tia!"

"Awak ni kenapa? Terimalah takdir"

Tanganku ditarik untuk dekat dengan dirinya.

"Apa awak buat ni?! Lepaslah"

"Awak yang paksa saya buat semua ni"

Taufiq memeluk aku. Rontahan dan tanganku yang menolak badannya sedikit pun tidak melepaskan aku.

"Taufiq lepaskan saya sekarang sebelum saya jerit"

"Jeritlah!"

Aku bergelut dengan dia. Aku cuba melepaskan diri sekuat hati dari pelukannya.

"Tolong!"

"Diam Tia. Saya dah lama rindukan awak"

"Lepaskan saya Taufiq. Tolong!"

Mukaku ditampar.

"Diam!"

"Awak memang gila!"

Belum sempat Taufiq memelukku kembali, dia sudah terbaring di atas tar dek penangan tumbukan seseorang dari belakangku.

"Awak okay?"

Aku mengangguk.

"Kau sebenarnya siapa hah?!" Taufiq bangkit.

"Jangan kacau dia kalau tak aku buat report polis yang kau kacau bakal bini aku"

"Bakal bini? Tia dia bakal suami awak ke?"

Aku hanya mendiamkn diri.

"Mari kita balik"

Aku mengekori langkah lelaki itu.

"Encik?"

Langkahnya terhenti lalu melihat aku.

"Terima kasih selamatkan saya"

"Kebetulan saya lalu kat situ terdengar orang menjerit minta tolong, tak sangka itu awak. Awak pasti awak okay?"

"Saya okay, dia tak sempat buat apa-apa pun"

"Baguslah kalau macam tu dan saya hantar awak balik"

"Its okay saya naik grab aje"

"Takpe biar saya hantarkan takut lelaki itu kejar awak lagi"

Aku hanya mengangguk.

"Kalau awak tak kisah, boleh saya tahu siapa lelaki tu?"

Lelaki itu memulakan bicara semasa kami dalam kereta.

"Dia bekas tunang saya"

"Habis tu kenapa dia ganggu awak?"

"Panjang ceritanya tapi sekarang ni dia nak sambung hubungan kami"

"Kenapa awak tak terima dia semula?"

"Saya malas nak cakap hal ni"

"Okay but I am sorry sebab cakap awak bakal isteri saya kat ex tunang awak tadi"

Aku hanya mengangguk.

"Jangan salah faham, saya hanya nak dia stop ganggu awak"

"Its okay saya faham and thanks"

"Awak kenalah selalu berhati-hati lepas ni, lelaki macam tu takkan berhenti selagi tak dapat orang yang dia sayang"

"Saya pun takut juga dia akan bertindak agresif kat saya"

"Awak kena ada orang boleh jaga awak"

"Saya hanya ada abah dan along saya je, mereka juga tidak boleh ada selalu dengan saya"

"Balik kerja tu yang penting, awak balik naik apa?"

"Kadang-kadang abah saya yang ambil tapi saya lebih kepada naik teksi atau grab"

"Teksi and grab tu bukan selalu datang awal dan time awak menunggu tu awak kena hati-hati"

Dia berhentkan kereta di hadapan pagar rumah.

"Terima kasih hantar saya balik"

"Sama-sama and please next time be careful"

Aku hanya mengangguk lalu keluar dari keretanya.

"Siapa hantar Tia?"

"Kawan Tia abah. Along mana?"

"Kat atas"

"Tia naik atas dululah abah"

"Yelah"

Aku menceritakan semua yang terjadi tadi kat along. Along terkejut dan bersyukur aku selamat dari Taufiq.

"Hati Tia tak terbuka ke untuk daddy Adam tu?"

"Tia tak rasa apa-apa along"

"Diakan pernah lamar Tia, anak dia pula sayangkan Tia and dia pun dua kali selamatkan Tia dari Taufiq"

"Entahlah long. Mungkin dia bukan jodoh Tia"

"Okay but lepas ni kalau Taufiq jumpa Tia lagi call along terus"

"Okay"

"Along rasa Tia kena beli keretalah, tunggu teksi macam tu bahaya. Taufiq tu pandai cari time untuk jumpa Tia"

"Nanti Tia uruskan pasal beli kereta tu"

🌼🌼🌼
Apa khabar readers???
Suka ka dgn cerita sya yg kedua ni? Kalau yes, vote okay❤😊

I LOVE YOU ADAM'S DADDY✔Where stories live. Discover now