BAB 6

24.8K 911 15
                                    

Alhamdulillah aku dapat kerja menjadi pegawai bank di salah satu cawangan syarikat kewangan di sekitar tempat tinggal kami.

Banyak juga aku kena belajar jadi pegawai bank ni.

Yelah, orang datang ke kaunter dengan bermacam-macam urusan jadi aku perlu tahu cara penyelesaiannya supaya tidak berlaku kesilapan.

Mujur ada seorang senior, kak Nani yang sentiasa memberi tunjuk ajar.

Selama aku bekerja juga abah yang tumpangkan aku memandangkan satu jalan ke tempat kerjanya dan berdekatan dengan bank tu.

"Tumpang tanya cik?"

"Ya makcik?"

"Mana satu borang nak keluarkan duit guna buku akaun?"

"Borang ni makcik isi lepas tu tekan nombor giliran kat sana "

"Terima kasih cik"

"Sama-sama"

Aku menunggu giliran orang yang disebutkan oleh mesin untuk ke kaunterku hari ni.

Hari ni begitu ramai orang yang berurusan di bank terutamanya pelajar sekolah mengurus biasiswa mereka.

Sekitar pukul lima petang waktu kerjaku tamat dan menunggu abah datang menjemput aku di hadapan bangunan itu.

"Hello? Assalammualaikum Tia?"

"Waalaikumsalam abah?"

"Boleh ke hari ni balik naik teksi?"

"Kenapa abah?"

"Kereta abah kat bengkel sekarang ni, lambat lagi nak siap. Tadi bateri dia habis"

"Owh boleh"

"Abah minta maaf tak dapat nak ambik Tia"

"Takpa abah. Tia call teksi aje"

"Hati-hati"

"Ya abah"

Aku menelefon perkhidmatan teksi untuk ambil aku di situ.

"Tia?"

Aku menoleh ke tepi.

"Taufiq?"

"Ya ni Fiq. Boleh Fiq cakap dengan Tia?"

"Nak cakap apa lagi? Saya dah bersyukur sangat hampir 4 bulan tak tengok muka awak"

"Fiq tahu Tia marahkan Fiq"

"Saya dah lama lupakan perasaan marah saya dan semua pasal awak pun saya dah tak nak ingat dah"

"Biar Fiq explain"

"Saya tak perlukan apa-apa penjelasan dari awak. Saya dah lama move on"

Cepatlah teksi tu sampai. Aku tak nak berlama dengan Taufiq ni. Kenapa sekarang dia muncul dalam hidup aku?

"Fiq minta maaf sangat dengan Tia atas apa yang Fiq buat. Fiq tau perbuatan Fiq tu sangat mengecewakan Tia"

"Apa yang awak telah buat?"

"Tia jangan macam ni"

"Awak pergilah. Jangan muncul depan saya lagi"

Aku melangkah meninggalkan dia.

"Tia please"

Dia memaut lenganku.

"Lepaslah"

"Fiq lepaskan kalau Tia dengar apa Fiq cakap"

"Saya taknak dengar apa-apa lagi dari mulut awak"

Aku cuba melepaskan lenganku tapi tenaganya lebih kuat dariku.

"Lepaskan saya, kalau tak saya jerit"

"Jeritlah"

"Jangan cabar saya Taufiq"

"Woi! Apa yang kecoh ni?"

Arghh lelaki ini lagi yang muncul.

"Jangan masuk campur", ujar Taufiq.

"Tak baik berkasar dengan perempuan"

"Dia tunang aku"

"Taufiq, saya bukan tunang awak. Lepaskan tangan saya sekarang"

Aku merentap tanganku sekuat hati sehingga terlepas dari genggamannya.

Aku memegang lenganku yang sedikit sakit.

"Tia, please Tia"

Taufiq cuba mendekati aku tapi lelaki itu menolak bahu Taufiq.

"Kau ni apa hal? Tak payah sibuk", marah Taufiq.

"Jangan kacau dia", amaran daripada lelaki itu yang kedengaran begitu tegas.

"Kau siapa? Tia awak kenal dia ke?"

"Taufiq jangan cari saya lagi and awak jangan muncul depan saya lagi. Saya tak perlukan lelaki macam korang berdua"

Aku berlalu meninggalkan mereka dan masuk ke dalam kereta teksi yang baru saja sampai.

Huh! Dua lelaki yang sentiasa buat kacau dalam hidup aku.

🌼🌼🌼
Annyeong! Hehehhe
Suka ke tak? Kalau suka vote sikit❤

I LOVE YOU ADAM'S DADDY✔Where stories live. Discover now